Return to site

Peluang Kerjaya 2025: Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM bagi PISMP dan PPC Tahun 2025

kasturihijau.com

· KERJAYA
Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM bagi PISMP dan PPC Tahun 2025

Adakah anda sedang mencari peluang pekerjaan yang menarik di Malaysia? Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka peluang kepada individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan yang disediakan. Sila hebahkan peluang kerjaya ini kepada yang berminat dan mencari-cari peluang pekerjaan untuk tahun 2025.

Jawatan Kosong dan Jabatan

  1. Calon Guru Tajaan KPM 2025 : Terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lepasan Program Matrikulasi yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan Tahun 2025.

Kelayakan Pemohon

  1. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022, 2023 dan 2024,
  2. Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 dan 2024,
  3. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 dan 2024, dan
  4. Lepasan Program Matrikulasi KPM Sesi Pengajian 2023/2024 dan 2024/2025.
  5. Lepasan SPM tahun 2024 boleh memohon dan perlu mengemaskini bidang permohonan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan.
  6. Manakala, bagi permohonan PPC hanya dibuka kepada lepasan SPM tahun 2024. (Rujuk Iklan)
broken image

  • Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia pada pautan yang diberikan di atas.
  • Jika anda berminat untuk memohon jawatan ini, sila buat permohonan sebelum tarikh tamat iaitu sebelum 16 Mac 2025 .
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(U/P) Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar

No. Telefon : 03 – 8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 / 6768 / 6693 (Isnin – Jumaat: Jam 8.00 AM – 5.00 PM)

Sila membuat permohonan dengan segera bagi sesiapa yang berminat. Semoga perkongsian ini membuka ruang dan peluang untuk para pembaca kasturihijau.com lebih mudah mencari pekerjaan kelak. Selamat Maju Jaya!