Return to site

Pembukaan Pinjaman Boleh Ubah MARA World's Top Universities Programme (WTU) 2024

www.kasturihijau.com

· BIASISWA
pinjaman mara wtu 2024

Ingin melanjutkan pengajian ke universiti luar negara tapi tiada pembiaya? Pihak MARA ada menawarkan satu pinjaman boleh ubah bagi calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan World's Top Universities Programme (WTU) untuk tahun 2024. Antara universiti terkemuka dunia yang boleh dibiayai dengan pinjaman boleh ubah ini adalah University of Cambridge, University of Oxford, Harvard University dan macam-macam lagi universiti berprestij tersenarai dalam pembiayaan.


Objektif Tawaran Pinjaman WTU 2024

  • Antara objektif utama Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah untuk menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat Persediaan, Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pakar dan Professional di institusi dalam dan luar negara.
  • Untuk kali ini, pinjaman WTU 2024, menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah untuk pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih luar negara mengikut bidang tertentu.
pinjaman mara wtu 2024

 

Syarat-syarat Umum Pinjaman WTU MARA 2024

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah tidak melebihi 30 tahun.
  • Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  • Tempat pengajian adalah Universiti terpilih di Luar Negara
  • Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda
  • Pemohon mestilah tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain
  • Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian.
  • Pemohon tidak pernah ditamatkan ataun diberhentikan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin dan mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) atas masalah akademik dan disiplin.
  • Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran pengajian ke luar negara.

Cara Permohonan Pinjaman WTU 2024

  1. Permohonan dibuka secara dalam talian (online) sahaja mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
  2. Pemohon perlu meneliti dan memahami manual Garis Panduan Permohonan terlebih dahulu.
  3. Dokumen sokongan perlu dimuat naik ke dalam sistem MyEduloan.
  4. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  5. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini.
  6. Cetak ‘slip pengesahan permohonan yang telah dihantar untuk simpanan.
  7. Pemohon perlu menyemak status permohonan di sistem MyEduloan.
  8. Jika tiada maklum balas daripada pihak MARA dalam tempoh 90 hari, bermakna permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Untuk mendapatkan garis panduan yang lengkap berkenaan cara permohonan pinjaman WTU MARA 2024, anda boleh tekan butang hijau di bawah. Garis panduan merangkumi senarai universiti yang boleh dipohon dan diberi pinjaman MARA, senarai bidang dan pelbagai butiran lagi mengenai WTU 2024. Garis panduan diberi dalam bentuk pdf.

Permohonan perlu dibuat hanya secara dalam talian (online) melalui sistem MyEduloan di https://educationloan.mara.gov.my bermula 15 Julai 2024 (Isnin) sehingga 29 Julai 2024 (Isnin), 11.59 pagi.

pinjaman mara wtu 2024

Pertanyaan Lanjut Berkaitan WTU 2024

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi emel berikut:

  1. Sila e-mel ke: wtu@mara.gov.my
  2. Sila e-mel ke: ictbpp@mara.gov.my

Maklum balas akan dibuat antara 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang (Isnin-Jumaat).

Soalan FAQ berkaitan dengan pinjaman WTU MARA 2024. Boleh tekan link berikut:

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih