Return to site

Cuti Maulidur Rasul 2024/1446H dan Program Sambutan Hari Maulidur Rasul

kasturihijau.com

· INFORMASI
Program Sambutan Maulidur Rasul 2024

Pada setiap tahun, 12 Rabiulawal adalah cuti umum di seluruh negeri di Malaysia sempena menyambut Maulidur Rasul. Hari ini adalah penting bagi seluruh umat Islam kerana ia memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul sering diraikan sebagai usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Selain perarakan yang diiringi selawat dan puji-pujian kepada Baginda Nabi Muhammad SAW, majlis ilmu, forum perdana, dan program berkaitan sirah baginda turut diadakan. Program-program ini juga biasanya disiarkan secara langsung di televisyen, radio, atau media sosial. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tarikh cuti umum maulidur Rasul pada tahun 2024 dan program yang dijalankan di beberapa negeri seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Kuching dan lain-lain sempena menyambut dan memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul 2024 pada tahun ini.

 

Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia

  • Untuk makluman semua, Maulidur Rasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia.
  • Cuti Maulidur Rasul Tahun 2024 adalah pada 16 September 2024 bersamaan hari Isnin (12 Rabiulawal 1446H).
  • Ada pertindihan cuti Maulidur Rasul pada 16 September dengan cuti Hari Malaysia iaitu juga jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024. Bagaimanapun, tiada cuti ganti akan diberikan pada hari berikutnya, 17 September 2024.

Sila rujuk kalendar penuh: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2024

broken image

 

broken image
  • Berdasarkan jadual hari kelepasan am yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, Maulidur Rasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia untuk tahun 2024.
  • Maka, pada 16 September adalah hari kelepasan am, namun hari tersebut bertindih dengan Hari Malaysia juga pada 16 September setiap tahun.
  • Susulan pertindihan dua hari kelepasan am, dimaklumkan bahawa tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja berikutnya iaitu Selasa, 17 September 2024 memandangkan Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

Sumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/

 

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik dan bermanfaat seperti tazkirah dan ceramah.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Kesimpulannya, pada hari Maulidur Rasul adalah peluang kepada umat Islam untuk menghayati dan mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT. Terdapat pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat yang anda boleh sertai di tempat tinggal anda atau di sekitarnya. Antara program Maulidur Rasul yang bakal berlangsung adalah dikongsikan di bawah.

 

Malam Cinta Rasul 2024, Putrajaya

  1. Malam Cinta Rasul 2024 sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446 / 2024 adalah bertemakan Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.
  2. Program ini berlangsung daripada tarikh 13 sehingga 16 September 2024.
  3. Lokasi program adalah sama ada di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra atau Dataran Putra, Putrajaya.
  • 13 - 15 September 2024 : Karnival Healing De’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  • 15 September 2024 : Pameran Artifak Rasulullah SAW & Selawat Perdana di Dataran Putra, Putrajaya
  • 16 September 2024 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446 Peringkat Kebangsaan.

Muslimin & Muslimat dijemput hadir bersama-sama. Sila rujuk gambar iklan untuk maklumat lanjut.

broken image

Sambutan Maulidur Rasul 2.0, Kuala Lumpur

  • Pada 21 September 2024, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2.0 di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.
  • Pelbagai aktiviti yang menarik akan disediakan, antaranya adalah:
  1. VR Kisah Nabi
  2. Tausiyah dari Habib Nael ben Taher
  3. Pertandingan Azan
  4. Pertandingan Nasyid
  5. Mewarna
  6. Menangkap Ikan
  • Para jemaah dijemput hadir dan memeriahkan lagi Majlis ini. Sama-sama kita menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w.
broken image

Karnival Semarak Cinta Rasulullah SAW, Melaka

Kerajaan Negeri Melaka Melalui JAIM Dengan Kerjasama MAIM, Zakat Melaka Serta Agensi-Agensi Islam, Mempelawa Seluruh Muslimin Dan Muslimat ke Karnival Semarak Cinta Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M. Penganjuran Karnival Semarak Cinta Rasul adalah seperti berikut :

  • Ceramah Agama/Bicarawara Agama/ Diskusi
  • Malam Semarak Cinta Rasul (Gema Selawat & Barzanji)
  • Program Pemeriksaan Kesihatan
  • Pertandingan Memanah
  • Pertandingan Grand Qasidah Cinta Rasul
  • Malam Semarak Kesenian Dakwah Bersama Kumpulan Hijjaz
  • Penyampaian Anugearh Khas Maulidur Rasul
  • Dan Banyak Lagi.
broken image

 

broken image

 

Program Mahabbah Rasul Johor Bahru

Jom Warga Johor Bahru sama-sama kita memeriahkan Program Karnival Mahabbah Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Anjuran Maahad Tahfiz Al Mustofa pada ketetapan berikut:

  • 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟳-𝟮𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰
  • 𝗛𝗮𝗿𝗶 : 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂
  • 𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 - 𝟭𝟭.𝟯𝟬 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺
  • 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗗𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻, 𝗟𝗮𝗿𝗸𝗶𝗻, Johor Bahru

Antara Pengisian Menarik:

  • 𝑫𝒂𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑭𝒊𝒒𝒉 𝑴𝒖𝒔𝒍𝒊𝒎𝒂𝒕
  • 𝑫𝒂𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑰𝒍𝒎𝒖 𝑭𝒂𝒓𝒂𝒊𝒅𝒉
  • 𝑺𝒖𝒏𝒏𝒂𝒉 𝑴𝒆𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉
  • 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒘𝒂𝒕 & 𝑻𝒂𝒖𝒔𝒚𝒊𝒂𝒉
  • 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑲𝒆𝒔𝒆𝒏𝒊𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 & 𝑻𝒂𝒖𝒔𝒚𝒊𝒂𝒉
  • 𝑪𝒆𝒓𝒂𝒎𝒂𝒉 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑫𝒂𝒅𝒂𝒉
  • 𝑷𝒂𝒎𝒆𝒓𝒂𝒏 𝑴𝒐𝒕𝒐𝒓 𝑩𝒆𝒓𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝑻𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊
  • 𝑷𝒂𝒎𝒆𝒓𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏
  • 𝑷𝒂𝒎𝒆𝒓𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏
  • 𝑷𝒂𝒎𝒆𝒓𝒂𝒏 𝑨𝒈𝒆𝒏𝒔𝒊 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏
  • 𝑮𝒆𝒓𝒂𝒊 𝑱𝒖𝒂𝒍𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒏 𝑭𝒐𝒐𝒅 𝑻𝒓𝒖𝒄𝒌.

Pihak Maahad sangat mengalu-alukan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berhajat untuk memberi sumbangan dan tajaan bagi menjayakan program Karnival Mahabbah Rasul.

Tempahan tapak gerai jualan dibuka sekarang. Untuk pertanyaan, sila hubungi dan whatsApp kami sekarang ditalian wasap.my/601125858607

 

broken image

 

broken image

Program Belia Berselawat, Kuching

Buat muslimin muslimat, sempena sambutan Hari Malaysia dan sambutan Maulidur Rasul 1446H, Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Kementerian Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan, serta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan program berikut:

BELIA BERSELAWAT

  • Lokasi: Masjid Jamek Negeri Sarawak
  • Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu)

SUBUH MACAM JUMAAT

  • Lokasi: Masjid Bandaraya Kuching
  • Tarikh: 15 September 2024 (Ahad)

Semua dijemput hadir.

broken image

 

Program Open Mosque Masjid Negeri Pulau Pinang

Program open mosque masjid negeri Pulau Pinang atau Masjid Terbuka 44 Tahun Masjid Negeri Pulau Pinang akan diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun 2024. Tema sambutan Maulidur Rasul negeri Pulau Pinang pada tahun ini adalah 'Masjid Terbuka, Ukhuwah Terbina, Rasulullah Diingati, Ummat Dirahmati'.

  • Tarikh: 12-14 September 2024.
  • Lokasi: Masjid Negeri Pulau Pinang

Untuk perincian program, sila rujuk maklumat pada gambar di bawah.

broken image

Program Maulidur Rasul 2024 yang telah diadakan pada tahun sebelum ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam. Acara tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, selawat, dan perarakan, tetapi turut memperlihatkan semangat perpaduan masyarakat. Dengan penganjuran yang tersusun dan penyertaan yang memberangsangkan, program ini diharap dapat terus menjadi platform untuk menyemai rasa cinta kepada Rasulullah serta memperkukuh nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.