Return to site

5 Platform Terbaik untuk Cari Jodoh atau Pasangan Hidup

www.kasturihijau.com

· AGAMA
platform cari jodoh

Perkahwinan adalah dituntut dalam Islam kerana tujuan utamanya adalah sebagai suatu ibadah dan juga untuk memelihara keturunan. Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki (Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647).

Sebagai seorang muslim, kita dituntut untuk berkahwin kerana ia adalah suatu akad untuk menghalalkan perhubungan lelaki dan wanita. Akad pernikahan ini bertujuan untuk kita menyempurnakan ibadah kita, mengawal hawa nafsu, memelihara keturunan dan memelihara silaturrahim.

Pada zaman sekarang ini, untuk mencari jodoh yang soleh solehah bukannya senang, kerana ramai antara kita yang kurang mempraktikkan ilmu agama Islam yang sempurna dalam kehidupan harian. Jadi, untuk kita memilih seseorang yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup, bukanlah perkara mudah. Jika tersalah pilih, seseorang akan menyesal seumur hidup. Bagi wanita, memilih lelaki adalah seperti memilih akhirat kamu, manakala bagi lelaki, memilih wanita itu ibarat memilih madrasah terbaik. Dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi laman sesawang atau platform terbaik yang ada di Malaysia ini untuk anda mencari pasangan hidup atau mencari jodoh yang terbaik sesuai dengan tuntutan agama.

 

Erti Perkahwinan

  • Perkahwinan membawa maksud satu perjanjian atau ikatan yang mengandungi syarat dan rukun tertentu yang mana ikatan ini menghalalkan pergaulan antara seorang lelaki dengan seorang wanita

Daripada Abdullah ibnu Mas’ud Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:

“Wahai para pemuda, sesiapa yang berupaya dalam kalangan kamu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin sebab perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan. Dan barang siapa yang tidak berkemampuan, hendaklah ia berpuasa kerana puasa akan menjadi perisai untuknya.”

platform cari jodoh

 

5 Platform Terbaik untuk Mencari Jodoh

Disini penulis ingin kongsikan laman sesawang yang sesuai untuk mencari jodoh atau pasangan hidup. Bagaimanapun laman ini adalah berbayar dengan yuran keahlian secara bulanan atau tahunan. Tetapi, kelebihannya ahli yang berdaftar adalah kesemuanya serius untuk mencari pasangan hidup dan aktiviti ahli juga disemak supaya tidak melampaui batas. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mendaftar cari jodoh di laman web yang akan dikongsikan nanti.

1. BaitulJannah

  • Baituljannah adalah platform untuk pencarian calon jodoh, taaruf, dan melangsungkan perkahwinan.
  • Sebanyak 1.1 juta calon telah mendaftar, dan lebih 30000 perkahwinan yang telah berlangsung.
  • Setiap calon yang mendaftar dalam website mereka merupakan mereka yang benar-benar dan serius ingin mencari pasangan untuk berkahwin.
  • Platform ini memantau setiap sesi taaruf bagi tujuan menjaga adab ikhtilat.
  • Setiap nama, nombor telefon dan email calon adalah rahsia yang tidak akan dipaparkan pada profil anda.
  • Platform ini menjaga kerahsiaan data peribadi setiap calon yang mendaftar.
  • Platform ini adalah berbayar dengan kadar bulanan.
platform cari jodoh

 

Kadar Bayaran

Pakej bayaran untuk Baituljannah jika anda ingin menggunakan fungsi premium, ianya ada tiga pakej iaitu RM120/3 bulan, RM180/6 bulan dan RM240/bulan.

 

broken image

 

 

2. TillJannah

  • Platform untuk mencari jodoh TillJannah ini semakin popular walaupun baharu sahaja beroperasi tahun 2015.
  • Seperti laman web lain, TillJannah fokus menjaga keahlian dengan hanya memilih ahli yang serius sahaja, dan menjaga privasi setiap ahli.
  • Pengurusan Tilljannah sentiasa mengadakan seminar-seminar yang berkaitan dengan jodoh, rumah tangga dan juga percintaan, kelebihan web ini berbanding website lain.
  • Proses perkenalan di TillJannah tidak rumit.
  • Anda hanya upgrade ke akaun premium dan mula mencari pasangan yang berkenan di hati.
  • Anda boleh lihat profile mereka dan jika memang memenuhi ciri-ciri yang anda idamkan, boleh menghantar text dan mula aturkan pertemuan dengan kedua-dua belah pihak keluarga.
platform cari jodoh

 

Kadar Bayaran

Pakej bayaran di Tilljannah ada 4 pakej iaitu RM100/2 bulan, RM130/3 bulan, RM200/6 bulan, RM260/setahun.

3. BaitulMuslim

  • Laman cari jodoh yang boleh dipercayai adalah Baitulmuslim, merupakan satu laman web paling lama bertapak di Malaysia iaitu sejak tahun 2006.
  • PlatformBaitulmuslim menjalankan dan menguruskan calon-calon yang mencari jodoh dengan cara yang hampir sama dengan semua website yang lain.
  • Anda boleh terus menghantar teks kepada calon yang berkenan di hati, dan menghubungi mereka untuk mengadakan pertemuan.
  • Platfom ini juga mengenakan bayaran seperti platform lain.
platform cari jodoh

 

Kadar Bayaran

Untuk bayaran akaun premium di Baitulmuslim pula, mereka ada tiga pakej bayaran iaitu RM90/2 bulan, RM130/1 tahun dan RM150/2 tahun.

4. MyJodoh

  • MyJodoh sudah beroperasi sejak dari tahun 2002 lagi sehingga sekarang.
  • Daripada data yang dikumpulkan, beribu-ribu pasangan telah berkahwin melalui pertemuan di MyJodoh.
  • Laman web ini sangat interaktif dan mempunyai banyak ciri-ciri dan sistem yang menarik. Antaranya, kita boleh lihat secara live aktiviti ahli, dan boleh melihat siapa yang pernah lawat profile kita.
  • Anda juga boleh memuat turun info ahli seperti nombor telefon dan lain-lain. Proses di Myjodoh adalah mudah dan tidak merumitkan.
  • Laman ini juga adalah berbayaran untuk proses keahlian.
platform cari jodoh

 

Kadar Bayaran

Terdapat tiga pakej di platform MyJodoh, iaitu plan A1 (3 BULAN) sebanyak RM70, plan A2 (6 BULAN) sebanyak RM100, dan plan A3 (12 BULAN) sebanyak RM200.

 

5. PureMatrimony

  • Jika anda berminat untuk meluaskan skop pencarian jodoh anda ke calon-calon daripada luar negara, kami ingin cadangkan anda join PureMatrimony.
  • Capaian platform ini lebih luas, kerana ia melibatkan calon muslim daripada pelbagai bangsa, terutamanya daripada negara-negara timur tengah.
  • Platform ini menjaga data peribadi anda dengan selamat, terjamin, dan halal.
  • Alat-alat yang kami sediakan di platform kami direka khas untuk membantu anda mencari pasangan berdasarkan personaliti dan keserasian yang lebih mendalam.
  • Pure Matrimony dibangunkan dengan berunding bersama Mashaikh yang juga merupakan kaunselor bimbingan perkahwinan dan mempunyai asas yang kukuh dalam fiqh.
  • Platform ini mematuhi 100% syariah dan juga mengenakan bayaran keahlian.
platform cari jodoh

 

Kadar Bayaran

Bayaran keahlian akan dikenakan dalam USD iaitu langgan 12 bulan bayar sebanyak $6.38 sebulan, langgan 6 bulan bayar sebanyak $10.20 sebulan, dan langgan 3 bulan bayar sebanyak $12.75 sebulan.

Berikut adalah perkongsian daripada kami mengenai platform yang terbaik dan boleh dipercayai untuk para pembaca mencari jodoh dan pasangan hidup yang sesuai untuk anda. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih