Kerajaan Negeri Selangor sangat mengambil berat tentang kesihatan rakyatnya. Sehubungan itu, pada tahun 2022, sebagai satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Program Iltizam Selangor Sihat sebagai penambahbaikan kepada Skim Insurans Peduli Sihat. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu 100,000 pemohon dan keluarga berdaftar, khususnya bagi rakyat Selangor yang berpendapatan rendah (B40). Melalui dana Program Iltizam Selangor Sihat ini kerajaan Negeri Selangor memastikan rakyat Selangor dapat memanfaatkan rawatan asas dan perlindungan. Program Iltizam Selangor Sihat menawarkan manfaat rawatan asas di klinik berdaftar, termasuk vaksinasi tertentu, serta tambahan manfaat perlindungan yang boleh dituntut oleh ahli aktif atau waris.
Skim Iltizam Selangor Sihat
Iltizam Selangor Sihat terbuka kepada mereka yang layak menurut kriteria yang telah ditetapkan bagi kategori keluarga dan individu seperti berikut :
Pemohon Utama: Permohonan Lengkap Dihantar di Pejabat ADUN/Penyelaras ADUN
(Borang permohonan boleh dimuatnaik di laman sesawang iltizamselangorsihat.com)
Permohonan Plan Keluarga:
- Pemohon Utama Pendapatan isi rumah RM 3,000.00 dan mempunyai kelaurga dan tanggungan berusia 21 tahun(pelajar) ke bawah.
- Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
Permohonan Plan Individu:
- Pemohon Utama Pendapatan RM 2,000.00 kebawah/Pemegang Kad OKU/Warga Emas (Umur 65 ke atas)
- Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
Laman sesawang utama: https://www.iltizamselangorsihat.com/
Dokumen Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan skim ini adalah:
- Borang Permohonan Iltizam Selangor Sihat
- Salinan Slip gaji / pencen terkini / EA / KWSP/ Akuan Pendapatan
- Salinan K/P pemohon dan tanggungan(bagi permohonan kategori keluarga)
- Salinan kad OKU (Jika ada)
- Salinan SPR semakan Pemohon Utama
Butiran Manfaat
Lain-lain manfaat adalah seperti berikut:
- Had Tahunan Plan kategori Keluarga RM500/Setahun
- Had Tahunan Plan Individu: RM250/Setahun
- Had Gunaan Setiap Kali Rawatan: RM70/rawatan
- Had Gunaan Suntikan Vaksinasi:
- Pneumococcal: RM180
- Meningococcal: Rm180
- Thyphoid: Rm180
- Influenza: Rm80
- Hepatitis B: Rm55
Cara Permohonan Skim Iltizam Selangor Sihat 2024
Berikut adalah cara-cara untuk memohon bantuan dalam program ini:
- Untuk permohonan baharu, sila muat turun atau download borang di https://www.iltizamselangorsihat.com/img/membership_registration_forms.pdf
- Borang Permohonan Lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat ADUN/ Pejabat Penyelaras ADUN berdekatan.
- Senarai pejabat boleh dirujuk di https://www.iltizamselangorsihat.com/img/DUN_LIST.pdf
Semakan Keputusan Skim Iltizam Selangor Sihat 2024
Jika anda ingin menyemak status permohonan anda, anda boleh layari laman web berikut:
- Layari laman web rasmi program Iltizam Selangor Sihat 2024 di https://www.iltizamselangorsihat.com/kelayakan.html
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Klik butang “Semak”
- Keputusan permohonan anda akan dipaparkan
Proses Tuntutan Manfaat Tambahan
Antara manfaat tambahan yang ditawarkan dalam skim ini adalah:
- Kematian semulajadi: RM5000 untuk pemohon utama
- Penyakit Kritikal: RM5000 untuk pemohon utama
- Penyakit kritikal: Rm2000 untuk keluarga berdaftar
Syarat-syarat bagi tuntutan manfaat tambahan adalah:
- Pemohon/waris yang layak memohon tuntutan adalah bagi kes-kes ahli aktif yang berlaku pada tahun 2024 sahaja.
- Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ ADUN/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah.
- Pihak Selcare berhak menolak atau membatalkan permohonan tuntutan sekiranya permohonan yang dikemukakan dokumen tidak lengkap atau tidak mematuhi terma dan syarat permohonan.
- PENTING: Sila email Permohonan Manfaat Tuntutan Tersebut (Dokumen lengkap) kepada iss@selcare.com
- Subject Email: PERMOHONAN TUNTUTAN MANFAAT ILTIZAM SELANGOR SIHAT (NAMA PEMOHON/NRIC PEMOHON)
Maklumat Lanjut dan Talian Untuk Dihubungi
Bagi menyemak status keahlian pemohon utama/keluarga berdaftar dan lain-lain pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan kami 1-800-22-6600.
Sebagai penutup, Program Iltizam Selangor Sihat merupakan inisiatif penting yang mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyatnya, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Dengan menyediakan akses kepada rawatan asas dan manfaat perlindungan yang diperlukan, program ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, tetapi juga memberikan harapan dan keyakinan kepada masyarakat. Semoga usaha ini dapat terus diperluas dan diperkukuhkan, demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat Selangor yang lebih baik pada masa hadapan.
Diharap perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca kasturihijau.com.