Return to site

Sakit Gigi: 7 Petua Kurangkan Sakit dan Bengkak Gusi Dengan Bahan Semulajadi

www.kasturihijau.com

· KESIHATAN
petua hilangkan sakit gigi

Sakit gigi adalah antara sakit yang mempunyai rasa kesakitan yang amat kuat. Fakta ini diakui oleh penulis sendiri, kerana sakit gigi ini memang tidak boleh dibawa bincang sama sekali. Sakit gigi ini terjadi atas beberapa sebab iaitu kerosakan (karies) gigi, penyakit gusi (penyakit periodontium), gigi sensitif, gigi retak dan sakit sendi rahang. Artikel kali ini, kami ingin kongsikan petua semulajadi untuk mengurangkan rasa sakit, bengkak dan membunuh bakteria pada gigi anda.

Sakit Gigi Menggangu Aktiviti Harian

  • Sakit gigi adalah antara kesakitan yang mempunyai tahap sakit daripada rendah ke tinggi. Jika seseorang mengalami tahap sakit gigi yang kuat dan berdenyut-denyut, maka aktiviti kehidupan seseorang mungkin akan terjejas. Ini kerana sakit gigi ini memang sangat menyakitkan, sehingga dikatakan sakit gigi adalah sakit antara terkuat selepas sakit bersalin, sakit batu karang di saluran kencing dan sakit gout.
  • Kesakitan ini berlaku sekitar gigi dan rahang anda, dan ia disebabkan penjagaan kebersihatan mulut yang lemah.
  • Untuk sakit gigi yang ringan ke sederhana, ia mungkin berlaku kurang daripada 1-2 hari sahaja. Tetapi, jika anda mengalami sakit gigi lebih daripada itu, anda harus berjumpa doktor gigi.

Petua Semulajadi Ringankan Sakit Gigi

Antara beberapa petua yang dikumpulkan boleh meringankan kesakitan gigi yang seseorang sedang alami. Contohnya adalah;

1. Bilas atau kumur-kumur dengan air garam

  • Air garam adalah pembasmi kuman yang sangat berkesan dan selamat. Tindak balas air garam adalah dengan membunuh kuman, dan membantu menanggalkanzarah makanan dan serpihan yang mungkin tersekat di antara gigi anda yang memerangkap bakteria.
  • Selain itu, air garam boleh mengurangkan keradangan dan menyembuhkan sebarang luka dalam mulut.
  • Caranya adalah mencampurkan 1/2 sudu teh garam ke dalam segelas air suam dan gunakan sebagai kumur mulut. Lakukan 3 kali sehari dan jangan telan air garam.
petua hilangkan sakit gigi

 

2. Letakkan beg ais di kawasan sakit

  • Tujuan penggunaan ais adalah untuk melegakan kesakitandan trauma sakit yang anda alami.
  • Kesannya apabila menggunakan ais, atau bahan sejuk ia menyebabkan saluran darah di kawasan tersebut mengecut lalu membuatkan kesakitan dan bengkak berkurang.
  • Caranya adalah pegang beg ais yang dibalut dengan tuala pada kawasan yang terjejas selama 20 minit pada satu masa. Anda boleh mengulanginya setiap beberapa jam.

3. Gunakan uncang teh pudina

  • Jika anda ada uncang teh pudina yang telah digunakan, jangan buang, letakkan pada kawasan gigi yang sakit untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan sakit pada gusi sensitif.
  • Caranya adalah simpan uncang teh pudina dalam peti sejuk, dan setelah beberapa minit letakkan uncang tersebut pada gigi anda.

4. Letakkan bawang putih pada gigi

  • Bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang sangat kuat yang diyakni sejak ribuan tahun. Bawang putih juga boleh bertindak sebagai penahan sakit.
  • Caranya adalah hancurkan seulas bawang putih untuk membuat pes dan sapukan pada kawasan yang terjejas. Tambahkan sedikit garam ke dalam pes itu. Ataupun, anda boleh mengunyah perlahan-lahan seulas bawang putih segar.
petua hilangkan sakit gigi

 

5. Gunakan ekstrak vanilla (atau esen vanila ori) pada gigi

  • Ekstrak vanila mengandungi sebatian alkoholik, yang boleh meredakan kesakitan, kaya dengan antioksidan dan juga dapat mengurangkan bengkak.
  • Caranya adalah sapukan sedikit ekstrak vanila pada jari atau putik kapas. Sapukan terus pada kawasan yang terjejas beberapa kali sehari.

6. Gunakan daun jambu batu

  • Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa daun jambu batu mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu menyembuhkan luka.
  • Selain itu, ia juga mempunyai aktiviti antimikrob yang boleh membantu dalam penjagaan mulut.
  • Caranya adalah kunyah daun jambu batu yang telah dibersihkan ataupun rebus daun jambu batu yang dihancurkan ke dalam air mendidih untuk membuat air kumur-kumur mulut.

7. Gunakan bunga cengkih atau sapu minyak cengkih

  • Bunga cengkih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan mulut. Minyak cengkih boleh secara efektif mengurangkan kesakitan dan keradangan dan bengkak kerana ia mengandungi eugenol, yang merupakan antiseptik semulajadi.
  • Caranya adalah letakkan bunga cengkih berhampiran tempat sakit, atau gunakan minyak cengkih dengan sapukan sedikit minyak yang telah dicairkan pada putik kapas dan sapukan pada kawasan yang terjejas beberapa kali sehari.
  • Ataupun titiskan minyak cengkih ke dalam segelas kecil air dan membuat kumur-kumur mulut.

 

petua hilangkan sakit gigi

 

Berikut yang telah diterangkan tadi adalah petua secara semulajadi untuk anda kurangkan sakit gigi. Namun, jika sakit gigi anda berlarutan lebih daripada 2 hari, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

 

broken image

Semoga petua ini bermanfaat untuk para pembaca.

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih