Return to site

Ambil Tahu! Panduan Asas Melakukan CPR untuk Bantuan Kecemasan

www. kasturihijau.com

· KESIHATAN
panduan asas cpr

Bantuan kecemasan (CPR) sepatutnya perlu dipelajari setiap individu kerana ia mampu membantu menyelamatkan nyawa seseorang sementara menunggu ketibaan bantuan perubatan professional. Di kalangan rakyat Malaysia, bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut akibat jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba dilaporkan semakin meningkat setiap tahun. Artikel kali ini bertujuan untuk berkongsi kaedah dan cara untuk melakukan bantuan kecemasan (CPR) yang betul menurut panduan dan prosedur yang dikeluarkan oleh KKM dan MKN.

Apakah itu CPR?

  • CPR ataupun Cardiopulmonary Resuscitation adalah suatu prosedur kecemasan yang boleh menyelamatkan nyawa yang perlu dilakukan apabila jantung seseorang berhenti berdegup.
  • Menurut Pakar Kardiologi KKM, rawatan kecemasan CPR perlu diberikan segera bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk seperti kematian otak.
  • Penyakit berkaitan jantung masih kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan 18,515 dan semakin meningkat.
  • Kematian mengejut akibat kegagalan jantung atau jantung berhenti secara mengejut boleh terjadi pada bila-bila masa, samada, sedang duduk, beriadah, bersukan, mahupun sedang tidur.
  • Ia juga tiada had kepada sesetengah golongan yang sahaja, kerana kegagalan jantung atau jantung berhenti mengejut boleh berlaku pada golongan muda dan tua.
  • Jadi, jika diberikan pertolongan cemas CPR serta bantuan peranti defibrillator atau lebih dikenali sebagai AED, potensi untuk menyelamatkan nyawa seseorang itu adalah lebih tinggi.
  • Seseorang yang mengalami masalah jantung berhenti mengejut mengalami fasa ‘clinical death’ iaitu tempoh 3 hingga 10 minit pertama. Dalam fasa ini, CPR mesti dilakukan, kerana selepas itu, jika dibiarkan pesakit akan mengalami fasa ‘brain dead’ (ketiadaan oksigen di otak).

Panduan Asas CPR untuk Dewasa

  • Panduan Asas CPR yang ditunjukkan ini adalah diperoleh daripada tatacara CPR Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan ini adalah khusus untuk pesakit dewasa sahaja. Rujuk gambar berikut untuk perincian khusus (Sumber: KKM).
  • Tanda-tanda jantung terhenti adalah apabila mangsa tidak bertindak balas dan tidak bernafas. Mangsa yang bernafas terlalu perlahan dan kelihatan tidak efektif diambil kira sebagai tidak bernafas. Jika berhadapan dengan situasi ini, mulakan langkah-langkah CPR.
broken image

 

broken image

 

broken image

 

broken image

 

broken image

 

broken image

 

broken image

 

broken image

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi pesakit dalam kecemasan:

 

  1. Mula-mula jangan panik jika ingin melakukan bantuan kecemasan. Pastikan keadaan mangsa, anda dan persekitaran selamat, dan jauhi tumpahan darah, atau apa-apa objek tajam, wayar elektrik, dan sebagainya
  2. Kemudian, tepuk bahu mangsa. Tanya mangsa dengan jelas “Hello! Hello! Anda OK?”
  3. Kemudian, jerit minta tolong dan hubungi 999, Jerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999! Dapatkan AED!"
  4. Dongakkan kepala dan angkat dagu pesakit (Head tilt- chin lift)
  5. Lihat sama ada mangsa bernafas atau tidak (dalam tempoh tidak melebihi 10 saat). Jika tidak, mulakan tekanan dada.
  6. Tekan dada dengan kualiti tinggi
    • Kelajuan: 100 ke 120 kali seminit
    • Kedalaman: 5 ke 6 cm
    • Pastikan dada recoil ke posisi asal
    • Kurangkan gangguan semasa tekan dada
    • Nisbah tekanan dada dan bantuan pernafasan 30:2 (setiap 30 kali tekan, 2 kali hembusan nafas)
    • Setiap bantuan pernafasan selama 1 saat
  7. Pasang pad AED pada dada mangsa, Ikut arahan AED, Sambung tekan dada segera selepas defibrilasi.

Penting:

  • CPR perlu dilakukan oleh seseorang yang bertenaga dengan kualiti tekanan pada dada yang tinggi.
  • Tekan dada dengan kuat, sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci) dan tidak melebihi 6 cm (2.4 inci). Kadar tekanan adalah 100 hingga 120 setiap minit.
  • Satu kitaran CPR yang lengkap meliputi 30 tekanan dada dan 2 hembusan nafas. Lakukan sejumlah 5 kitaran sebelum memeriksa nadi mangsa. Jika masih tiada nadi dikesan, lakukan lagi 5 kitaran CPR sehingga nadi pulih atau ambulans sampai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sekalian pembaca.

Download panduan lengkap CPR di sini.

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih