Berdasarkan daripada kenyataan media daripada Jabatan Pendaftaran Negara, permohonan baru MyKid akan dibuka semula pada 29 Julai 2024, yang mana sebelum ini ditangguhkan kerana kekurangan bahan mentah cip MyKid. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat 136,238 permohonan MyKid yang tertunggak dengan 135,459 permohonan bagi tahun 2023 dan 779 permohonan bagi 2024 setakat Mac lalu. JPN sedang giat mencetak 160,000 MyKid yang tertunggak sejak Oktober 2023 dan akan menyerahkan secara berperingkat-peringkat sebaik sahaja proses cetakan selesai. Oleh itu, untuk artikel ini dikongsikan di sini info tentang permohonan baru MyKid, semakan dan kutipan MyKid yang pernah dipohon sebelum ini.
Pengenalan MyKid
MyKid adalah kad pengenalan kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri pada MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari. 'My' membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada 'Kad Identiti Diri'. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Terdapat 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip MyKid iaitu:
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Cara Permohonan Baru MyKid Tahun 2024
- Untuk permohonan baru MyKid, ibubapa penjaga kanan-kanak boleh pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran. MyKid boleh dimohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun. Tarikh permohonan baru MyKid adalah pada 29 Julai 2024 di semua JPN berhampiran.
- Penukaran pusat kutipan MyKid adalah Tidak Dibenarkan.
- Semasa permohonan MyKid, anda perlu membawa beberapa dokumen penting iaitu:
- Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
- Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
- Salinan IC bapa
- Salinan IC ibu
- Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
Cara Semakan Status MyKid Online
- Bagi yang telah memohon sebelum ini dan mempunyai resit permohonan, pemohon perlu membuat pengesahan melalui Sistem Pengesahan Cetakan dalam tempoh tiga (3) bulan bermula 29 Julai 2024 – 31 Oktober 2024. Selepas tempoh tersebut, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula. Sistem ini adalah untuk mendapatkan pengesahan pemohon bagi cetakan MyKid yang dimohon pada tahun 2023 dan ke bawah.
- Pautan sistem : https://spcmykid.jpn.gov.my/semakmykid.php
Sila scan QR kod di bawah atau layari:
Link : https://spcmykid.jpn.gov.my
Jika anda masih keliru tentang status permohonan atau langkah seterusnya berkaitan permohonan MyKid anda, anda boleh ikuti penjelasan pihak JPN berkenaan permohonan dan kutipan My Kid bagi status berikut:
- Sudah buat permohonan My Kid (ada slip) – Status : Sedia diambil
- Sudah buat permohonan (ada slip) – Status : Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan My Kid
- Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MKid – Status : Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
- Pendaftaran kelahiran baharu – Status: Sila buat pendaftaran kelahiran & buat permohonan My Kid di JPN
Untuk hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran, anda boleh rujuk senarai direktori dan waktu operasi berikut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa subsribe website kami secara percuma. Terima kasih.