The World Academy of Science (TWAS) dengan tajaan bersama ICCBS di Pakistan membuka peluang tajaan postdoctoral fellowship untuk Tahun 2024/2025. Individu yang berminat dan berkelayakan digalakkan untuk memohon. Permohonan adalah seperti berikut.
Objektif Postdoctoral Fellowship TWAS-ICCBS
Bagi saintis muda dari negara membangun (selain Pakistan) yang ingin menjalankan penyelidikan pasca-doktoral dalam bidang kimia organik, biokimia, bioteknologi, perubatan molekul, farmakologi atau kimia fizikal di Pusat Antarabangsa Sains Kimia dan Biologi (ICCBS) — yang merangkumi Institut Penyelidikan Kimia H.E.J. dan Pusat Penyelidikan Molekul dan Ubat Dr. Panjwani di Karachi, Pakistan.
Butiran Postdoctoral Fellowship (TWAS)-ICCBS
- Organisasi : International Center for Chemical and Biological Sciences, Pakistan
- Kelayakan Warganegara Pemohon : Daripada mana-mana negara membangun selain Pakistan
- Negara Tuan Rumah: Pakistan
- Tahap pengajian yang dibiayai : Postdoc
- Tahap Ijazah Minimum: PhD
- Tempoh Masa: 6 hingga 12 bulan
- Bidang Terlibat: Agricultural Sciences, Structural, Cell and Molecular Biology, Biological Systems and Organisms, Medical and Health Sciences incl. Neurosciences, Chemical Sciences
- Tahap umur: 45
Permohonan mestilah secara online dengan melalui pautan yang diberikan di bawah. Sila gunakan butang "mohon sekarang" di bahagian bawah halaman ini untuk memulakan permohonan anda.
Syarat-syarat Lain Fellowship TWAS-ICCBS
- Tidak boleh memegang sebarang visa sementara atau tetap di Pakistan atau mana-mana negara maju
- Mesti bekerja secara tetap di negara membangun (selain Pakistan) dan memegang jawatan penyelidikan di sana
- Mengemukakan sijil kesihatan yang baik daripada seorang doktor perubatan yang bertauliah
- Mengemukakan Surat Penerimaan Awal rasmi daripada ICCBS (lihat contoh surat yang boleh dimuat turun di bawah atau yang terdapat dalam borang permohonan dalam talian).
- Permohonan penerimaan mesti diarahkan kepada Pengarah ICCBS, Prof. Dr. Farzana Shaheen (farzana-shaheen@iccs.edu atau hej@cyber.net.pk atau pcmd@cyber.net.pk atau protocol.iccbs@iccs.edu) yang akan memudahkan penentuan penyelia tuan rumah.
- Semasa menghubungi Prof. Dr. Farzana Shaheen, pemohon mesti menyertakan permohonan mereka untuk surat penerimaan awal dengan salinan CV mereka, draf cadangan penyelidikan dan dua surat rekomendasi.
- Mengemukakan bukti kecekapan dalam bahasa Inggeris, jika bahasa pengantar bukan bahasa Inggeris.
Tarikh pembukaan fellowship : 17 April 2024
Tarikh tutup fellowship : 15 Ogos 2024 (tengah malam waktu CEST)
Download dokumen berkaitan: