Return to site

Port Makan Best Johor Bahru: 5 Kedai Makan Steamboat dan Seafood Viral

kasturihijau.com

· INFORMASI
port makan best johor bahru

 

Mai singgah Johor Bahru! Jika anda seorang yang suka jalan-jalan cari makan, datanglah ke Johor Bahru kerana di sini ada banyak tempat makan yang best dan lazat. Johor Bahru kaya dengan hasil makanan laut yang segar seperti udang, ketam, sotong, dan ikan, jadi, kami ingin cadangkan kedai makan steamboat dan seafood yang terletak di Johor Bahru. Terdapat lima tempat makan steamboat dan seafood yang antara terbaik di Johor Bahru yang sempat kami kumpulkan untuk anda cuba.

Citarasa Makanan Orang Johor Bahru

Keistimewaan makanan di Johor Bahru terletak pada kepelbagaian hidangan yang mencerminkan gabungan budaya Melayu, Cina, dan India, serta pengaruh dari negara jiran, Singapura. Antara hidangan ikoniknya termasuk laksa Johor yang unik dengan penggunaan spaghetti sebagai mee, mee rebus yang pekat dan beraroma, serta nasi briyani gam yang dimasak dengan rempah khas dan daging yang empuk. Selain itu, makanan laut segar seperti asam pedas ikan pari dan kerang bakar juga menjadi tarikan utama, ditambah dengan keunikan kuih-muih tradisional seperti kuih lopes dan otak-otak yang hanya dapat ditemukan di Johor Bahru. Gabungan citarasa yang kaya dan variasi makanan tradisional serta moden menjadikan Johor Bahru destinasi makanan yang menarik dan memuaskan selera pengunjung.

 

 

Port Makan Best Steamboat dan Seafood

Jika anda singgah di Johor Bahru, anda pasti tertanya-tanya di manakah tempat makan yang menghidangkan juadah yang sedap dan lazat. Kami ingin mencadangkan anda singgah di kedai yang menghidangkan makanan steamboat dan seafood yang fresh dan sedap. Jika anda singgah ke Johor Bahru untuk makan steamboat ini, anda pasti akan datang lagi sebab makanan yang dihidangkan memang sedap, portion banyak dan sangat puas hati. Berikut adalah senarai kedai yang menjual steamboat dan seafood antara yang terbaik di sekitar Johor Bahru setakat ini.

1. Johor Steamboat

Lokasi: No.2, Jalan Adda 3/3, Taman Adda Heights,, Johor Bahru, Malaysia

Hubungi Kedai: 016-289 8008

Suka steamboat dan grill? Kunjungi Johor Steamboat di Taman Adda Heights! Restoran ini menawarkan suasana santai dengan pilihan ruang makan indoor atau outdoor yang selesa. Setiap meja dilengkapi dengan hotpot dan grill, memudahkan anda memasak sendiri hidangan pilihan seperti daging, ayam, dan sayur-sayuran segar. Konsep buffet di sini membolehkan anda makan sepuas hati dengan bayaran mengikut pax. Anda juga boleh memilih antara sup tomyam atau sup ayam, atau menikmati kedua-duanya sekali. Jom, nikmati hidangan besar di sini!

broken image

 

broken image

 

broken image

Kredit: Johor Steamboat

2. Meletop Steamboat & Grill

Lokasi: 2, Jalan Enau 11, Taman Teratai, 81110 Johor Bahru, Johor

Hubungi Kedai: 016-296 2276

Meletop Steamboat & Grill adalah tempat makan terbaik, murah, dan paling meletop di Johor Bahru. Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa namanya Meletop? Ini kerana harganya yang berpatutan, termasuk diskaun istimewa untuk warga emas, serta pelbagai jenis lauk-pauk, pencuci mulut, dan makanan ringan, tempat ini menawarkan nilai yang luar biasa. Jadi, jika anda peminat steamboat, pastikan Meletop Steamboat & Grill ada dalam senarai destinasi makan anda!

broken image

 

broken image

Kredit: Meletop Steamboat and Grill

3. Selera Senibong Seafood

Lokasi: GERAI NO•1 PERSISIRAN PANTAI SENIBONG,PERMAS JAYA JOHOR., Kampong Senibong, Malaysia

Hubungi Kedai: 010-821 6811

Jika anda berkunjung ke Johor dalam kumpulan besar atau bersama keluarga dan mencari lokasi makan malam yang selesa, luas, serta berpemandangan indah, Selera Senibong Seafood adalah pilihan yang tepat. Restoran ini juga sesuai untuk pasangan berbulan madu, dengan lokasi menghadap laut yang mencipta suasana makan malam yang romantis dan tak terlupakan. Di sini, anda boleh memilih makanan laut segar dengan harga berpatutan, yang kemudian dimasak mengikut citarasa sendiri menjadikan Selera Senibong Seafood destinasi popular yang sentiasa dipenuhi pengunjung.

broken image

 

broken image

 

Kredit: Selera Senibong seafood

 

4. Shells N Fins

Lokasi: Lot 9, Jalan Padi Emas 1/8 (Trigon) Uda Business Centre, Bandar Baru Uda , Johor Bahru, Malaysia

Hubungi kedai: 013-772 9769

Link FB: Shell N Fins

Shells N Fins adalah kedai makan seafood yang nyaman, di mana anda boleh menikmati hidangan dalam suasana sejuk beraircond sambil mendengar alunan muzik santai, dengan dekorasi mural lautan yang menyejukkan pandangan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan popular mereka seperti kupang dan kepah masak sambal, kerang blackpepper, dan lala masak cili padi. Selain itu, mereka juga menawarkan menu lain seperti sotong sambal petai, masakan ketam nipah atau ketam bunga, serta udang masak butter. Sebagai pencuci mulut, nikmati koktel ais krim, ais krim goreng, dan triple sundae.

broken image

 

broken image

Kredit: Shells N Fins

 

5. Sedap Corner

Lokasi: No. 11, Jln Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Hubungi kedai: 011-1137 7652

Link FB: Sedap Corner

Sedap Corner adalah salah satu kedai makan legend di Johor Bahru yang telah bertahan selama 35 tahun dalam bidang masakan. Rahsia kejayaannya terletak pada hidangan yang sememangnya sedap, sesuai dengan nama Sedap Corner. Menyebut nama restoran ini sahaja sudah cukup untuk membayangkan keenakan menu yang disajikan, seperti Pandan Chicken, Ikan Pari Bakar, dan Kuey Teow. Walaupun nama hidangannya kedengaran biasa, rasa yang ditawarkan sungguh luar biasa, menjadikan setiap kunjungan ke Sedap Corner pengalaman yang memuaskan selera.

 

broken image

Berikut tadi adalah senarai antara tempat makan steamboat dan seafood yang terbaik di Johor Bahru. Bagaimanapun, ada banyak lagi tempat makan menarik di JB, kami akan cuba kongsikan dalam artikel kami akan datang.

Baca lagi: