Pada setiap tahun, 12 Rabiulawal adalah cuti umum di seluruh negeri di Malaysia sempena menyambut Maulidur Rasul. Hari ini adalah penting bagi seluruh umat Islam kerana ia memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul sering diraikan sebagai usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Selain perarakan yang diiringi selawat dan puji-pujian kepada Baginda Nabi Muhammad SAW, majlis ilmu, forum perdana, dan program berkaitan sirah baginda turut diadakan. Program-program ini juga biasanya disiarkan secara langsung di televisyen, radio, atau media sosial. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tarikh cuti umum maulidur Rasul pada tahun 2024 dan program yang dijalankan di beberapa negeri seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Kuching dan lain-lain sempena menyambut dan memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul 2024 pada tahun ini.
Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia
- Untuk makluman semua, Maulidur Rasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia.
- Cuti Maulidur Rasul Tahun 2024 adalah pada 16 September 2024 bersamaan hari Isnin (12 Rabiulawal 1446H).
- Ada pertindihan cuti Maulidur Rasul pada 16 September dengan cuti Hari Malaysia iaitu juga jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024. Bagaimanapun, tiada cuti ganti akan diberikan pada hari berikutnya, 17 September 2024.
Sila rujuk kalendar penuh: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2024
- Berdasarkan jadual hari kelepasan am yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, Maulidur Rasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia untuk tahun 2024.
- Maka, pada 16 September adalah hari kelepasan am, namun hari tersebut bertindih dengan Hari Malaysia juga pada 16 September setiap tahun.
- Susulan pertindihan dua hari kelepasan am, dimaklumkan bahawa tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja berikutnya iaitu Selasa, 17 September 2024 memandangkan Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.
Sumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/
Hukum Sambutan Maulidur Rasul
Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bidโah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
- Pengisian yang baik dan bermanfaat seperti tazkirah dan ceramah.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Kesimpulannya, pada hari Maulidur Rasul adalah peluang kepada umat Islam untuk menghayati dan mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT. Terdapat pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat yang anda boleh sertai di tempat tinggal anda atau di sekitarnya. Antara program Maulidur Rasul yang bakal berlangsung adalah dikongsikan di bawah.
Malam Cinta Rasul 2024, Putrajaya
- Malam Cinta Rasul 2024 sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446 / 2024 adalah bertemakan Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.
- Program ini berlangsung daripada tarikh 13 sehingga 16 September 2024.
- Lokasi program adalah sama ada di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra atau Dataran Putra, Putrajaya.
- 13 - 15 September 2024 : Karnival Healing Deโ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
- 15 September 2024 : Pameran Artifak Rasulullah SAW & Selawat Perdana di Dataran Putra, Putrajaya
- 16 September 2024 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446 Peringkat Kebangsaan.
Muslimin & Muslimat dijemput hadir bersama-sama. Sila rujuk gambar iklan untuk maklumat lanjut.
Sambutan Maulidur Rasul 2.0, Kuala Lumpur
- Pada 21 September 2024, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2.0 di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.
- Pelbagai aktiviti yang menarik akan disediakan, antaranya adalah:
- VR Kisah Nabi
- Tausiyah dari Habib Nael ben Taher
- Pertandingan Azan
- Pertandingan Nasyid
- Mewarna
- Menangkap Ikan
- Para jemaah dijemput hadir dan memeriahkan lagi Majlis ini. Sama-sama kita menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.
Karnival Semarak Cinta Rasulullah SAW, Melaka
Kerajaan Negeri Melaka Melalui JAIM Dengan Kerjasama MAIM, Zakat Melaka Serta Agensi-Agensi Islam, Mempelawa Seluruh Muslimin Dan Muslimat ke Karnival Semarak Cinta Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M. Penganjuran Karnival Semarak Cinta Rasul adalah seperti berikut :
- Ceramah Agama/Bicarawara Agama/ Diskusi
- Malam Semarak Cinta Rasul (Gema Selawat & Barzanji)
- Program Pemeriksaan Kesihatan
- Pertandingan Memanah
- Pertandingan Grand Qasidah Cinta Rasul
- Malam Semarak Kesenian Dakwah Bersama Kumpulan Hijjaz
- Penyampaian Anugearh Khas Maulidur Rasul
- Dan Banyak Lagi.
Program Mahabbah Rasul Johor Bahru
Jom Warga Johor Bahru sama-sama kita memeriahkan Program Karnival Mahabbah Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Anjuran Maahad Tahfiz Al Mustofa pada ketetapan berikut:
- ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต : ๐ฎ๐ณ-๐ฎ๐ด ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
- ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ : ๐๐๐บ๐ฎ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐๐
- ๐ ๐ฎ๐๐ฎ : ๐ต.๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐ฎ๐ด๐ถ - ๐ญ๐ญ.๐ฏ๐ฌ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ
- ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ : ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐น๐ฒ๐ธ๐ ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ธ๐ฎ๐ป, ๐๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ถ๐ป, Johor Bahru
Antara Pengisian Menarik:
- ๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐
- ๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐ ๐
- ๐บ๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐
- ๐ด๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐ & ๐ป๐๐๐๐๐๐๐
- ๐ด๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐ & ๐ป๐๐๐๐๐๐๐
- ๐ช๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐ ๐๐
- ๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐
- ๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐
- ๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐
- ๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐
- ๐ฎ๐๐๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐ ๐ญ๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐.
Pihak Maahad sangat mengalu-alukan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berhajat untuk memberi sumbangan dan tajaan bagi menjayakan program Karnival Mahabbah Rasul.
Tempahan tapak gerai jualan dibuka sekarang. Untuk pertanyaan, sila hubungi dan whatsApp kami sekarang ditalian wasap.my/601125858607
Program Belia Berselawat, Kuching
Buat muslimin muslimat, sempena sambutan Hari Malaysia dan sambutan Maulidur Rasul 1446H, Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Kementerian Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan, serta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan program berikut:
BELIA BERSELAWAT
- Lokasi: Masjid Jamek Negeri Sarawak
- Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu)
SUBUH MACAM JUMAAT
- Lokasi: Masjid Bandaraya Kuching
- Tarikh: 15 September 2024 (Ahad)
Semua dijemput hadir.
Program Open Mosque Masjid Negeri Pulau Pinang
Program open mosque masjid negeri Pulau Pinang atau Masjid Terbuka 44 Tahun Masjid Negeri Pulau Pinang akan diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2024. Tema sambutan Maulidur Rasul negeri Pulau Pinang pada tahun ini adalah 'Masjid Terbuka, Ukhuwah Terbina, Rasulullah Diingati, Ummat Dirahmati'.
- Tarikh: 12-14 September 2024.
- Lokasi: Masjid Negeri Pulau Pinang
Untuk perincian program, sila rujuk maklumat pada gambar di bawah.
Program Maulidur Rasul 2024 yang telah diadakan pada tahun sebelum ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam. Acara tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, selawat, dan perarakan, tetapi turut memperlihatkan semangat perpaduan masyarakat. Dengan penganjuran yang tersusun dan penyertaan yang memberangsangkan, program ini diharap dapat terus menjadi platform untuk menyemai rasa cinta kepada Rasulullah serta memperkukuh nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.