Return to site

Jawatan Kosong : Pengajar Pergigian dan Kesihatan Persekitaran U41 KKM

· KERJAYA
broken image

Hebahan jawatan kosong di seluruh negeri-negeri di Malaysia iaitu berkenaan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam baru bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan.

Makluman Jawatan Kosong KKM 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. Pengajar Gred U41 (Juruteknologi Pergigian)

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)
(a) Biologi/ Sains Biologi; atau
(b) Teknologi Pergigian

TARAF PELANTIKAN

i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan

ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

1I. Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

(a) Kesihatan dan keselamatan persekitaran;(b) Kesihatan persekitaran;
(c) Pengajian alam sekitar;
(d) Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; atau
(e) Sains kesihatan persekitaran dan pekerjaan

TARAF PELANTIKAN

i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan

ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh Akhir Permohonan Jawatan Kosong

Permohonan perlu dihantar melalui laman sesawang SPA9 sebelum atau pada 10 JUN 2024 (ISNIN) 11:59 MALAM

Maklumat Permohonan Jawatan Kosong

1. Pengajar Gred U41 (Juruteknologi Pergigian)- 6 kekosongan

  • Gaji Permulaan U41: RM2,429.00
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Lokasi kekosongan: Seluruh Malaysia
  • Nama Jawatan seperti berikut: Pengajar

2. Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)- 7 kekosongan

  • Gaji Permulaan U41: RM2,429.00
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Lokasi kekosongan: Seluruh Malaysia
  • Nama Jawatan seperti berikut: Pengajar

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web,  http://spa9.spa.gov.my. Tekan di bawah. Mohon Sekarang !!!

broken image

Kepada individu yang ingin mencari peluang pekerjaan di KKM, dan berkelayakan seperti dalam iklan, anda boleh mencuba untuk memohon jawatan ini. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Selepas 3 bulan, anda tidak mendapat apa-apa jawapan, permohonan anda boleh dianggap tidak berjaya. Semoga berjaya dalam permohonan ini.

Selamat Maju Jaya!