Return to site

7 Petua Cara Mudah Halau Tikus Daripada Rumah

www.kasturihijau.com

· KESIHATAN
cara halau tikus

Tikus dan haiwan spesies dengannya merupakah makhluk perosak yang berbahaya dan boleh membawa penyakit kepada manusia. Jika rumah kediaman anda diganggu tikus, anda tidak boleh berdiam diri kerana haiwan ini kecil tetapi sangat kotor dan berbahaya untuk kesihatan dan pengudaraan sekitar anda. Najis dan air kencing tikus boleh membawa mudarat kerana anda. Bukan sahaja ia kotor dan menjijikkan, air kencing tikus boleh membawa penyakit seperti Leptospirosis atau penyakit kencing tikus yang dibawa oleh bakteria Leptospira. Penyakit ini mempunyai kesan komplikasi teruk, seperti demam panas, kerosakan organ dalaman dan boleh membawa maut. Justeru, anda perlu hindarkan rumah kediaman anda dimasuki tikus. Selain itu, tikus juga boleh menyebabkan penyakit seperti hawar, tifus, jangkitan cacing, jangkitan virus dan bakteria. Oleh itu, artikel ini ingin berkongsi petua menghalau tikus dengan berkesan tanpa menggunakan gam atau racun tikus.

cara halau tikus

 

Langkah-langkah Awal Mengawal Pergerakan Tikus

  1. Pastikan anda jaga kebersihan persekitaran anda.
  2. Halang dan sekat tikus daripada menghampiri makanan atau mencari tempat perlindungan
  3. Simpan makanan di tempat yang selamat dari ancaman tikus seperti di bekas atau almari.
  4. Hapuskan tempat perlindungan tikus.
  5. Pasangkan jaring dawai disemua lubang yang sesuai.

 

 

Cara Menghalau Tikus daripada Rumah Anda

Kebiasaannya, apabila tikus mula menduduki sesuatu rumah, ia akan mendapatkan sumber makanan untuk hidup. Jika dia berjaya mendapat sumber makanan yang cukup, tikus akan beranak pinak di rumah dan keluar masuk rumah anda dan membawa kekotoran ke rumah anda. Cara biasa yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan racun dan gam tikus. Bagaimanapun, jika rumah anda ramai kanak-kanak, tidak sesuai anda menggunakan racun atau gam tikus ini. Mungkin perangkap tikus lebih sesuai, tetapi ia efektif untuk seekor tikus dalam suatu masa, dan anda perlu beli banyak perangkap dalam satu masa. Tetapi, cara ini mungkin tidak begitu efektif, kerana rumah anda mungkin masih menyimpan tikus lain yang berjaya menyorok di celah-celah katil atau belakang almari.

cara halau tikus

 

 

Ada beberapa petua yang anda boleh cuba untuk halau tikus secara semulajadi, iaitu tikus akan meninggalkan rumah anda tanpa perlu ditangkap.

1. Gunakan Daun Pandan

Tikus tidak suka bau pandan. Jadi, letakkan daun pandan pada tempat yang ada tikus dan pada laluan mereka. Kesan lain daun pandan adalah rumah anda pun akan berbau harum dan segar. Selepas ini, anda boleh beli banyak daun pandan atau tanam pokok pandan dekat sekitar rumah anda supaya tikus tidak berani lagi merendap rumah anda.

2. Gunakan Pokok Daun Semalu

Tikus takut dengan daun pokok semalu, kerana ada duri duri tajam pada daunnya. Jadi, anda boleh tanam pokok ini di sekeliling rumah anda, kerana tikus tidak berani lagi lalu di tepi rumah anda kerana adanya pokok semalu ini.

3. Letak Kulit Durian

Selepas makan durian, letakkan kulitnya pada laluan tikus. Tikus tidak suka pada bau durian yang kuat dan takut kepada kulit durian yang tajam itu. Lama kelamaan tikus akan lari daripada rumah anda.

4. Gunakan Sisa Teh Uncang

Gunakan teh uncang yang telah anda rendam itu dan letakkan di laluan tikus. Tikus tidak suka kepada bauan teh, dan ada sesetengah serangga seperti labah-labah juga tidak suka kepada bauk teh. Rumah anda akan terselamat dan daripada makhluk perosak ini.

5. Letakkan Serai Wangi

Letakkan bauan serai wangi di laluan tikus dan di sekitar rumah anda, sama ada wangian dalam bentuk serbuk, atau cecair, atau spray. Kebanyakkan makhluk perosak dan serangga sangat tidak suka kepada bauan serai wangi. Mereka akan cepat lari meninggalkan rumah anda dan anda tidak perlu risau lagi.

6. Gunakan Cuka atau Serbuk Lada Hitam

Gunakan cuka seperti tuangkan cuka dalam bekas kecil dan letak pada laluan tikus, dan sentiasa tambah cuka supaya ia tidak kering. Selain itu, anda boleh letakkan lada hitam pada laluan tikus. Tikus tidak gemar bau cuka dan lada hitam ini.

7. Terakhir, Bela Kucing

Anda boleh bela kucing dalam rumah anda, dan pastikan kucing anda itu tangkas dan boleh menangkap tikus. Tikus sememangnya takut dengan kucing, lebih-lebih lagi kucing yang garang.

Anda boleh cuba petua-petua di atas, dan boleh gabungkan petua-petua ini, supaya tikus segera lari daripada kediaman anda.

cara halau tikus

 

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih