Return to site

3 Kelebihan Utama Minyak Zaitun untuk Mengatasi Masalah Jantung Tersumbat

www.kasturihijau.com

· KESIHATAN
minyak zaitun untuk jantung sumbat

Pernahkah ada dengar mengenai minyak zaitun? Minyak zaitun adalah berasal daripada buah zaitun, iaitu buah-buahan yang disebut-sebut dalam Al-Quran, dan tumbuhan syurga antaranya, zaitun, tiin, anggur, pisang, kurma dan delima. Firman Allah SWT:

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ ‎

Maksudnya: “Demi buah Tiin dan Zaitun,” (Surah al-Tin, 1)

Buah zaitun ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan anda. Dalam artikel ini, pengarang akan menerangkan hukum memakan minyak zaitun, khasiat minyak zaitun untuk merawat jantung yang sumbat, dan contoh minyak zaitun yang berkualiti.

 

Pengenalan Mengenai Minyak Zaitun

Apakah itu Minyak Zaitun?

  • Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun yang dikenali secara saintifik sebagai Olea europaea yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
  • Antara kajian yang pernah dilakukan mendapati, minyak zaitun megandungi Plorite ‘Triolein Tripalmitin’, terdapat juga bahan seperti ‘Atachidic esters’ dan sedikit mengandungi ‘free oleic acid’.
  • Minyak zaitun juga mengandungi air dan kandungan mineral yang cukup banyak. Antaranya termasuklah kalsium, zat besi, Vitamin E, K dan beberapa vitamin lainnya.

Hukum Mengamalkan Minyak Zaitun

Hukum memakan atau minum minyak zaitun adalah harus untuk tujuan kesihatan. Buah zaitun adalah tumbuhan berkat dan tumbuhan syurga.

  • Firman Allah SWT juga:

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ

Maksudnya: “Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.” (Surah al-Nur :35)

  • Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Makanlah buah zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak, karena ia tumbuh dari pohon yang diberkati” (HR. Ahmad & Tirmidzi).

  • Diriwayatkan daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُلُوا الزَّيْتَ وادَّهِنُوا بِهِ فإنَّهُ مِن شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ

Maksudnya: “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Minyak zaitun berasal daripada pohon yang diberkati.” (Riwayat al-Tirmizi: 1851)

Al Quran telah pastikan, pohon, buah dan Minyak Zaitun itu telah ‘diberkati’ oleh Allah, maka sebagai Muslim, tidak ada keraguan padanya. Gunalah Minyak Zaitun untuk amalan pemakanan dan kegunaan luaran.

 

Penyakit Serangan Jantung Akibat Jantung Sumbat

  • Serangan jantung juga dikenali sebagai infarksi miokardium berlaku apabila bekalan darah ke otot jantung disekat atau akibat salur darah tersumbat yang menyebabkan bekalan darah beroksigen tidak mencukupi kepada satu atau beberapa bahagian otot jantung.
  • Keadaan ini disebabkan oleh arteri tersumbat yang mengehadkan bekalan darah yang kaya oksigen ke kawasan tertentu di jantung.
  • Penyumbatan arteri terhalang atau tersumbat disebabkan oleh aterosklerosis iaitu keadaan yang berlaku apabila plak, bahan likat, secara beransur-ansur terkumpul di dalam arteri daripada lipid, deposit kolesterol, kalsium dan sel darah.
  • Apabila plak pecah, bekuan terbentuk, yang kemudiannya mengakibatkan halangan, lalu jantung akan kekurangan oksigen dan nutrien, menyebabkan mereka otot jantung mati, seterusnya menyebabkan serangan jantung.

Tanda-tanda Awal Masalah Jantung

Tanda-tanda serangan jantung adalah seperti berikut:

  1. Sakit atau ketidakselesaan di dada (iaitu, rasa menikam dan mencucuk di bahagian tengah dada)
  2. Sakit atau ketidakselesaan di bahagian belakang, leher, atau rahang. Kesakitan boleh merebak ke bahagian kiri badan (iaitu, rahang kiri, bahu kiri, atau lengan kiri)
  3. Sesak nafas tanpa mengira sebarang ketidakselesaan dada
  4. Berpeluh sejuk, pening atau berasa lemah
minyak zaitun untuk jantung sumbat

 

Kelebihan Minyak Zaitun untuk Mengatasi Jantung Tersumbat

Amalan pengambilan minyak zaitun sering dikaitkan dengan mengurangkan risiko sakit jantung dan serangan jantung. Antara fakta hubung kait mengenai minyak zaitun dan jantung untuk pengetahuan bersama adalah seperti berikut:

1. Minyak Zaitun Tinggi Asid Lemak Mono Tak Tepu

  • Minyak zaitun merupakan sejenis minyak sihat yang kaya dengan kandungan asid lemak mono tak tepu yang lebih dikenali sebagai asid oleik.
  • Asid oleik berupaya membantu mengekalkan kesihatan jantung serta melawan radikal bebas yang boleh memberi impak negatif pada jantung dan seluruh tubuh badan anda.
  • Asid lemak mono tak tepu mampu mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kolesterol yang baik (HDL) yang membantu mengekalkan kesihatan jantung anda.

2. Minyak Zaitun Tinggi dan Kaya dengan Antioksida

  • Minyak zaitun juga amat tinggi kandungan hydroxytyrosol yang merupakan antioksida yang paling berkuasa untuk kesihatan kardiovaskular.
  • Hydroxytyrosol adalah antioksidan yang kuat yang mampu menghalang pengoksidaan dalam tubuh yang menyumbang kepada pemendakan kolesterol dalam saluran darah.
  • Jika pengoksidaan berlaku terus menerus, saluran darah atau arteri pasti akan tersumbat dan oksigen akan terhalang, lalu menyebabkan serangan jantung.
  • Kandungan antioksida ini juga mengurangkan rasa sakit pada tubuh seseorang selain menghalang pengaktifan gen DNA yang menyebabkan keradangan.

 

3. Minyak Zaitun Bersifat Anti-keradangan

  • Minyak zaitun juga bersifat anti-keradangan yang membantu mencegah penyakit-penyakit kronik akibat keradangan seperti sakit jantung, diabetes, dan kanser.
  • Menurut kajian 2018, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika dan Penguasa Keselamatan Makanan Eropah, mengesyorkan mengambil sekitar 20 gram atau dua sudu besar Minyak zaitun extra virgin setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung (cardiovascular) dan keradangan (inflamatory).
  • Minyak zaitun extra virgin dapat memberikan perlindungan dari penyakit kardiovaskular, aterosklerosis, strok, disfungsi otak, dan kanser. Polifenol adalah sejenis antioksidan.

Diantara pelbagai jenis minyak zaitun, minyak zaitun extra virgin (EVOO) merupakan minyak zaitun dengan kualiti terbaik dan kadar asid kurang 1%. Minyak ini merupakan hasil perahan pertama buah zaitun menggunakan teknik cold-pressed, iaitu tekanan mekanikal tanpa haba dan tanpa campuran sebarang bahan kimia.

 

broken image

Gambar berikut adalah minyak zaitun yang mempunyai kualiti yang sangat tinggi untuk mengurangkan dan mengubati masalah jantung tersumbat. Sebagai pengguna, kami telah mengamalkan minyak zaitun ini selama 6 bulan dan merasakan tahap kolesterol tinggi telah berkurangan dengan signifikan antara sebelum menggunakan minyak zaitun dan selepas menggunakan minyak zaitun.

Secara keseluruhannya, minyak zaitun perlu diamalkan setiap hari kerana buah ini adalah buah syurga, yang berkat dan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan terutamanya kepada kesihatan.