Sebelum memasak, bahan-bahan tumis dan rempah ratus perlu disediakan dahulu. Jika tidak cukup bahan-bahan ini, masakan anda akan tidak sempurna dan kurang enak apabila dimakan. Penyediaan pes masakan ini sememangnya sangat membantu mempercepatkan masakan anda. Disini, kami sediakan 13 pes masakan untuk anda rujuk dan cuba di rumah supaya anda boleh jimat masa memasak dan lauk yang anda sediakan adalah menyelerakan. Anda boleh simpan pes masakan ini dalam peti sejuk, dan keluarkan bila mula masak.
Senarai Pes Masakan
Senarai pes masakan untuk rujukan anda:
- Pes Masak Lemak
- Pes Sambal Tumis
- Pes Gulai Ikan
- Pes Masak Kicap Berempah
- Pes Nasi Goreng
- Pes Tomyam Putih
- Pes Sambal Hijau
- Pes Laksa Sarawak
- Pes Rendang
- Pes Char Kuay Teow
- Resepi Pes Kari Ayam
- Pes Bakso
- Pes Sup
1. Pes Masak Lemak
Cara buat pes masak lemak adalah seperti berikut:
- Kisarkan bawang besar 3 biji, bawang putih 8 biji, halia seketul, kunyit hidup sebiji, cili hijau (Ikut nak pedas mana)
- Simpan pes dalam botol dan masukkan dalam peti ais.
Kredit: Awien Ariff
2. Pes Sambal Tumis
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat pes sambal tumis:
- Bawang besar 2 biji
- Bawang besar 2 biji (dihiris bulat)
- Bawang putih 5 ulas
- Cili kering 4 genggam (dipotong, direbus, dibasuh, dan dikisar)
- Asam jawa
- Garam, gula, perasa
Cara-cara penyediaan pes sambal tumis:
- Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
- Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
- Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.
Kredit: Asrimah bakri
3. Pes Gulai Ikan
Cara-cara penyediaan pes gulai ikan adalah seperti berikut.
- Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan blendar, rempah kari ikan, bawang besar, baawg merah, dan sedikit cili kering.
- Masukkan perahan air asam jawa dan garam.
- Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak dan tutup api.
- Simpan pes dalam peti (Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi, terung, timun dan lain-lain)
Kredit: Himpunan resepi meletop
4. Pes Masak Kicap Berempah
Bahan-bahan pes masak kicap berempah adalah seperti berikut.
- 20 biji cili kering (digoreng dengan minyak sampai garing)*
- 10 ulas bawang merah*
- 8 ulas bawang putih*
- 2 inci halia*
- 2 sudu besar jintan manis #
- 2 sudu besar jintan kasar #
- 1 sudu besar lada hitam biji #
- 1 sudu besar ketumbar biji #
- Air asam jawa
- Minyak, garam, gula, kiub bilis
- 4 sudu besar sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
- Bahan bertanda # kena goreng tanpa minyak
- Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda # guna minyak cili goreng tadi sampai lumat.
- Tumis ngan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.
- Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yg kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak ambil guna sudu yang kering.
Kredit: Rarra sakura
5. Pes Nasi Goreng
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pes nasi goreng:
- *Bawang besar iaitu 2 biji potong 4
- *Bawang putih iaitu 4 ulas
- *Cili kering iaitu 10 tangkai atau nak pedas boleh lebih. Potong cili tu dalam 2-3 inchi.
- *Belacan iaitu 1 inchi
- *Udang kering iaitu 1 sudu kecil
- Semua bahan-bahan ini disediakan dulu.
- Panaskan kuali, gunakan api kecil dan masukan minyak masak.
- Masukan semua bahan-bahan tadi, pastikan minyak tu sama paras dengan bahan kita tadi, kalau tidak tak masak.
- Goreng semua bahan tu, sampai dia macam bertukar warna mcm layu sikit. Jangan sampai hangus.
- Lepas sudah tukar warna dan naik bau, matikan api, kemudian biar dia sejuk, sebab kita nak blend.
- Sudah sejuk, blend pakai blender basah tu, kalau blender kering jatuh minyaknya.
- Masukan, bahan goreng tadi dalam blender bersama minyak goreng tadi, sebb kalau letak air cepat rosak.
- Blender sampai jadi pes, selepas itu transfer dalam bekas dan siap!
Kredit : M. khamisan razali
6. Pes Tomyam Putih
Bahan-bahan untuk masak pes tomyam putih:
- Bawang Merah 10 biji*
- Bawang besar 5 biji*
- Bawang putih 5 ulas*
- Cili Api 10 biji (ditetak)*
- Lengkuas 1 inci*
- halia 3 inci*
- Serai 5 batang*
- Daun limau purut 5-6 helai*
- 5 biji Air limau purut atau semasam yg anda mahu
- Sos ikan (nam pla)
Cara-cara penyediaan pes tomyam putih:
- Tumis semua bahan bertanda * di atas kecuali air limau purut dan sos ikan.
- Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut dan sos ikan nam pla.
- Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula bersama 1 sudu serbuk perasa (Saya guna Maggi Cukup Rasa sebagai pengganti kiub).
- Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
- Bila nak makan, didih pes ini bersama air dalam periuk, masukkan ayam atau daging atau seafood dan sayur-sayur, dan tabur daun ketumbar.
- Tips: Kalau nak tomyam kaw, masukkan susu pekat 3 sudu.
Kredit: Owner
7. Pes Sambal Hijau
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pes sambal hijau:
- cili padi hijau banyak-banyak
- bawang merah
- tomato
- ikan bilis
Cara penyediaan pes sambal hijau:
- Kisar bawang merah dan cili padi sampai hancur, masukkan air (guna food blender biasa)
- Sudah hancur bawang merah dan cili padi, masukkan tomato dan ikan bilis, tekan pengisar dua tiga kali je. Kisar kasar. Supaya ikan bilis dan tomato separa hancur.
- Tuang semua dalam minyak panas, tunggu sampai air kering dan pecah minyak. Lagi lama masak lagi sedap, api sederhana dan perlahan, jangan lupa perasakan garam gula semua masa ni.
- Boleh simpan dalam peti ais (bahagian chille) atau luar peti ais pun. Pastikan simpan dalam bekas bertutup rapat. Ceduk guna sudu bersih dan kering. Pastikan sambal sentiasa dilitupi minyak, jadikan minyak sebagai pengawet.
- Pes ini boleh masak nasi goreng, masak kangkung goreng belacan, masak sayur kailan ikan masin.
Kredit: Hani mynis
8. Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan penyediaan pes laksa Sarawak adalah seperti berikut:
- 8 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 10-12 tangkai cili kering*
- 1 inci lengkuas*
- 1 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 3 biji buah keras*
- 2-3 batang serai*
- 1 inci belacan bakar*
- 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
- 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
- sedikit garam
- sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat pes laksa sarawak:
- Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).
- Bahan-bahan seperti jintan manis atau putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan.
- Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
- Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Kredit: Emajalah2u
9. Pes Rendang
Bahan-bahan penyediaan pes rendang:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit segar
- 3 batang serai
- 3 biji buah keras
- 10 - 15 cili kering
- 10 biji cili padi
- 3 inci daun kunyit
- 1 helai daun limau
- 50 gram udang kering
- 50 gram ikan bilis
Langkah-langkah penyediaan pes rendang:
- Kisarkan semua bahan-bahan dengan mesin pengisar samada lumat atau kasar.
- Sukatan sesuai untuk 500 gram daging lembu atau 1/2 ekor ayam.
- Untuk mendapat lebih rasa berempah, tambahkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang semasa menumis.
- Untuk mendapatkan rendang yang lemak, selepas menumis semua bahan-bahan dan daging, masukkan santan.
- Untuk memekatkan kuah rendang, masukkan kerisik dan digaul rata.
Kredit: Engineers love cooking
10. Pes Char Kuay Teow
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pes char kuay teow:
- 200 gm kepala & kulit udang sahaja. Isi udang tidak perlu, boleh simpan.
- 500ml air
- 9 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk
- 5 sudu besar cili kering yg telah dikisar
- 6 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap mee
- 3 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu kecil petis
- 2 kiub pati ikan bilis atau pati udang kering
- 1 sudu besar garam
- 2 sudu besar gula
- Ajinomoto: pilihan
- Sedikit minyak
Cara-cara penyediaan pes char kueh tiaw:
- Basuh udang bersih sebelum ambil kulit dan kepalanya.
- Rebus kepala dan kulit udang dengan air. Apabila mendidih 15 -20 min, tutup api dan biarkan sejuk seketika. Bila dah hampir sejuk, blend kepala dan kulit udang dengan menggunakan air rebusan yg sama. Kemudian tapis.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik aroma, masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili garing.
- Campurkan semua bahan-bahan lain untuk pes dengan air rebusan udang yang telah diblend & ditapis tadi, masukkan dalam tumisan, renehkan dengan api perlahan hingga menjadi pes yg agak pekat. Lagi lama masak lagi bagus sebab pes akan tahan lebih lama. Matikan api bila pes dah pekat. Biarkan pes sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. Bila-bila masa boleh digunakan. Kerja-kerja goreng kuay teow akan jadi lebih cepat.
11. Resepi Pes Kari Ayam
Bahan-bahan untuk pes kari ayam:
- Bawang besar 5 biji*
- Bawang kecil 10 biji*
- Bawang putih 6 ulas*
- Halia 5 inci*
- 6 sudu besar rempah kari daging Faezah (pek kuning)*
- Rempah 5 sekawan
- 1 sudu halba
Cara-cara penyediaan pes kari ayam:
- Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
- Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tidak perlu gunakan rempah ini. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
- Siap. Bekukan.
- Apabila nak masak, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam, daging, atau ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
Kredit: Owner
12. Pes Bakso
Bahan-bahan yang diperlukan untuk pes bakso:
- buah keras 5 biji
- bawang kecik merah 8 biji
- bawang putih 6 ulas
- bawang merah besar 1 labu
- serbuk ketumbar 5 sudu besar
- Kisar halus semua bahan di atas.
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga terbit minyak, dan siap.
- Apabila nak masak bakso, panaskan air sambil masakan bebola.
- Apabila air sudah mendidih dan bebola hampir masak masukan pes dan masukkan garam
Kredit: Nooramin munirah
13. Pes Sup
Bahan-bahan untuk buat pes sup:
- Bunga lawang 5 kuntum
- Bunga cengkih 7 kuntum
- Kayu manis 2-3 batang
- Buah pelaga 10 biji
- Lada hitam
- Bawang besar 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Halia 3 inci
- Rempah sup 10 sudu
- Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
Cara memasak pes sup:
- Tumis rempah 4 beradik.
- Masukkan bahan kisar, tumis sampai naik minyak.
- Angkat biarkan sejuk dan bekukan.
- Untuk masak nanti masukkan pes, air, ayam atau daging, kentang, garam dan sedikit gula dan tabur bawang goreng serta daun sup.
Kredit : Salina Ismail
Semoga maklumat ini bermanfaat kepada anda. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih