Return to site

Rambut Beruban: 6 Petua Kurangkan Uban pada Rambut

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
petua kurangkan uban

Adakah anda mengalami masalah rambut cepat beruban? Pada pandangan penulis, jika rambut beruban, tidak perlu berasa malu atau rendah diri. Ini kerana rambut akan sentiasa beruban apabila usia kita semakin meningkat. Bagaimanapun, jika anda masih muda dalam usia awal 20an atau awal 30an sudah mempunyai uban yang banyak, ia agak merisaukan daripada sudut kesihatan. Lebih-lebih lagi jika tiada ahli keluarga anda yang mengalami masalah beruban pada usia muda. Ini menunjukkan mungkin anda kekurangan zat dan vitamin penting untuk pertumbuhan dan pigmentasi melanin pada folikel rambut. Dalam artikel ini, kami kongsikan sebab-sebab rambut cepat beruban dan petua semulajadi meningkatkan vitamin dan zat pada kulit kepala untuk mengurangkan uban pada rambut anda.

 

 

 

Antara Sebab-sebab Rambut Cepat Beruban

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan uban dengan cepat, antaranya:

  1. Genetik: Jika ibubapa anda mempunyai uban pada usia muda, kemungkinan adalah tinggi untuk anda beruban pada usia yang muda juga.
  2. Stress : Stress pula merangsangkan kehilangan pigmen warna melanin dari helaian rambut dengan lebih cepat. Maknanya, semakin stress, semakin cepat beruban.
  3. Tabiat Merokok: Ini kerana bahan kimia di dalam rokok boleh membahayakan sel rambut.
  4. Masalah kesihatan: Individu yang mengalami masalah anemia, vitiligo dan kekurangan vitamin B12, masalah pituitari dan tiroid lebih cenderung untuk mengalami uban pramatang.

6 Petua Mengurangkan Uban di Kepala

A). Bawang Besar

Bawang merah mempunyai banyak kegunaan. Bawang merah mampu memperbaiki tekstur rambut dan dapat mengurangkan uban pada kepala. Dengan mencampurkan bawang dan minyak zaitun, kesan pengurangan uban adalah lebih baik.

Cara penggunaannya: 

  1. Cencang kecil bawang merah dan campurkan dengan 1 sudu makan minyak zaitun.
  2. Tapis kedua-dua bahan.
  3. Ambil campuran minyak dan bawang dan oleskan pada rambut dan kulit kepala dan biarkan selama 30 minit.
  4. Kemudian, bilas bersih dengan air dan cuci rambut dengan syampu.
  5. Lakukan petua ini dua kali seminggu.

 

petua kurangkan uban

 

B). Lemon dan Minyak Kelapa

Cara kedua adalah menggunakan lemon dan minyak kelapa. Lemon mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan mineral phosphor. Vitamin dan mineral ini adalah sangat penting penjagaan sel pigmen di folikel rambut dan membantu memudarkan rambut beruban.

Cara penggunaannya:

  1. Ambil 2 sudu kecil perahan lemon dan campurkan kepada 2 sudu makan minyak kelapa.
  2. Didihkan selama 1-2 minit sehingga hangat.
  3. Kemudian, biar campuran tadi menyejuk dan gunakan ia untuk mengurut kulit kepala.
  4. Sapu pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit hingga khasiatnya menyerap.
  5. Kemudian, cuci bersih kepala anda dengan syampu.
  6. Lakukan petua ini 2 kali seminggu.
petua kurangkan uban

 

C). Daun Kari

Daun kari ini berguna bukan sahaja dalam masakan tapi ia boleh memulihkan pigmen melanin di folikel rambut yang telah rosak dan membantu mengembalikan warna rambut. Daun kari kaya dengan khasiat vitamin B dan vitamin pigmentasi untuk mengurangkan uban pada rambut.

Cara penggunaannya:

  1. Ambil segenggam daun kari dan rebus bersama 3 sudu makan minyak kelapa.
  2. Sejukkan air rebusan dan saringkan minyak.
  3. Setelah sejuk urut minyak daun kari tadi ke kepala selama 15 minit.
  4. Biarkan 30 minit atau biarkan semalaman.
  5. Kemudian, cuci bersih kepala anda dengan syampu.
  6. Lakukan petua ini 2 kali seminggu.
petua kurangkan uban

 

D). Biji Betik

Kajian sains menunjukkan bahawa kandungan dalam biji buah betik mengandungi pigmen yang sama dengan melanin. Pigmen ini dapat membantu untuk menghitamkan rambut.

Cara penggunaannya:

  1. Keringkan biji buah betik dan tumbuk atau kisar hingga halus.
  2. Campurkan dengan minyak kelapa secukup.
  3. Sapukan minyak tadi pada rambut perlahan-lahan.
  4. Biarkan 30 minit atau sampai kering.
  5. Kemudian, cuci bersih kepala anda dengan syampu.
  6. Lakukan petua ini 2 kali seminggu.
petua kurangkan uban

 

E). Lidah Buaya

Pokok lidah buaya mempunyai khasiat yang bagus untuk rambut dan kulit kepala. Lidah buaya sering digunakan sebagai pewarna semula jadi untuk mewarnakan rambut kerana ia bebas kimia. Bukan saja mampu menghitamkan rambut, tapi juga melebatkannya.

Cara penggunaannya:

  1. Ambil bahagian lidah yang lembik seperti gel dan sapukan pada rambut.
  2. Kemudian, cuci bersih kepala anda dengan syampu.
  3. Lakukan petua ini 2 kali seminggu.

 

petua kurangkan uban

 

F). Bunga Raya

Bunga raya ini dapat menguatkan folikel rambut. Ekstrak bunga raya dapat merangsang penumbuhan rambut yang sihat dan mencegah rambut beruban.

Cara penggunaannya:

  1. Ambil 10–15 kuntum bunga raya dan bilas hingga keluar minyak seperti lendir.
  2. Basahkan rambut anda terlebih dahulu dan gunakan minyak seperti lendir ini dan lumurkan pada rambut anda.
  3. Biarkan selama 3-5 minit.
  4. Kemudian, cuci bersih kepala anda dengan air.
  5. Lakukan petua ini 2 kali seminggu.
petua kurangkan uban

 

Berikut yang dikongsikan tadi adalah petua semulajadi untuk mengurangkan uban di kepala. Secara asasnya, jika kulit dan folikel rambut mendapat nutrien dan zat yang cukup untuk menjalankan pigmentasi melalui penghasilan melanin, rambut seseorang akan sukar beruban. Justeru, penggunaan bahan semulajadi tadi merangsang pigmentasi pada folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut hitam. Selain itu, bahan-bahan tadi bebas dari kimia dan toksin.