Return to site

Awas! 6 Jenis Makanan yang Berbahaya Jika Dimakan Bersama Durian

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
broken image

Ketika musim durian ini, sememangnya semua orang tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba Raja Buah ini. Bila lagi untuk makan buah durian jika bukan pada musimnya. Bagaimanapun, buah durian ini terkenal dengan buah yang panas, iaitu jika anda makan buah ini dengan banyak, badan anda akan terasa panas dan berpeluh. Justeru, buah durian dilarang makan bersama beberapa jenis makanan yang juga memanaskan badan dan berinteraksi dengan durian yang boleh merosakkan tubuh dan membawa maut. Penulis ingin berkongsi maklumat yang diperolehi melalui pembacaan tentang makanan yang dilarang diambil bersama isi durian.

 

Komposisi Isi Durian

larangan makan dengan durian
  • Buah durian mengandungi nutrien dan vitamin yang diperlukan badan seperti karbohidrat, protein, vitamin C, vitamin B termasuk tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), B6, dan folat (B9), yang penting untuk metabolisme energi dan fungsi sel yang sihat, kalsium dan kalium.
  • Beberapa orang mungkin merasakan peningkatan suhu tubuh atau efek lain seperti merasa hangat setelah memakan durian. Buah ini mempunyai nilai kalori, lemak dan gula yang tinggi, dan ia menyebabkan metabolisme badan meningkat dan badan terasa panas setelah memakan isinya.
  • Bagi seseorang yang memang mempunyai darah tinggi dan kolesterol tinggi, anda dilarang mengambil durian dengan kuantiti banyak, kerana isi durian mempunyai kandungan kalori, lemak dan gula yang sangat tinggi. Selain itu, isi durian dikatakan mempunyai kesan vasodilatasi iaitu pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan peningkatan denyut jantung dan tekanan darah.

 

 

Makanan Yang Dilarang Makan Dengan Durian

Sebelum memakan durian, seseorang perlu tahu pantang larang semasa memakan durian. Berikut adalah makanan yang dilarang makan bersama durian.

1. Minuman berkarbonat contohnya, Coca Cola dan lain-lain

  • Gabungan air bikarbonat dan durian akan menyebabkan reaksi gas dalam perut. Durian mengandung sulfur yang dapat berinteraksi dengan gas karbon dioksida dalam air bikarbonat, menghasilkan gas yang lebih banyak dalam perut.
  • Selain itu, gabungan ini akan memberi tekanan kepada jantung, iaitu minuman berkarbonat biasanya mengandung kafein dan gula, yang dapat meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung.
larangan makan dengan durian

 

2. Minuman berkafein seperti kopi dan lain-lain

  • Kesan makan durian bersama minuman berkafein sama seperti gabungan durian dengan minuman berkarbonat tadi.
  • Kandungan aktif kafein dalam kopi menyebabkan jantung akan berdegup lebih laju dan menyebabkan suhu badan manusia lebih panas.

3. Susu

  • Gabungan susu dan durian akan menyebabkan gangguan pencernaan, loya, mual, pening dan sakit perut.
  • Durian memiliki kandungan serat tinggi dan sulfur yang dapat menyebabkan gas yang berlebihan dalam sistem pencernaan.
larangan makan dengan durian

 

 

4. Terung

  • Gabungan terung dengan durian boleh menyebabkan peningkatan suhu badan kerana terung sifatnya panas. Kesannnya hampir sama jika anda meminum kopi dan makan durian.

 

5. Ketam dan makanan laut yang tinggi kolesterol

  • Ketam dan makanan laut mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Gabungan ini akan menyebabkan metabolisme anda meningkat, dan badan anda terasa cepat panas. Tekanan darah akan naik dan ia boleh memudaratkan kesihatan.

 

6. Daging lembu dan kambing

  • Daging lembu dan kambing ,meningkatkan beban kepada sistem pencernaan anda, kerana makanan ini lambat untuk dicernakan. Jika anda memakan daging bersama durian, sistem pencernaan anda akan mengalami tekanan.
  • Ia juga memberi kesan termogenik iaitu peningkatan suhu badan selepas makan.

Jika anda teringin makan makanan di atas, perlu jarakkan dalam 2 jam setelah makan durian. Sesetengah orang menganggap ini mitos, tetapi sememangnya ada kes yang meninggal setelah minum air berkarbonat bersama durian. Jadi, kesan sampingan itu ada, maka berhati-hati sebelum ia memudaratkan kesihatan anda.

Berikut adalah sedikit sebanyak perkongsian mengenai pantang larang semasa makan isi durian. Semoga bermanfaat.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih