Return to site

10 Petua Secara Semulajadi Untuk Putihkan Gigi

kasturihijau.com

· INFORMASI
10 Petua Secara Semulajadi Untuk Putihkan Gigi

Untuk mendapatkan gigi yang putih dan bersih adalah idaman setiap orang yang suka menjaga penampilan dan kebersihan diri. Bagaimanapun, untuk mendapatkan gigi yang cantik, putih dan bersih, anda perlulah mempunyai disiplin dan rutin yang teratur kerana menjaga kebersihan gigi ini adalah sama seperti menjaga kesihatan diri. Rutin menjaga kesihatan gigi ini perlu dititik beratkan semasa peringkat kanak-kanak lagi. Bagi golongan dewasa yang menginginkan gigi yang putih dan bersih, ada beberapa petua yang anda boleh lakukan di rumah. Petua dan cara ini tidak menggunakan kos yang tinggi kerana petua-petua ini melibatkan bahan semulajadi yang murah dan senang diperolehi. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan petua dan cara-cara putihkan gigi yang kuning dan kotor.

 

Petua Putihkan Gigi Secara Semulajadi

Untuk memutihkan gigi anda, anda boleh cuba petua-petua berikut seperti di bawah:

A. Gunakan siwak atau kayu sugi

Siwak atau kayu sugi adalah berasal daripada dahan atau akar dari pohon Salvadora persica. Siwak merupakan alat memberus gigi yang digunakan sejak sekian lama lagi. Siwak adalah bahan alami yang mengandung vitamin C, kalsium, resin, dan silika. Fungsi dan cara penggunaan kayu sugi ini adalah sama seperti berus gigi yang biasa anda gunakan. Bezanya adalah ia diperbuat daripada kayu sugi yang boleh terus digunakan tanpa perlu ada ubat gigi.

Cara bersiwak:

  1. Berdoa sebelum bersiwak. Rasulullah SAW mengamalkan doa ini: “Allahumma thahhir bissiwaak Asnaaniy, wa qawwiy bihi Litsaatsiy, wa afshih bihi lisaniy“. Maksudnya; “Wahai Allah sucikanlah gigi dan mulutku dengan siwak, dan kuatkanlah Gusi gusiku, dan fashih kan lah lidahku”.
  2. Memegang siwak dengan tangan kanan atau tangan kiri
  3. Bersiwak dimulai dari susunan gigi atas-tengah, lalu atas-kanan, lalu bawah-kanan, lalu bawah-tengah, lalu atas-tengah, lalu atas-kiri, lalu bawah-kiri, seperti pusingan angka 8.
  4. Lakukan 3x pusingan setiap kali hendak berwudhu dan solat

 

broken image

 

B. Gunakan Kulit Oren

Kulit oren adalah petua menghilangkan gigi kuning. Ambil beberapa kulit oren, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan kulit oren tersebut. Sebaiknya dilakukan pada setiap malam sebelum tidur. Vitamin C yang terkandung dalam kulit oren dikatakan dapat menghilangkan kuman dan sisa-sisa makanan yang melekat ada gigi. Lakukan secara kerap selama seminggu untuk melihat perubahannya.

broken image

 

C. Gunakan Jus Lemon dan Garam

Lemon mempunyai sifat pemutih yang boleh menghilangkan gigi kuning. Ambil beberapa titis air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit garam. Gaul sebati keduanya, kemudian gosok gigi anda dengan menggunakan campuran tersebut. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilaslah dengan air suam. Lakukan paling kurang, dua kali dalam seminggu.

broken image

Kredit: Ilona Shorokhova

 

D. Gunakan Buah Strawberi

Buah strawberi mengandungi vitamin C yang boleh membuatkan gigi menjadi lebih putih, bersih dan tidak kuning lagi. Ambil beberapa biji buah strawberi, kisar sehingga menjadi bentuk pes. Setelah itu, gosoklah gigi anda dengan pes strawberi.

broken image

 

 

 

E. Kunyah Makanan ‘Pencuci Mulut’ (Buah-buahan)

Anda boleh kunyah buah-buahan atau sayur-sayuran pencuci mulut seperti epal, sayur saderi (celery) atau lobak merah. Bahan-bahan ini dikatakan dapat menjadikan gigi lebih putih disebabkan teksturnya yang berserat. Dengan mengunyahnya ia dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta mengesat plak-plak kekuningan yang terhasil di celahannya.

broken image

Kredit: semuamenjadi.blogspot.com

F. Gunakan Baking Soda

Cara seterusnya untuk memutihkan gigi anda adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu. Bagaimanapun jangan berlebihan dalam penggunaan baking soda kerana ia boleh menghakis enamel gigi anda.

broken image

Kredit: Michelle Arnold/Getty Images

 

G. Kawal Minum Kopi dan Minuman Bergula

Jika anda ingin gigi yang putih, anda perlu hadkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan bergula. Ini kerana minuman ini boleh merosakkan gigi anda dan menyebabkan gigi kuning. Minuman bergula pula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus mutans, iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

broken image

H. Gunakan Straw Semasa Minum

Untuk mengelakkan gigi cepat kuning, anda boleh cuba minum minuman bergula atau kopi menggunakan straw kerana tindakan ini dapat mengelakkan sentuhan air kopi dengan gigi. Jika tidak ada straw, anda perlu bilas mulut setiap kali selepas 30 minit menikmati minuman tersebut.

broken image

Kredit: thepatriotsasia.com

I. Ambil Makanan Berkalsium Tinggi

Ada sesetengah keadaan di mana gigi menjadi kuning kerana lapisan enamel yang nipis atau terkakis yang mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh mambantu mengelakkan hakisan pada gigi dan sekaligus mengekalkan keputihan warna enamel gigi.

 

broken image

 

 

J. Kerap Berus dan Flos Gigi

Kekerapan memberus gigi juga membantu membersihkan gigi dan menghalang pertumbuhan bakteria pada gigi. Jadi, rutin memberus gigi setiap hari tidak boleh dipandang mudah. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan.

broken image

 

Berikut yang dikongsikan tadi adalah beberapa cara dan petua untuk anda mendapatkan gigi yang putih dan bersih. Anda boleh cuba amalkan kesemua petua atau beberapa petua yang disenaraikan dengan kerap sekurang-kurangnya sebulan. Periksa perubahan pada warna gigi dan tahap kebersihan gigi anda selepas itu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.

Baca lagi: