Return to site

Jawatan Kosong: Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 di Negeri Melaka

kasturihijau.com

· KERJAYA
jawatan kosong pembantu hal ehwal agama melaka

Hebahan mengenai kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Negeri Melaka untuk Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Objektif Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Antara objektif utama penubuhan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka adalah untuk:

  • Membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan akauntabiliti pengurusan pentadbiran dan kewangan di Jabatan/Agensi masing-masing
  • Menentukan program dan aktiviti diuruskan dengan berekonomi, cekap dan berkesan.
  • Melaksanakan pengauditan terhadap Jabatan/Agensi/Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka

Makluman Jawatan Kosong

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Melaka)

  • Kekosongan : 3
  • Simpanan : 9

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM, Tahap 3:

(i) Pengurusan Masjid; atau

(ii) Pengauditan Halal.

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Terbuka kepada calon lelaki dan anak Negeri Melaka sahaja.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1.  Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Melaka)

Gaji Permulaan, S19: RM1,352.00

Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan SPM

Lokasi kekosongan: Melaka

Nama Jawatan seperti berikut: Pembantu Hal Ehwal Islam

Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan S19

Skop Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

  • Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Cara Permohonan

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web, http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

 

broken image

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 22 Ogos 2024 (Khamis) jam 11.59 malam. Rujuk iklan: Iklan Jawatan SPA

 

Sila mohon bagi individu yang berkelayakan dalam bidang yang dikehendaki. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang mencari peluang pekerjaan. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.