Return to site

Mitsubishi Xpander Facelift: Harga dan Spesifikasi Model Terbaharu Tahun 2024

kasturihijau.com

· INFORMASI
Mitsubishi Xpander Facelift: Harga dan Spesifikasi Model Terbaharu Tahun 2024

Tahukah anda bahawa kenderaan MPV buatan luar negara yang paling laris di Malaysia adalah Mitsubishi Xpander? Sejak pelancarannya pada tahun 2020, lebih 40,000 unit telah habis terjual. Kini, Mitsubishi Motors memperkenalkan Xpander jenis facelift yang lebih canggih dan elegen. Dalam artikel ini, kami kongsikan perbezaan antara Mitsubishi Xpander lama dan Xpander facelift baharu tahun 2024 serta spesifikasi kenderaan.

Apakah Mitsubishi Xpander?

  • Mitsubishi Xpander adalah sebuah kenderaan jenis MPV (Multi-Purpose Vehicle) yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors untuk dipasarkan ke negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, dan Filipina.
  • Kenderaan jenis MPV ini mempunyai tujuh tempat duduk buatan luar negara yang paling laris di Malaysia. Sejak model ini dilancarkan pada 2020, lebih 40,000 unit XPANDER telah terjual di serata negara, menjadikannya MPV yang menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut.
  • Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan model ‘facelift’ bagi XPANDER 2024, dengan beberapa penambahbaikan pada rupa dan fungsinya. Model mitsubishi Xpander 'facelift' ini mempunyai dua varian iaitu Xpander Standard dan Xpander Plus, masing-masing pada harga bermula RM99,980 dan RM109,980.
  • Kereta Model pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang ini kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dengan rekaan ‘Dynamic Shield‘ dengan bahagian atas jeriji diberi kemasan hitam, manakala bahagian bawahnya pula dihiasi kemasan jejaring berbentuk sarang lebah.
  • XPANDER menawarkan ruang dalaman yang luas, bergaya, dan selesa, mendahului model-model kenderaan lain yang seangkatannya. Denagn jarak permukaan tinggi (ground clearance) 225mm menjadikannya praktikal untuk kegunaan seharian walaupun dalam laluan mencabar.
  • Model ini juga dengan pelbagai kompartmen dan pilihan ruang simpanan, XPANDER direka untuk memeuhi keperluan keluarga moden.

 

 

Perbezaan Mitsubishi Terbaru 'Facelift' dan Xpander Lama

  • Mitsubishi Xpander hadir dengan dua varian iaitu standard dan xpander plus dengan harga jualannya bermula dari RM99,980. Harga pengenalan itu hanya untuk tempoh terhad sehingga 31 Disember 2024. Berikut adalah pilihan varian dan harga untuk Mitsubishi Xpander facelift 2024:
  1. Xpander – RM99,980
  2. Xpander Plus – RM109,980
  • Xpander facelift ditawarkan dengan empat pilihan warna yang terdiri daripada Red Metallic, Graphite Gray, Diamond Black Mica dan Quartz White Pearl (tambahan RM300).
  • Mitsubishi Xpander Facelift menawarkan:
  1. Ciri ‘Dynamic Shield’ pada muka hadapan dipadankan dengan lampu utama LED lima kluster yang lebih besar berbentuk-T dibingkai palang krom yang lebih tebal, serta rekaan lampu nyalaan siang (DRL).
  2. Bahagian sisinya diperbaharui dengan rim aloi dua-tona gaya-bilah 17-inci baharu dibaluti tayar 255/55, serta kemasan warna perak pada bahagian bawah pintu.
  3. Pada bahagian belakang, ada rekaan baharu pada unit pencahayaan yang lebih bersegi dalam perumah gelap.
  4. Pada ‘bumper’ belakang yang lebih kemas dan ‘reflector’ menegak, serta ‘spoiler’ yang lebih lebar.
  5. Ketinggiannya juga ditambah 20mm berbanding model sebelum ini, menjadikan XPANDER 2024 mempunyai jarak permukaan tinggi 225mm (ground clearance).
  6. Rekaan baharu untuk papan muka 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kawalan suhu digital, pad pengecas tanpa wayar, serta brek parkir elektronik (EPB) dengan fungsi penahan automatik yang menggantikan fungsi brek tangan pada model terdahulu.
  7. Pada aspek mekanikal XPANDER 2024, dipacu enjin 1.5L empat silinder MIVEC DOHC dengan hamburan 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141 Nm pada 4,000 rpm, dan kotak gear automatik empat-kelajuan (4AT).
  8. Penambahan kamera tinjauan 360 darjah, perakam video digital DVR depan dan belakang, serta sensor undur untuk varian XPANDER.

 

Harga Mitsubishi Xpander Terbaru 'Facelift'

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan harga Mitsubishi Xpander tahun 2024 yang terkini. Bagi Semenanjung Malaysia, anggaran harga Xpander Plus adalah RM109, 980, manakala Xpander standard adalah RM99,980. Bagi Sabah dan Sarawak masing-masing harga yang ditawarkan adalah RM102, 552 dan RM112, 552 untuk Xpander standard dan Xpander plus. Untuk mendapatkan jadual harga anda boleh buat rujukan berdasarkan gambar di bawah.

broken image

 

Exterior dan Interior Xpander Facelift Tahun 2024

Berikut adalah gambar interior dan exterior model Mitsubishi Xpander baharu ini yang semakin canggih dengan teknologi semasa yang berpatutan dengan harganya.

broken image

Rekaan baharu pada unit pencahayaan yang lebih bersegi dalam perumah gelap, juga pada ‘bumper’ belakang yang lebih kemas dan ‘reflector’ menegak, serta ‘spoiler’ yang lebih lebar.

broken image

Ciri ‘Dynamic Shield’ pada muka hadapan dipadankan dengan lampu utama LED lima kluster yang lebih besar berbentuk-T dibingkai palang krom yang lebih tebal, serta rekaan lampu nyalaan siang (DRL).

broken image

Xpander menggunakan enjin 1.5 liter Mivec DOHC 16-injap yang menghasilkan kuasa sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm pada 4,000 rpm

 

 

broken image

Untuk aspek keselamatan, Xpander dilengkapi antaranya dengan dua beg udara, ABS, Isofix, EBD, bantuan mula mendaki (HSA), dan sistem isyarat berhenti kecemasan (ESS).

broken image

Xpander Plus 2024 ini turut dilengkapi dengan kamera tinjauan sekeliling (varian asas hanya diberikan kamera undur), perakam video digital DVR depan dan belakang, dan sensor undur.

broken image

Dengan pelbagai kompartmen dan pilihan ruang simpanan, XPANDER direka untuk memeuhi keperluan keluarga moden.

 

broken image

Penambahan kamera tinjauan 360 darjah, perakam video digital DVR depan dan belakang, serta sensor undur untuk varian XPANDER.

Review Kereta

Review Pemilik Kenderaan 1

"Sebab kenapa saya membeli kereta ini?

Kenapa? Saya perlukan sesuatu yang tinggi untuk meredah banjir kilat. Sesuatu yang selesa tetapi mempunyai pengendalian yang baik. Sesuatu dengan sentuhan moden seperti sokongan Android Auto dan lampu depan automatik. Sesuatu yang kelihatan kecil di luar tetapi luas di dalam. Sesuatu dengan 7 tempat duduk. Jika anda perasan, beberapa sebab ini agak sukar untuk digabungkan (seperti kenderaan yang tinggi tetapi mempunyai pengendalian yang hebat). Namun, ternyata ada sesuatu yang memenuhi semua kriteria ini (Wapcar)."

Review Pemilik Kenderaan 2

"Mitsubishi Xpander adalah pilihan yang hebat untuk keluarga yang mencari kenderaan yang serba guna dan luas. Ia dilengkapi dengan pelbagai pilihan penyimpanan dan tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat, memastikan semua ahli keluarga saya boleh muat dengan selesa di dalam kenderaan ini. Xpander sesuai untuk perjalanan hujung minggu mahupun rutin harian. Ciri kawalan jelajah (cruise control) adalah kelebihan besar yang menambah daya tarikan Xpander, terutamanya untuk perjalanan jarak jauh. Ia mengoptimumkan penggunaan bahan api dan menyumbang kepada penjimatan kos. Namun, satu kekecewaan besar adalah pelarasan mendatar kerusi pemandu, yang mungkin mempengaruhi ergonomik dan keselesaan bagi sesetengah pengguna." (Zigwheel)

  • Berdasarkan maklumat pemilik kenderaan ini, secara keseluruahannya dapat disimpulkan Mitsubishi Xpander merupakan kenderaan serba guna yang sesuai untuk keluarga, menawarkan ruang yang luas, pelbagai pilihan penyimpanan, dan ciri kawalan jelajah yang meningkatkan keselesaan serta penjimatan bahan api, menjadikannya ideal untuk perjalanan harian dan jarak jauh.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut tentang kereta Mitsubishi Xpander ini anda perlu melayari laman web utama Mitsubishi Motors iaitu https://www.mitsubishi-motors.com.my/ms/

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.

Sumber dan Kredit Photo: Mitsubishi Motors