Return to site

Jawatan Kosong SPA: Penerbit Rancangan B29 di Jabatan Penyiaran Malaysia

www.kasturihijau.com

· KERJAYA
jawatan kosong penerbit rancangan

Hebahan jawatan kosong di Semananjung, Sabah dan Sarawak berkenaan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam baru bagi Jabatan Penyiaran Malaysia. Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan. Mohon kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan yang mencari-cari peluang kerja di Jabatan Penyiaran Malaysia.

Objektif Jabatan Penyiaran Malaysia

Antara objektif utama penubuhan Jabatan Penyiaran Malaysia adalah untuk:

  • Menyediakan prasarana teknikal untuk medium radio dan TV yang berkualiti bagi memastikan rakyat terus menerus mendapatkan maklumat kerajaan serta hiburan yang berwawasan.
  • Mengendali dan menyelenggara infrastruktur penerbitan, siaran dan penyiaran mengikut piawaian yang ditetapkan
  • Memantau dan menyelaras siaran radio dan TV
  • Mengkaji dan merancang dan membangunkan infrastruktur penyiaran secara berkesan
  • Memanfaat teknologi maklumat dan media baru

 

Makluman Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Jabatan Penyiaran Malaysia di seluruh negara pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. Penerbit Rancangan Gred B29 (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

  • Kekosongan : 55 (Semenanjung)
  • Kekosongan : 15 (Sabah)
  • Kekosongan: 10 (Sarawak)

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

  • Komunikasi;
  • Komunikasi (Filem Dan Penyiaran);
  • Komunikasi (Pengajian Skrin);
  • Komunikasi (Pengurusan Media);
  • Komunikasi (Radio Dan Televisyen);
  • Komunikasi (Televisyen Dan Filem);
  • Komunikasi Dan Media;
  • Komunikasi Dan Pengajian Media;
  • Komunikasi Massa;
  • Komunikasi Massa (Penerbitan);
  • Komunikasi Massa (Penyiaran);
  • Komunikasi Massa (Kewartawanan);
  • Komunikasi Penyiaran Islam;
  • Komunikasi/Sebaran Am;
  • Journalism/ Kewartawanan;
  • Kewartawanan Dan Sains Politik;
  • Journalism & Broadcasting
  • Kewartawanan & Penyiaran;
  • Penyiaran Dan Perfileman;
  • Sebaran Am-Kewartawanan;
  • Sebaran Am-Penyiaran;
  • Linguistik Dan Komunikasi;
  • Linguistik Melayu,
  • Penulisan & Kewartawanan;
  • Penyiaran & Penerangan Agama
  • Islam (Sebaran Am);
  • Komunikasi Media Baharu;
  • Komunikasi Multimedia;
  • Media Digital;
  • Multimedia Dan Komunikasi; atau
  • Pengajian Media.

 

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh diploma dalam bidang yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan Jabatan Penyiaran Malaysia.

 

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1. Penerbit Rancangan Gred B29

Gaji Permulaan, B29: RM1777.78

Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan STPM/Diploma

Lokasi kekosongan: Seluruh Malaysia

Nama Jawatan seperti berikut: Penerbit Rancangan

Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan B29

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web, http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

broken image

 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 7 Ogos 2024 (Rabu) jam 11.59 malam.

 

Sila mohon bagi individu yang berkelayakan dalam bidang yang dikehendaki. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang mencari peluang pekerjaan. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.