Return to site

Pertandingan Rekacipta E-Poster Sempena 'Merdeka Day' Zoo Negara Malaysia

kasturihijau.com

· INFORMASI
pertandingan zoo negara

Bilakah kali terakhir anda bawa keluarga dan anak-anak ke Zoo Negara Malaysia? Zoo Negara menawarkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya sempena bulan Merdeka ini, suatu pertandingan merekacipta e-poster sedang dianjurkan oleh Zoo Negara. Berikut dikongsikan maklumat tentang aktiviti zoo negara dan pertandingan e-poster.

Latar Belakang Zoo Negara Malaysia

Zoo Negara Malaysia terletak di Ulu Klang, timur laut Kuala Lumpur. Ia dikendalikan oleh Malaysian Zoological Society, sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengurus zoo pertama di Malaysia. Zoo Negara, yang ditubuhkan pada 14 November 1963, pada tahun 2006 menempatkan kira-kira 4,000 haiwan dari 400 spesies termasuk mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara memperoleh sijil MS ISO 9001:2000. Zoo ini meliputi kawasan seluas 110 ekar, hanya kira-kira 5 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kini, Zoo Negara menampilkan konsep zoo terbuka, dengan 90% haiwan ditempatkan dalam kandang terbuka yang luas dan direka untuk menyerupai habitat asal mereka.

broken image

 

Kredit Gambar: Zoo Negara

Aktiviti Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia adalah antara tempat yang mesti dikunjungi semasa musim-musim cuti sekolah atau cuti umum. Antara aktiviti-aktiviti yang ada di Zoo Negara Malaysia adalah:

1. Aktiviti Pertunjukkan Haiwan

  • Setiap Hari: 11 pagi dan 3.00 petang)
  • Jumaat: Tutup Kecuali Cuti Sekolah

2. Memberi Makan Haiwan

  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

3. Pameran Rusa Bintik

  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

4. Dunia Kanak-kanak

  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

5. Pameran Rusa Jawa dan Walabi

  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
broken image

 

Kredit: Zoo Negara Malaysia (https://www.zoonegara.my/map.html)

Harga Tiket Zoo Negara Malaysia

  1. Waktu Operasi: Setiap Hari (Siang): 9.00 pagi - 5.00 petang
  2. Kadar Bayaran Tiket Zoo Negara
  • Dewasa: RM45
  • Kanak-kanak (3 tahun - 12 tahun): RM18
  • Golongan Emas (60 tahun ke atas): RM23
  • Pelajar Sekolah: RM15
  • Potongan Harga (Untuk Rakyat Malaysia Sahaja)
  • Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kad OKU: Percuma

 

broken image

 

Kelebihan Mengunjungi Zoo Negara

Pelbagai manfaat boleh diperolehi dengan mengkunjungi Zoo Negara antaranya termasuk:

  1. Sumber pendidikan dan pengetahuan mengenai pelbagai spesies haiwan, habitat mereka, dan usaha konservasi yang dilakukan untuk melindungi spesies terancam.
  2. Dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan sambil belajar tentang dunia haiwan.
  3. Dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara spesies terancam.
  4. Dapat menikmati aktiviti luar seperti berjalan-jalan di sekitar taman, melihat pertunjukan haiwan, dan mengambil gambar dengan latar belakang yang menarik.
  5. Dapat memahami tingkah laku haiwan serta keperluan mereka dalam persekitaran yang lebih menyerupai habitat semulajadi mereka.
  6. Dapat menghilangkan stres dan memberi ketenangan dengan melihat kepelbagaian haiwan yang ada di Zoo Negara

Pertandingan E-poster Sempena Merdeka Day

  • Bersempena dengan Hari Merdeka semakin hampir, pihak Zoo Negara melancarkan suatu Pertandingan E-Poster sempena Hari Merdeka. Pihak Zoo Negara amat berbesar hati jika anda dapat menyertai pertandingan ini dalam meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia sambil mempamerkan hidupan liar asli yang hebat.
  • Pertandingan ini bermula 16 Ogos 2024 dan akan berlangsung sehingga 14 September 2024.
  • Rujuk: Facebook Zoo Negara.

Peraturan dan Garis Panduan

  • Membina e-poster sempena Merdeka Day
  • Tema e-poster: 'Pride in Nature, Pride in Nation'
  • Terbuka kepada semua peringkat umur
  • Perisian/ Software: Peserta boleh menggunakan apa-apa perisian untuk mencipta poster.
  • Penghantaran: Peserta mesti memuat naik poster di media sosial masing-masing, dan menandai tag @zoonegara_malaysia dan #MerdekaWildFest (Rujuk Iklan pada Gambar)

Hadiah dan Saguhati

Para pemenang akan diberikan hadiah utama atau 3 hadiah saguhati.

  1. Hadiah Utama: Pakej lawatan zoo berpandu secara percuma
  2. 3 Hadiah Saguhati: Karya seni anda akan dipaparkan di platform media sosial Zoo Negara Malaysia.
broken image

 

broken image

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian atau email di bawah.

  • Hotline:+603-4108 3422 / +603-4108 3424
  • Email: customerservice@zoonegaramalaysia.my
  • Laman Web: www.zoonegara.org.my

Sumber: Laman web Zoo Negara Malaysia

 

Berikut tadi disampaikan adalah maklumat berkaitan Zoo Negara Malaysia, dan pertandingan membina e-poster yang dianjurkan oleh Zoo Negara. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca sekalian.