Return to site

Pengambilan Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Tahun 2025

kasturihijau.com

· KERJAYA
pengambilan Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Tahun 2025

Tahukah anda bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia (JHEV) telah membuat hebahan pengambilan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) untuk tahun 2025. Pengambilan jurulatih PLKN 3.0 ini terbuka kepada individu yang layak dengan syarat-syarat yang diberikan. Dalam artikel ini, kami kongsikan cara membuat permohonan sebagai jurulatih PLKN 3.0 untuk tahun 2025.

Apakah itu PLKN 3.0?

  • PLKN 3.0 adalah singkatan dari Program Latihan Khidmat Negara versi 3.0, yang merupakan program latihan wajib untuk belia di Malaysia. Program ini adalah lanjutan atau pembaharuan dari program PLKN yang sebelumnya dilaksanakan di Malaysia, dengan beberapa penyesuaian dan pembaharuan untuk memenuhi keperluan semasa. PLKN bertujuan untuk membentuk karakter dan disiplin dalam kalangan belia, selain memberi latihan fizikal dan kemahiran asas yang dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.
  • Mula diperkenalkan pada Disember 2003, PLKN adalah program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
  • Melalui pelaksanaan PLKN 3.0, Kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu.
  • Secara amnya, struktur Latihan Khidmat Negara melibatkan latihan asas ketenteraan seperti kepimpinan, ketahanan diri, kawad, abseiling, ikhtiar hidup, dan penggunaan senjata api.
  • Selain itu, elemen Kenegaraan merangkumi sejarah negara, kedaulatan, ancaman keselamatan, dan ketahanan nasional. Elemen Khidmat Masyarakat pula melibatkan aktiviti seperti khidmat komuniti, penghijauan, kempen kitar semula, gotong-royong, projek desa, serta pemulihan alam sekitar dan kesihatan.
broken image

Modul Pelaksanaan PLKN 3.0

  • Kerajaan bersetuju untuk menerapkan konsep dan format baru bagi PLKN 3.0 ini. PLKN akan dijalankan di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan dengan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegeraan (70%).
  • Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan dan merangka modul latihan secara berfasa yang melibatkan:
  1. Fasa Pra PLKN
  2. Fasa Latihan Asas
  3. Projek Rintis
  4. Fasa Latihan Asas di IPTA
broken image

Pemilihan Jurulatih PLKN 3.0 2025

Pengambilan jurulatih PLKN 3.0 telah dibuka untuk sesiapa yang berminat menjadi jurulatih kepada peserta PLKN 3.0 pada tahun 2025. Kementerian Pertahanan Malaysia (JHEV) telah membuat hebahan pengambilan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) yang akan bermula pada tahun hadapan. Berdasarkan iklan jawatan yang dibuka, terdapat 2 jenis jawatan yang ditawarkan iaitu:

  1. Pembantu Belia dan Sukan S1 (Gred S19)
  2. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29)
broken image

broken image

Jawatan Jurulatih: Pembantu Belia dan Sukan S1 (Gred S19)

Calon hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,500.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,561.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,622.00).
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kriteria tambahan yang dikehendaki adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 28 sehingga 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sihat tubuh badan dan Body Mass Index (BMI) tidak melebihi 27.0.
  • Umur yang melebihi 45 tahun akan dipertimbangkan tertakluk kepada ketetapan panel temuduga.
  • Pernah berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN 1.0 dan PLKN 2.0.
  • Pesara ATM atau Veteran ATM yang memiliki pensijilan dalam bidang jurulatih kawad, kecergasan jasmani, kepimpinan dan ilmu ketenteraan.
  • Berkeupayaan untuk mendidik, melatih dan memimpin pelatih PLKN kearah modal insan yang baik.

broken image
broken image

Jawatan Jurulatih: Penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29)

Cara Permohonan Jurulatih PLKN 3.0

1. Bagi anda yang berminat untuk memohon, sila layari borang google yang disertakan di bawah.

atau klik pada butang berikut.

2. Atau imbas kod QR pada iklan untuk pendaftaran.

broken image

Tarikh Tutup Permohonan Jurulatih PLKN 3.0

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 November 2024. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pertanyaan Lanjut

Layari portal rasmi berikut untuk pertanyaan lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.