Return to site

Organisma Kecil ini Tidak Memerlukan Oksigen Untuk Hidup

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
organisma tidak perlu oksigen

Semua organisma hidup sama ada organisma multisel atau unisel memerlukan oksigen untuk terus hidup. Pada tahun 2020, para pengkaji ilmu sains telah menemui suatu parasit organisma multisel yang berbentuk seperti ubur-ubur tetapi tidak mempunyai genom mitokondria. Organisma multisel ini adalah pertama yang pernah ditemui dengan ketiadaan mitokondria. Dari maksud lain, organisma ini tidak menjalankan respirasi sel dan tidak bernafas, bagaimanapun ia boleh terus hidup tanpa bergantung dengan oksigen. Untuk mengetahui spesies organisma yang unik ini, anda boleh lanjutkan pembacaan lagi.

Apakah itu Organisma Tanpa Mitokondria?

Mitokondria adalah organel dalam sel memainkan peranan penting dalam respirasi sel, terutama dalam menghasilkan tenaga untuk sel. Semua organisma multisel mesti mempunyai mitokondria untuk menjalankan respirasi sel. Kegunaan utama mitokondria dalam respirasi sel adalah:

  • Mitokondria adalah tempat utama di mana ATP dihasilkan melalui proses fosforilasi oksidatif. ATP adalah molekul tenaga utama yang digunakan oleh sel untuk menjalankan pelbagai fungsi biokimia.
  • Mitokondria adalah pusat tenaga sel, dan tanpa mereka, sel tidak dapat menjalankan fungsi yang memerlukan tenaga dengan cekap.
  • Mitokondria turut terlibat dalam pengawalan metabolisme sel secara keseluruhan, dengan mengawal pengeluaran metabolit yang digunakan dalam pelbagai jalur biosintetik.

Jika sesuatu organisma multisel tidak mempunyai mitokondria, respirasi atau pernafasan sel tidak berlaku, dan sel akan mati. Setiap sel dalam badan anda kecuali sel darah merah mempunyai sejumlah besar mitokondria, dan ini adalah penting untuk proses respirasi.

Mitokondria memecahkan oksigen untuk menghasilkan molekul yang dipanggil adenosin trifosfat, yang digunakan oleh organisma multisel untuk menggerakkan proses selular.

Walaupun terdapat sesetengah organisma unisel yang mempunyai mitokondria tetapi mampu beradaptasi dengan metabolisme anaerobik (tanpa oksigen), tetapi bagi organisma multisel tidak mampu untuk menjalankan metabolisme tanpa oksigen 100%.

Sekumpulan saintis telah menemui parasit multiselular yang tidak mempunyai mitokondria untuk hidup.

Henneguya salminicola, Parasit Hidup Tanpa Oksigen

  • Henneguya salminicola adalah sejenis parasit yang wujud dalam ikan salmon. Parasit ini tidak berbahaya dan tergolong di bawah cnidarian dan dalam filum yang sama dengan terumbu karang, ubur-ubur, dan anemon.
  • Parasit ini hidup di dalam ikan salmon di sepanjang kitar hidupnya dan dalam keadaan tanpa oksigen.
  • Para saintis telah menjalankan kajian bagi melihat kewujudan mitokonrdria daripada parasit ini melalui kaedah penjujukan dan mikroskopi, namun tidak menjumpai mitokondria. Parasit ini kehilangan keupayaan untuk berespirasi seperti organisma multisel yang lain.
  • Kaedah penjujukan dan mikroskopik yang sama telah dijalankan dalam parasit cnidarian yang lain, Myxobolus squamalis, jelas menunjukkan kehadiran genom mitokondria dan menjalankan respirasi.
  • Parasit H. salminicola ini adalah organisma yang unik kerana hidup tanpa mitokondria dan tanpa oksigen.
parasit tanpa oksigen

Kredit Gambar: Stephen Douglas Atkinson

Kewujudan Organisma Multisel Tidak Memerlukan Oksigen

  • Penemuan ini menunjukkan terdapat organisma multisel yang tidak memerlukan oksigen untuk terus hidup.
  • Parasit ini telah kehilangan sebahagian besar genom mitokondria seperti ubur-ubur, tetapi mengekalkan struktur morfologi menyerupai ubur-ubur. Gambar parasit ini boleh dilihat di bawah.

 

parasit tanpa oksigen
  • Penemuan baru daripada pengkaji sains ini mengesahkan bahawa penyesuaian kepada persekitaran anaerobik bukanlah unik kepada eukariot bersel tunggal, tetapi juga telah berkembang dalam haiwan parasit multisel.
  • Kewujudan H. salminicola menyediakan peluang untuk memahami peralihan evolusi daripada metabolisme aerobik kepada metabolisme anaerobik eksklusif.
  • Penemuan ini boleh membantu industri perikanan menyesuaikan strategi mereka untuk menangani masalah parasit pada ikan salmon walaupun ianya tidak berbahaya.
ikan salmon berparasit

Sumber: Penyelidikan ini telah diterbitkan dalam PNAS.

Kredit Gambar: Stephen Douglas Atkinson

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih