Return to site

Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Tanah NT29 (5 Kekosongan)

· KERJAYA
broken image

Hebahan jawatan kosong di Negeri Sembilan iaitu berkenaan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan.

Makluman Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di Negeri Sembilan pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1.Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

(a) Kejuruteraan Ukur Tanah;

(b) Perancangan Bandar dan Wilayah; atau

(c) Ukur Tanah/ Sains Ukur Tanah

KELAYAKAN TAMBAHAN(DITETAPKAN OLEH JABATAN)
Hanya calon atau ibu/bapa calon yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan atau yang layak memohon bagi urusan ini.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh sijil/ diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh Akhir Permohonan Jawatan Kosong

Permohonan perlu dihantar melalui laman sesawang SPA9 sebelum atau pada 10 JUN 2024 (ISNIN) 11:59 MALAM

Maklumat Permohonan Jawatan Kosong

1. Penolong Pegawai Tanah- 5 kekosongan

  • Gaji Permulaan NT29: RM1,846.15
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Lokasi kekosongan: Negeri Sembilan
  • Nama Jawatan seperti berikut: Penolong Pegawai Tanah

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web,  http://spa9.spa.gov.my. Tekan di bawah. Mohon Sekarang !!!

broken image

Kepada individu yang ingin mencari peluang pekerjaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, dan berkelayakan seperti dalam iklan, anda boleh mencuba untuk memohon jawatan ini. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Selepas 3 bulan, anda tidak mendapat apa-apa jawapan, permohonan anda boleh dianggap tidak berjaya. Semoga berjaya dalam permohonan ini.

Selamat Maju Jaya!