Tahukah anda bahawa salah satu syarikat gergasi telco di Malaysia menyediakan program biasiswa Maxis kepada para pelajar peringkat pra-siswazah atau ijazah pertama bagi yang layak. Sebagai salah satu syarikat penyedia telekomunikasi di Malaysia, ini bukan kali pertama pihak Maxis menyediakan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Pihak Maxis ingin menyumbang semula kepada masyarakat Malaysia melalui penganugerahan Biasiswa Pendidikan Maxis pada tahun 2024.
Apakah itu Syarikat Maxis ?
Maxis adalah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia. Syarikat ini menghubungkan individu dan perniagaan kepada dunia. Syarikat ini menawarkan pelan internet, pelan postpaid dengan pakej telefon yang terbaik, dan banyak lagi. Maxis adalah satu-satunya telco yang menawarkan penyelesaian komunikasi dan perniagaan bersepadu sepenuhnya untuk membantu perniagaan bekerja dengan lebih cekap dan meningkatkan produktiviti.
Program Biasiswa Maxis 2024
Syarikat Maxis sedang menawarkan biasiswa Maxis kepada para pelajar pra-siswazah yang berkelayakan untuk tahun 2024. Pihak Maxis ingin memberi peluang kepada anda untuk menjadikan cita-cita anda suatu kenyataan. Maxis mengutamakan kerjasama rapat untuk membantu para pelajar untuk mencipta impak untuk diri sendiri dan orang lain. Pihak Maxis juga berhasrat untuk membawa teknologi terbaik untuk membantu individu, perniagaan, dan negara untuk melangkah ke hadapan.
Tujuan Program Biasiswa Maxis
Pihak Maxis sedang mencari bakat baharu yang mampu berinovasi dan berkembang bersama dalam budaya kerja yang menghargai komitmen, prestasi, dan peluang untuk merealisasikan visi syarikat Maxis iaitu menjadi syarikat penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia. Program Biasiswa Maxis direka untuk menyokong pelajar Malaysia yang cemerlang dan berminat dalam mencapai matlamat akademik dan kerjaya mereka. Sebagai pemegang biasiswa Maxis, anda akan menerima sokongan kewangan untuk melanjutkan pendidikan tinggi anda, bersama dengan peluang menarik untuk pembangunan profesional, jaringan, dan penerokaan kerjaya. Anda akan menjadi sebahagian daripada komuniti dinamik yang komited kepada kecemerlangan, inovasi, dan memberi impak positif.
Syarat Permohonan Biasiswa
- Pelajar Tahun Pertama (pelajar pra-siswazah sahaja): Terbuka khusus kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian tahun pertama sarjana muda mereka.
- Pelajar yang Minat untuk Belajar: Bersemangat untuk meningkatkan pengetahuan anda dalam bidang pengajian yang dipilih.
- Pelajar yang Mempunyai Potensi Kepimpinan: Menunjukkan kemampuan kepimpinan dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Penglibatan Komuniti yang Baik: Hasrat untuk menyumbang kepada masyarakat dan membuat perubahan.
- Kemahiran Komunikasi yang Kuat: Kebolehan untuk menyampaikan idea dengan berkesan dan bekerja secara kolaboratif.
Peruntukan Biasiswa Maxis 2024
Peruntukan yang diberikan melibatkan perkara-perkara berikut:
- Sokongan Kewangan: Yuran pengajian penuh, perbelanjaan hidup, dan kos pendidikan lain.
- Bimbingan: Panduan daripada pakar industri dan pemimpin Maxis untuk membantu anda dalam perjalanan akademik dan kerjaya anda.
- Peluang Latihan Industri: Mendapat pengalaman praktikal melalui latihan industri di Maxis, di mana anda boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam situasi sebenar.
- Pembangunan Kerjaya: Akses kepada sumber kerjaya, bengkel, dan peluang jaringan untuk memulakan perjalanan profesional anda.
- Jaringan: Berhubung dengan sarjana lain, profesional, dan pemimpin dalam industri.
Cara Permohonan
- Anda perlu masuk dan daftar ke portal kerjaya Maxis.
- Hantar resume dan surat iringan (cover letter) anda melalui portal kerjaya Maxis.
- Tekan link laman web maxis di sini.
Keputusan Program Biasiswa Maxis 2024
- Permohonan akan diteliti dan disaring terlebih dahulu sebelum dipilih.
- Oleh kerana bilangan permohonan yang tinggi, pihak Maxis memohon kesabaran anda untuk membolehkan proses penilaian yang adil dan tepat pada masanya.
- Jika anda disenarai pendek untuk biasiswa ini, pihak maxis akan menghantar jemputan melalui e-mel untuk temu duga digital. Anda juga boleh menyemak status permohonan anda dengan log masuk ke akaun permohonan anda.
Bagi anda yang berminat, boleh cuba mohon program biasiswa ini. Program biasiswa ini tidak memaparkan sebarang tarikh tutup, dan biasiswa ini baru dibuka 7 hari yang lalu. Kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Semoga berjaya.