Return to site

Resepi Pizza Mozarella Cheese Homemade Viral dan Simple

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi pizza mozarella cheese viral

Adakah anda penggemar pizza? Pizza sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah sahaja, dan boleh dibuat dengan macam-macam jenis topping yang anda gemari. Selain ia menjimatkan, jika anda sediakan pizza di rumah, anda boleh makan pizza berkali-kali dan boleh juga disedekahkan kepada jiran. Dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi cara buat pizza mozarella cheese secara homemade yang senang sahaja.

Resepi Pizza Mozarella Cheese

Pizza adalah hidangan terkenal dari Itali yang terdiri dari roti bulat yang diletakkan dengan pelbagai topping seperti keju seperti mozarella, daging, ayam, sayuran, dan rempah-rempah. Setelah ditambahkan topping, pizza kemudian dibakar dalam oven. Ada berbagai jenis pizza yang popular dan berbeza-beza mengikut topping dan cara penyediaannya seperti pizza margherita, pizza pepperoni, dan pizza hawaiian. Hidangan pizza adalah biasanya dalam bentuk segitiga dan sesuai dimakan seisi keluarga dan teman-teman.

 

 

Berikut adalah resepi pizza mozarella cheese homemade yang simple untuk disediakan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Untuk penyediaan doh pizza:

  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar olive oil/minyak masak
  • 1 sudu teh garam

Untuk penyediaan topping pizza:

  • Sedikit sos prego (untuk disapu di atas doh pizza )
  • Keju mozarella (diparut)
  • Sosej
  • Crabstick
  • Capsicum hijau atau merah
  • Bawang holland

Cara-cara Penyediaan Resepi Pizza Mozarella Cheese:

  1. Campurkan air suam dengan yis dan gula
  2. Biarkan dalam 10 minit sehingga yis kembang
  3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung, garam dan minyak
  4. Gaul rata dan masukkan yis yg sudah kembang tadi
  5. Uli seketika sehingga doh tidak lekat di tangan dan perap selama 1 jam
  6. Bila dah 1 jam ambil doh tadi dan tumbuk-tumbukkan biar sehingga keluar angin
  7. Taburkan tepung atas papan pencanai dan bahagikan kepada 2 bahagian
  8. Canaikan doh tadi dalam bentuk bulat dan letakkan dalam loyang yang sudah dilenser dengan sedikit mentega atau minyak
  9. Ambil garfu dan cucukkan doh tadi
  10. Sapu sos prego di atas doh
  11. Taburkan sedikit cheese dahulu
  12. Letakkan sosej, crabstick, capsicum dan bawang tadi (anda boleh letak apa-apa topping ikut suka anda)
  13. Taburkan lagi cheese mozarella ke atas pizza ( lebih banyak lebih sedap)
  14. Sudah siap biarkan seketika dalam 15 minit
  15. Panaskan oven suhu 180 darjah celsius dan bakar selama 25- 30 minit
  16. Siap.

p/s: Untuk resepi ini dapat 2 keping pizza, dan dibakar guna loyang 9"

resepi pizza mozarella cheese viral

Selamat Mencuba.

Kredit: KeDapur

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih