Return to site

Resepi Tradisi Nasi Ambeng dan Pecal Sayur Jawa

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi nasi ambeng jawa

Nasi ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa yang digemari rakyat Malaysia, biasanya dihidangkan semasa majlis kenduri dan disertai dengan banyak jenis lauk-pauk. Cara penyediaannya juga mudah, hanya perlu merebus sayur-sayuran dan menghidangkannya bersama kuah pecal, yang menjadi bahan utama dalam menyedapkan hidangan ini. Untuk artikel kali ini, kami kongsikan cara masak dan penyediaan nasi ambeng makanan tradisi masyarakat Jawa.

Keunikan Nasi Ambeng Makanan Tradisi Jawa

Keunikan nasi ambeng Jawa terletak pada penyediaannya yang penuh simbolik dan tradisional, menjadikannya bukan sekadar hidangan, tetapi juga sebahagian daripada warisan budaya Jawa. Hidangan ini biasanya disajikan semasa majlis kenduri atau perayaan, di mana ia dihidangkan secara berkumpulan dalam dulang besar yang melambangkan perpaduan dan kekeluargaan. Nasi ambeng terdiri daripada pelbagai jenis lauk-pauk, termasuk ayam masak kicap, serunding kelapa, sambal goreng, dan mee goreng, yang semuanya melengkapi nasi putih di tengah. Keistimewaan nasi ambeng bukan hanya terletak pada kepelbagaian lauknya, tetapi juga pada cara ia dikongsi dan dinikmati bersama-sama, mencerminkan nilai kerjasama dan kebersamaan dalam masyarakat. Kombinasi rasa pedas, manis, dan garing dari setiap lauk menambah lagi keunikan hidangan ini, menjadikannya salah satu masakan tradisional yang masih popular dan dihargai hingga kini.

broken image

 

Resepi Nasi Ambeng

Resepi nasi ambeng Jawa menggabungkan beberapa lauk dimakan bersama-sama dengan nasi putih iaitu, sayur Jawa, sambal kelapa, ayam masak kicap, mee goreng, begedil, ikan masin dan telur rebus. Dalam resepi ini, kami akan kongsikan cara masak sayur Jawa, sambal kelapa, ayam masak kicap dan mee goreng.

A) Bahan-bahan yang diperlukan untuk sediakan sayur Jawa:

  • 3 paket suhun dan fucuk
  • 1 labu bawang besar yang dihiris
  • 5 ulas bawang putih yang dihiris
  • 1 inci halia yang dihiris
  • Kacang panjang dan buncis yang dipotong serong
  • 2 paket tempe yang dipotong kecil
  • 3 keping tauhu yang dipotong kecil
  • 3 biji ubi kentang yang dipotong kecil dan nipis
  • 10 tangkai cili kering yang direndam dalam air panas
  • 1/2 cawan udang yang direndam dan dikisar halus
  • Santan kelapa

Cara memasak sayur Jawa:

  1. Rendam suhun.
  2. Goreng fucuk sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan pucuk yang telah digoreng ke dalam air dan ramas sehingga hancur.
  4. Goreng kacang panjang, ubi kentang, tauhu dan tempe.
  5. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
  6. Masukkan cili kering dan udang kering.
  7. Kemudian, masukkan semua bahan sayur.
  8. Tuangkan santan mengikut kebasahan sayur Jawa.
  9. Sesuaikan rasa dengan garam dan aji.

B) Bahan untuk penyediaan sambal kelapa adalah seperti berikut:

  • 1 biji kelapa parut
  • 2 biji bawang besar
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan udang kering dan direndam dalam air
  • 1 sudu jintan manis
  • 2 sudu biji ketumbar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu gula
  • Garam
  • Serbuk aji

Cara membuat sambal kelapa adalah seperti berikut:

  1. Blend kesemua bahan kecuali kelapa sehingga halus.
  2. Sangai kelapa sehingga ringan dalam kuali dan ketepikan.
  3. Tumis bahan yang telah diblend dengan setengah cawan minyak.
  4. Tumis sehingga garing dan naik bau.
  5. Masukkan gula, garam, dan aji.
  6. Kemudian, masukkan kelapa yang telah disangai tadi.
  7. Gaulkan rata dan masak sebentar.
  8. Anda boleh tambahkan cili kisar untuk memberi warna merah dan kepedasan kepada sambal kelapa ini.

C) Bahan-bahan untuk ayam masak kicap:

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar yang dibelah empat tanpa putus
  • 2 cawan cili kisar
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 4 sudu sos tiram
  • Kicap manis
  • 5 ulas bawang putih yang diketuk

Cara memasak ayam masak kicap adalah seperti berikut:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ayam sehingga garing.
  3. Goreng bawang besar sehingga layu.
  4. Tumis bawang putih sehingga garing.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  6. Masukkan sos tiram dan lada putih.
  7. Terakhir, masukkan bawang besar yang telah digoreng tadi.

D) Bahan untuk masak mee goreng:

  • 1 paket mee kuning
  • 1 biji bawang besar yang dihiris
  • 5 ulas bawang putih yang dihiris
  • 2 sudu cili kisar
  • 1/4 cawan sos tiram
  • 1/4 cawan sos cili
  • Kicap
  • Ayam
  • Sawi

Cara memasak mee goreng:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  4. Masukkan mee dan kicap mengikut tahap kehitaman mee.
  5. Tambahkan air mengikut kekembangan mee.
  6. Sesuaikan rasa dengan sedikit gula, aji, dan garam, serta terakhir, masukkan sawi.
  7. Untuk makan bersama nasi ambeng, boleh ditambah dengan begedil, ikan masin dan telur rebus.

Kredit : Dapur Kakzu

 

broken image

 

Resepi Pecal Sayur Jawa 

Bahan-bahan yang penyediaan resepi kuah pecal:

  • 2 cawan kacang – goreng dan dikisar kasar
  • 21 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci kencur
  • 1/2 inci belacan
  • 3 cawan air panas
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara-cara penyediaan kuah pecal:

  1. Mula-mula goreng dahulu cili padi, bawang putih, bawang besar dan belacan sehingga garing.
  2. Angkat dan toskan minyak.
  3. Kemudian, kisar bahan-bahan ini bersama dengan asam jawa yang dibancuh dengan air.
  4. Satukan ke semua bahan dan gaul sehingga rasa ia pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap, dan sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan sayur:

  • Tauhu yang digoreng dan dipotong kecil
  • Tempe yang digoreng dan dipotong kecil
  • Kangkung
  • Timun
  • Sengkuang
  • Pucuk Ubi
  • Pucuk paku
  • Tauge
  • Kacang Panjang
  • Kubis

Cara-cara penyediaan sayur-sayuran adalah:

  1. Celurkan kesemua sayur ini sehingga layu sedikit dan hiaskan di atas pinggan.
  2. Sedap dimakan bersama nasi ambeng
  3. Selamat mencuba.

Kredit: Fauziah Yahya

 

broken image

Berikut adalah perkongsian daripada kami kasturihijau.com. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua para pembaca.