Tahukah anda antara pemasangan mozek dan epoxy pada lantai rumah, yang mana lebih jimat dan tahan lama? Apabila memilih kaedah terbaik untuk membaiki atau menaik taraf lantai rumah, terutama bilik air atau tandas, ramai yang keliru antara memasang mozek baru atau menggunakan sistem Epoxy Colour Coating (ECC). Artikel ini akan membandingkan kedua-dua pilihan ini berdasarkan pelbagai aspek seperti kos, masa pemasangan, kebersihan, dan ketahanan.
Apa itu Epoxy Colour Coating (ECC)?
Epoxy Colour Coating atau dikenali dengan epoxy satu kaedah di mana lantai sedia ada diperbaharui dengan salutan cecair epoxy dan empingan warna (color flakes). Sistem ini membentuk corak lantai yang pelbagai dan meningkatkan ketahanan serta kalis air pada permukaan lantai. Tidak seperti pemasangan mozek baru, ECC tidak memerlukan lantai asal dipecahkan.
Apakah itu Mozek Lantai?
Mozek lantai adalah sejenis kemasan lantai yang terdiri daripada jubin-jubin kecil yang disusun dalam corak tertentu. Jubin ini biasanya diperbuat daripada bahan seperti seramik, porselin, kaca, atau batu semula jadi. Mozek lantai sering digunakan untuk mencantikkan ruang dalaman, seperti bilik mandi, dapur, atau ruang tamu, kerana ia tahan lasak, tahan air, dan mudah dibersihkan.
Selain itu, mozek lantai juga popular kerana menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk, warna, dan corak, menjadikannya fleksibel untuk disesuaikan dengan tema dekorasi rumah. Mozek sering dipasang menggunakan simen khas untuk melekatkan jubin ke lantai dan memerlukan pengisian grout untuk menutup ruang antara jubin, memberikan kekemasan dan tahan lama.
Sumber dan Kredit Foto:
Mozek Murah Jejulok
Perbandingan Epoxy dan Mozek
1. Proses Pemasangan dan Tempoh Masa
- Epoxy: Sistem epoxy hanya memerlukan lantai asal dikasarkan (grinding) sebelum salutan epoxy dan empingan warna digunakan. Tiada keperluan untuk memecahkan lantai asal. Masa pemasangan epoxy untuk satu bilik air bersaiz bawah 40 kaki persegi hanya mengambil masa 7-8 jam, dan lantai boleh digunakan selepas 12 jam.
- Mozek: Pemasangan mozek memerlukan lantai asal dipecahkan terlebih dahulu, diikuti proses memasang mozek baru. Ini biasanya mengambil masa 2-3 hari, dan lantai hanya boleh digunakan selepas 6-7 hari untuk memastikan simen kering sepenuhnya.
2. Kos Bahan dan Operasi
- Epoxy: Kos pemasangan epoxy lebih rendah kerana tiada kerja pemecahan lantai dan tambahan sistem waterproofing. Segalanya diselesaikan dalam satu proses. Harga Epoxy adalah anggaran RM700-800 untuk satu lantai bilik air.
- Mozek: Kos pemasangan mozek lebih tinggi kerana melibatkan kerja pecah lantai, pembelian mozek baru, dan kos tambahan untuk waterproofing menggunakan simen Sika. Harga mozek adalah mozek 60cm x 60cm; RM 5.00/kaki persegi (anggaran RM1500 ke atas) dan bergantung kepada keluasan saiz lantai bilik air anda.
3. Kebersihan Semasa Pemasangan
- Epoxy: Pemasangan epoxy lebih bersih kerana hanya melibatkan proses grinding yang menghasilkan habuk minimum. Rumah kekal lebih bersih sepanjang proses.
- Mozek: Proses pemasangan mozek menghasilkan banyak debu dan habuk yang boleh merebak ke seluruh rumah, sekali gus memberi kesan kepada kebersihan dan kesihatan keluarga.
4. Ketahanan dan Penyelenggaraan
- Epoxy: Lantai epoxy lebih mudah dibersihkan dan tidak licin. Ia juga tidak mempunyai rongga atau celah yang boleh menyebabkan serangga seperti lipas dan lipan bersarang. Dengan pemasangan yang betul, epoxy boleh bertahan sehingga lebih 10 tahun.
- Mozek: Permukaan mozek lama kelamaan boleh mengalami hakisan pada celah-celah simen, menyebabkan masalah kebocoran dan kehadiran serangga. Selain itu, kotoran dan lumut mudah melekat pada permukaan mozek, menjadikannya sukar untuk dicuci.
5. Ciri Kalis Air
- Epoxy: Sistem epoxy secara automatik mempunyai lapisan kalis air, menjadikannya pilihan terbaik untuk bilik air dan tandas.
- Mozek: Untuk mendapatkan ciri kalis air, mozek memerlukan tambahan lapisan waterproofing seperti simen Sika, yang meningkatkan kos dan masa pemasangan.
6. Pilihan Corak dan Warna
- Epoxy: Epoxy menawarkan sehingga 23 pilihan warna dan 56 corak yang boleh disesuaikan mengikut tema bilik air anda.
- Mozek: Mozek juga menawarkan pelbagai corak, tetapi pilihan mungkin lebih terhad bergantung kepada stok dan jenis mozek yang tersedia.
Sumber dan Kredit Foto: Epoxy Flake Coating
Ciri-ciri Am Pemasangan Epoxy
- Tidak Licin
- Kalis Air atau Waterproofing
- Anti Lumut
- Tak perlu mengetuk tiles lama
- Lantai akan senang dicuci dan dijaga
- Tidak menghasilkan banyak habuk semasa pemasangan
- Jimat masa, pemasangan siap dalam 4-8 jam (berlainan mengikut keluasan tempat)
- Pelbagai warna dan corak design yang cantik dan menarik boleh dipilih
Berdasarkan kelebihan-kelebihan sistem epoxy berbanding kaedah pemasangan mozek, jelas bahawa epoxy merupakan alternatif yang lebih efisien, menjimatkan kos, dan mesra pengguna. Walaupun pemasangan mozek masih relevan, epoxy menawarkan penyelesaian moden dengan ketahanan dan kecekapan yang lebih baik. Bagaimanapun, sebagai pengguna yang bijak, terserah kepada anda untuk membuat pemilihan sama ada ingin menggunakan mozek untuk lantai rumah ataupun memilih sistem epoxy yang lebih moden. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Baca Lagi: