Return to site

Kekosongan Penyelidik Pascadoktoral Bidang Ekologi Sistem Mikrob di Switzerland

www.kasturihijau.com

· KERJAYA
broken image

Pembukaan jawatan Penyelidik Pascadoktoral dalam bidang ekologi sistem mikrob di Switzerland telah dibuka. Kekosongan jawatan ini ditawarkan di atas kerjasama penyelidikan antara Universiti ETH Zurich dan Eawag, Institut Penyelidikan Air Swiss, Switzerland. Jawatan ini terbuka untuk calon penyelidik pascadoktoral yang dinamik dan bermotivasi untuk menyertai kumpulan penyelidikan ini selama kontrak 2 tahun. Maklumat dan syarat permohonan adalah seperti dikongsikan di bawah.

Pembukaan Jawatan Penyelidik Pascadoktoral di ETH Zurich

Kumpulan Ekologi Sistem Mikrob yang diketuai oleh Olga Schubert dan Martin Ackermann daripada ETH Zurich dan Eawag, Institut Penyelidikan Air Swiss sedang mencari penyelidik pasca-doktoral yang dinamik dan bermotivasi untuk menyertai kumpulan penyelidikan ini Kedudukan ini adalah sebahagian daripada kerjasama antarabangsa, Prinsip Ekosistem Mikrob (PriME), yang dibiayai oleh Yayasan Simons.

Pengenalan Universiti ETH Zurich

Universiti ETH Zurich adalah salah satu universiti terkemuka di dunia yang pakar dalam sains dan teknologi. Universiti ini terkenal dengan pendidikan yang cemerlang, penyelidikan asas yang canggih, dan pemindahan pengetahuan baru secara langsung kepada masyarakat. Lebih 30,000 graduan dari lebih 120 negara telah bergraduasi daripada universiti ini. Kedudukannya di tengah-tengah Eropah, namun menjalinkan hubungan kolaborasi di seluruh dunia untuk menyelesaikan cabaran global masa kini dan masa depan akan datang.

broken image

Laman web kekosongan jawatan ETH Zurich: https://jobs.ethz.ch/job/view/JOPG_ethz_fMTgnDFsNNvCB4eEkO

 

Kekosongan Penyelidik Pascadoktoral dalam Ekologi Sistem Mikrob

  • Jawatan: Penyelidik Pascadoktoral
  • Bidang Penyelidikan: Ekologi Sistem Mikrob dengan fokus pada metabolisme dalam komuniti mikrob.
  • Lokasi: ETH Zurich dan Eawag, Switzerland
  • Kelayakan:
  1. Memperoleh PhD dalam bidang berkaitan
  2. Semangat untuk penyelidikan yang digariskan
  3. Motivasi untuk berkolaborasi dalam kumpulan penyelidikan dan kerjasama PriME
  4. Mengalu-alukan penyelidik dari pelbagai latar belakang
  • Bidang Tugas:

Untuk melakukan penyelidikan dan merungkai persoalan mengenai metabolisme dalam komuniti mikrob, iaitu dalam:

  1. Pembangunan konsep
  2. Eksperimen kuantitatif pada sel tunggal
  3. Analisis proteomik, metabolik, dan fisiologi
  4. Analisis bioinformatik dan pemodelan matematik
  5. Berkolaborasi rapat dengan kumpulan penyelidikan dan rakan kerjasama PriME

Cara Permohonan

  • Permohonan mesti dihantar melalui portal permohonan atas talian. Permohonan melalui e-mel atau perkhidmatan pos tidak akan dipertimbangkan.
  • Dokumen permohonan dalam talian dimuat naik dalam format PDF:
  1. Surat motivasi yang menerangkan pengalaman dan minat anda terhadap jawatan ini
  2. CV terperinci termasuk senarai penerbitan
  3. Maklumat hubungan tiga orang rujukan

Laman web permohonan:

 

  • Maklumat lanjut mengenai Kumpulan Ekologi Sistem Mikrob di ETH Zurich dan Eawag boleh didapati di laman web berikut:
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Olga T. Schubert (olga.schubert@eawag.ch), tetapi permohonan yang dihantar melalui e-mel tidak akan dipertimbangkan.

 

broken image

Tarikh Tamat Permohonan

Tarikh tutup jawatan ini adalah fleksibel. Permohonan akan mula disemak pada 19 Ogos 2024 dan akan terus berbuat demikian sehingga jawatan ini diisi. Pekerjaan ini berdasarkan kontrak dua tahun, dengan kemungkinan untuk dilanjutkan. Gaji yang diberikan kepada penyelidik pascadoktoral adalah anggaran 92,200 CHF setahun.

Kepada penyelidik yang berminat bekerja di Switzerland, sila buat permohonan secara online sebelum 19 Ogos 2024 dan sertakan dokumen yang berkaitan. Semoga berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para graduan lepasan PhD untuk mendapat peluang dan kerjaya terbaik selepas tamat pengajian.