Return to site

Mudah! Cara Isi Borang Nikah Atas Talian Menggunakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

kasturihijau.com

· INFORMASI
Cara Isi Borang Nikah Atas Talian Menggunakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

Adakah anda merancang perkahwinan tidak lama lagi? Borang nikah adalah perkara yang wajib diisi bagi pasangan yang ingin berkahwin di Malaysia. Bagi yang tidak tahu, permohonan untuk nikah boleh dilakukan seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah anda. Disini kami kongsikan panduan dan tips isi borang nikah online melalui SPPIM.

Apakah itu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)?

Bagi anda yang tidak pasti apakah itu SPPIM, sistem ini adalah Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk mempermudahkan pasangan yang ingin berkahwin dalam mengisi borang nikah dan memohon kebenaran nikah secara lebih teratur.

SPPIM adalah sistem yang telah dibina berdasarkan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia untuk meningkatkan kecekapan dalam proses perkahwinan.

Antara modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya adalah:

  • Permohonan kursus pra-perkahwinan
  • Permohonan kebenaran nikah
  • Pendaftaran nikah,
  • Proses perceraian, rujuk, dan runding cara.

 

 

Bagi pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan, wajib membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

SPPIM secara dalam talian ini merupakan inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri, bertujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umum, khususnya pasangan yang ingin memohon kebenaran berkahwin.

Namun, permohonan kebenaran berkahwin menggunakan sistem SPPIM ini hanya meliputi permohonan bagi negeri-negeri berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan
  • Johor
  • Selangor
  • Terengganu
broken image

 

Cara Isi Borang Nikah Melalui SPPIM

Proses isi borang nikah ini perlu dibuat atas talian melalui sistem SPPIM ini. Bagi pasangan yang berasal dari negeri yang disenaraikan di atas, anda perlu mengisi borang nikah secara dalam talian sahaja. Bagaimanapun, bagi individu yang berasal daripada negeri lain seperti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Pahang, anda perlu merujuk kepada Jabatan Agama Negeri masing-masing. Langkah-langkah isi borang nikah melalui SPPIM adalah:

  1. Layari laman web SPPIM di alamat https://www.sppim.gov.my/v2/home
  2. Kemudian, klik pada bahagian 'Kebenaran Berkahwin'
  3. Seterusnya, klik butang 'Permohonan Baru'
  4. Dapatkan Pengesahan Penolong Pendaftar
  • Dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di masjid kariah kawasan tempat tinggal.
  • Bagi pemohon daripada Johor, sila terus ke Pejabat Kadi Daerah.
  • Bagi pemohon daripada Terengganu, sila terus ke Pejabat Agama Daerah.

5. Dapatkan kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

  • Pemohon lelaki perlu dapatkan kelulusan daripada PAID
  • Pemohon perempuan hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin daripada PAID selepas pemohon lelaki mendapatkan kelulusan PAID

6. Cetak borang berdasarkan senarai semak. Senarai Semak berbeza mengikut STATUS pemohon dan WARGANEGARA

 

broken image
broken image

 

Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online Menggunakan SPPIM

  • Pemohon mestilah berasal daripada Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Selangor dan Terengganu.
  • Perlu diisi oleh salah seorang daripada pasangan yang ingin bernikah sama ada lelaki atau perempuan.
  • Permohonan online perlu diisi sekiranya kedua-dua lelaki dan perempuan bukan dari negeri yang menggunakan SPPIM tetapi tempat bernikah adalah dalam negeri yang menggunakan sistem SPPIM.
  • Pemohon perlu pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
  • Pejabat Agama yang memproses adalah merujuk kepada alamat tempat tinggal.
  • Permohonan dari SPPIM ini boleh dikemaskini selagi permohonan lelaki dari negeri yang menggunakan SPPIM belum diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

 

 

Pertanyaan Lanjut Berkenaan SPPIM

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai cara isi borang nikah, anda boleh menghubugi pihak SPPIM melalui salah satu kaedah berikut:

 

Tips Isi Borang Kebenaran Nikah

  1. Isi borang SPPIM ini 90 hari sebelum tarikh akad nikah.
  2. Sediakan maklumat seperti berikut: Nama penuh, no IC, alamat dalam IC dan alamat tempat tinggal (jika berbeza dengan IC), email untuk kedua-dua pemohon, tarikh nikah dan alamat tempat nikah, masjid dan pejabat agama kariah masing, maklumat gaji, alamat tempat kerja, no tel tempat kerja dan jawatan untuk kedua-dua pemohon.
  3. Pemohon perempuan, penting untuk dapatkan maklumat wali sebelum isi borang (nama penuh wali, IC, alamat, no tel, hubungan, tarikh nikah ibu dan bapa).
  4. Tekan submit akan keluar status isi borang untuk pemohon lelaki dan tunggu kelulusan borang lelaki untuk pemohon perempuan.
  5. Sila print senarai semak semua dokumen yang perlu sediakan sebelum hantar borang.
  6. Langkah seterusnya adalah daftar kursus kahwin bagi yang belum.
  7. Dalam masa yang sama, perlu buat appointment untuk ujian HIV.
  8. Result HIV ini sahselama 6 bulan.
  9. Selepas itu untuk perempuan penting sangat untuk tentukan wali, mengikut susunan, ayah, datuk, adik beradik lelaki dan seterusnya.
  10. Pemohon perempuan juga perlu sediakan surat nikah/surat penceraian ibu bapa.
  11. Dapatkan pengesahan maustatin jika alamat tempat nikah/tinggal tidak sama dengan alamat IC.
  12. Boleh dapatkan pengesahan dari penghulu/ketua kampung yang berkuatkuasa di kawasan tempat tinggal anda.
  13. Pergi tangkap gambar passport dengan pakaian sopan untuk lelaki dan wanita.
  14. Masukkan semua dokumen dalam file dan asingkan lelaki perempuan.
  15. Dapatkan kelulusan di kariah masing-masing dan lelaki hantar dekat pejabat agama terlebih dulu, selepas itu pasangan perempuan.
  16. Selesai permohonan nikah.

Bagi pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan, anda boleh ikut panduan ini untuk mengisi borang permohonan nikah di SPPIM. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda para pembaca kasturihijau.com.

Sumber: SPPIM dan Ummi Ana via Tips Persiapan Kahwin (TPK)