Return to site

Keburukan dan Bahaya Nikah Kontrak (Mut'ah) Menurut Islam

www.kasturihijau.com

· AGAMA
broken image

Pernahkah anda mendengar mengenai nikah kontrak? Nikah kontrak dilarang sama sekali bagi Ahli Sunnah Wal-Jamаah. Ada kes di negara jiran yang sanggup ‘kahwin kontrak’ dengan lelaki warga asing demi elak dilabel andartu dalam masyarakat. Untuk artikel kali ini, pengarang ingin berkongsi maklumat yang kami kumpulkan mengenai nikah kontrak dan keburukan nikah kontrak kepada institusi kekeluargaan dalam Islam.

Apakah itu Nikah Kontrak?

  • Nikah kontrak atau dikenali sebagai nikah mut'ah, mu’aqat atau munqath’i ialah apabila seorang perempuan bernikah dengan seorang lelaki dengan mahar yang tertentu dalam tempoh yang ditentukan (sebagai contoh seminggu atau sebulan).
  • Nikah kontrak adalah perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita dengan mas kawin tertentu untuk jangka waktu terbatas yang berakhir dengan habisnya masa tersebut, dimana suami tidak berkewajiban memberikan nafkah, dan tempat tinggal kepada isteri, serta tidak menimbulkan pewarisan antara keduanya.
  • Pernikahan mut’ah ini akan berakhir dengan berakhirnya waktu akad, tanpa jatuh talak. Bererti, tertalak dengan sendirinya, jika waktu yang ditentukan telah tiba.
  • Contohnya, seorang laki-laki berkata kepada seorang perempuan: “Aku bermut’ah kepadamu pada waktu sepuluh hari dengan mahar sebanyak RMXX.” Kemudian si perempuan menjawab: “Aku terima mut’ahmu” maka terlaksanalah nikah mut’ah sesuai dengan kesepakatan tersebut.

Ahli Sunnah wal Jamaah melarang keras nikah kontrak berdasarkan dalil hadis, jumhur sahabat dan ijmak ulama. Hal ini kerana amalan ini menunjukkan percanggahan dari sudut mencapai maksud perkahwinan dalam Islam. Bagaimanapun, Mazhab Syiah ada yang mengamalkan ajaran nikah kontrak ini.

 

Hukum Nikah Kontrak

  • Perkahwinan ini adalah bertentangan dengan maqasid syariat dalam perkahwinan kerana ia dilakukan untuk jangka waktu tertentu. Dalam perkahwinan begini tempoh perkahwinan tersebut bergantung pada tempoh yang dinyatakan dalam akad yang mana ikatan perkahwinan terputus dengan sendirinya tanpa melalui proses perceraian.
  • Perkahwinan ini haram dan tidak sah kerana akad perkahwinan hendaklah tiada tempoh tertentu seperti yang dibincangkan dalam fiqh munakahat.

Dalil Berkenaan Nikah Kontrak

Berdasarkan larangan di atas, kahwin mutaah merupakan amalan yang menyeleweng dalam Islam. Berikut adalah dalil yang berkaitan.

1. Islam melarang kahwin mutaah berdasarkan dalil hadis iaitu:

أنَّ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ المُتْعَةِ، وَقالَ: أَلَا إنَّهَا حَرَامٌ مِن يَومِكُمْ هذا إلى يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن كانَ أَعْطَى شيئًا فلا يَأْخُذْهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang untuk kahwin mutaah. Baginda bersabda: "Ketahuilah bahawa sejak hari ini kahwin mutaah itu hukumnya haram sampai kiamat nanti. Jadi, sesiapa yang pernah memberikan sesuatu, maka janganlah dia ambil kembali. (Riwayat Muslim)


2. Dari Ali bin Abi Thalib ra. Ia berkata kepada ibn Abbas: “Rasulullah saw. melarang nikah mut’ah pada masa Perang Khaibar dan melarang memakan daging keledai jinak (yang biasa dipakai sebagai sarana/peliharaan)” (HR. Bukhari: Kitab al-Nikah, no. 5115 dan HR. Muslim: Kitab al-Nikah).

3. Dari al-Zuhri, ia berkata: Ketika kami bersama Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, sedang membicarakan tentang nikah mut’ah, lalu ada seseorang, yaitu Rabi’ ibn Sabrah berkata: “Saya bersaksi demi bapak saya bahwa bapakku memberitakan sesungguhnya Rasulullah saw. telah melarangnya pada masa Haji Wada’”. (HR. Abu Dawud: Kitab al-Nikah, no. 2072)

4. Ibnu Abbas menyatakan bahawa hukum pengharaman kahwin kontrak secara mutlak berdasarkan pendapat jumhur sahabat.

5. Qadhi Iyad juga berpendapat bahawa berlaku ijmak dalam kalangan ulama yang mengharamkan kahwin kontrak kecuali aliran Syiah Rafidah.

6. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), perkahwinan kontrak atau dalam istilah yang lain juga disebut mut’ah, mu’aqat atau munqath’i adalah haram dan tidak sah.

 

broken image

 

Keburukan dan Bahaya Nikah Kontrak

Antara kesan buruk nikah kontrak adalah:

  1. Mendapat balasan dosa besar di akhirat dan hukuman serta dipertanggungjawabkan kepada Allah SWT.
  2. Nikah kontrak sama seperti perbuatan zina
  3. Tiada pemberian nafkah kepada isteri selepas bercerai
  4. Kesan buruk kepada pihak wanita kerana dijadikan seperti barang dagangan yang boleh dipermainkan oleh pihak lelaki
  5. Status anak yang dilahirkan adalah tidak jelas dan kesan buruk jangka panjang pada anak.
  6. Masalah pembahagian harta setelah bercerai

Justeru itu, Islam melarang keras nikah kontrak ini, kerana kesan buruk utama kepada zuriat keturunan dan menafikan hak wanita dalam Islam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan dan sumber yang dinyatakan.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih