Penjagaan lantai rumah dan kebersihan rumah adalah penting untuk memastikan kediaman sentiasa selesa dan sihat. Untuk lantai, sapu dan mop perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kotoran dan habuk terkumpul, terutama di kawasan berdebu atau laluan utama. Gunakan penyapu atau vakum dengan betul mengikut jenis lantai seperti kayu, jubin, atau permaidani. Elakkan produk pembersih yang terlalu keras agar lantai tidak rosak. Selain itu, sentiasa pastikan kawasan rumah yang mudah kotor seperti dapur dan bilik air dibersihkan secara menyeluruh. Kerap membersihkan lantai dan rumah bukan sahaja meningkatkan kebersihan, tetapi juga mengurangkan risiko alahan dan penyakit. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan beberapa petua dan tips yang boleh anda cuba untuk dapatkan lantai mozek yang berkilat, bersih dan rumah yang sentiasa wangi dengan menggunakan beberapa bahan pencuci yang mudah dan berbaloi.
Tips dan Petua Kilatkan Lantai Mozek
Jika anda ingin mozek rumah anda nampak berkilat dan baru, ada beberapa petua dan tips yang anda boleh cuba. Beberapa bahan pencuci yang murah boleh anda gunakan semasa mop lantai rumah anda. Penggunaan bahan pencuci ini memerlukan langkah berhati-hati seperti memakai sarung tangan. Cara-cara adalah seperti berikut:
Tips 1
Caranya adalah seperti berikut:
- Gunakan 1/2 baldi air
- Campurkan 1/2 tutup pelembut fabrik (softener)
- Campurkan 5 titik cuka
- Kacau kesemua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Kesannya adalah lantai rumah anda akan berkilat dan bersih serta wangi. Jika masih tidak yakin, anda boleh cuba sekali cara ini dan tengok sama ada ada kesan atau tidak.
Tips 2
Jika lantai tandas mozek berkeras boleh cuba guna clorox lemon (Ecoshop). Lantai tandas akan jadi licin berkilat, cuma perlu hati-hati daripada terkena mata, mulut atau kulit kerana clorox ini jenis peluntur.
Caranya adalah:
- Tebuk lubang kecil pada botol
- Percikkan clorox pada permukaan lantai
- Biar sekejap dalam 3 hingga 4 minit, selepas itu pastu baru cuci dengan berus.
- Dan mop kering.
Kesannya: Selain clorox lemon berfungsi bersihkan dan putihkan baju, clorox juga boleh kilatkan lantai mozek. Lantai mozek tandas anda akan bersih, berkilat dan wangi.
Foto: Salwa Mahmud
Tips 3
Untuk mengatasi dan menghilangkan permukaan berkarat dan berkulat pada lantai rumah anda. Anda boleh gunakan tips berikut:
- Taburkan Zip dan stain remover pada lantai
- Biarkan dalam beberapa minit.
- Guna waterjet dan spray terus pada lantai.
Kesannya: Kesan karat dan kulat pada lantai akan tanggal dan lantai mozek akan jadi bersih dan berkilat.
Tips 4
Selain itu cara lain yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan lantai bersih dan berkilat, dan tidak melekit adalah:
- Baldi berisi air panas dan masukkan bahan-bahan di bawah.
- Masukkan cecair pencuci lantai ke dalam baldi
- Campurkan cuka
- Campurkan sedikit soda bikarbonat ke dalam baldi
- Kacau dan mop lantai.
Kesannya: Lantai mozek pada tandas atau ruang tamu anda akan berkilat seperti baru dan berbau wangi, tanpa melekit.
Kredit: Roz_8492
Tips 5
Tips seterusnya untuk mendapatkan lantai yang bersih dan tidak melekit adalah seperti berikut:
- Tambahkan 1 penutup pencuci lantai
- Masukkan sedikit cuka
- Tambahkan air panas.
- Mula mop dan lihat kesannya.
Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin.
Petua Penjagaan Rumah Agar Sentiasa Bersih
Bagi wanita yang bekerja setiap hari, pasti anda dihimpit kesibukan sehingga tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya anda terpaksa mengetepikan soal mencantikkan rumah setiap hari. Sejujurnya, waktu hujung minggu adalah waktu untuk kita membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran. Hujung minggu atau hari cuti adalah waktu terbaik yang kita ada untuk memberi lebih ruang dalam mencantikkan rumah. Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi. Turuti empat langkah yang kami kongsikan ini.
1. Tips hilangkan habuk pada perabot
Jika anda pening perabut rumah anda sentiasa berabuk walaupun sudah dilap beberapa kali. Ini petuanya:
- 1 penutup pelembut fabrik dicampurkan dalam 10 cawan air
- Kemudian lapkan pada semua perabot anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Tips Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang membuatkan rasa tidak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
- Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu dan habuk dibersihkan.
- Campurkan 1 penutup pencuci lantai, sedikit cuka dan air panas
- Mulakan mengemop pada lantai.
- Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru sahaja menukar jubin.
3. Tips Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cuba gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa.
- Campurkan 1 penutup pelembut fabrik dan sedikit cuka dan cairkan dengan air.
- Semburkan pada seluruh rumah anda.
- Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.
- Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi.
4. Tips Segarkan Bilik Air
Bahan-bahan yang diperlukan untuk mendapatkan bilik air yang segar:
- Campurkan bahan-bahan iaitu 1 sudu kecil teh soda bikarbonat, 1 sudu teh cuka, dan 1 cawan air
- Masukkan ke dalam penyembur.
- Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.
- Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Secara kesimpulannya, untuk mendapatkan rumah dan kediaman yang senantiasa bersih dan berkilat adalah idaman setiap orang. Tips dan petua yang kami kongsikan ini adalah tips yang ringkas, berbaloi dan bahan-bahan yang mudah diperoleh di kedai-kedai runcit atau kedai Ecoshop. Dengan tips ini, semoga dapat memudahkan urusan anda untuk mendapatkan rumah yang bersih, berkilat, wangi dan sentiasa segar. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.