Adakah anda merancang mengadakan majlis atau apa-apa kenduri atau event di tempat kerja ataupun di rumah? Jika masih keliru nak sediakan air apa, mungkin anda boleh cuba air cocktail buah-buahan ini. Rasanya memang lazat dengan buah-buahan yang segar sangat sesuai untuk event atau majlis yang anda rancang. Tetamu yang datang pasti suka. Jadi, saya ingin berkongsi cara resepi air cocktail strawberry yang padu untuk anda cuba nanti.
Kelazatan Air Cocktail Buah Strawberry
Air cocktail buah-buahan sememangnya terkenal di Malaysia. Minuman ini sering dinikmati terutama semasa bulan Ramadan, perayaan, dan kenduri. Ia terdiri daripada campuran pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, laici, tembikai, betik, dan sebagainya, yang dicampur dengan air gula atau sirap dan kadangkala ditambah dengan susu pekat manis atau krimer. Air cocktail buah juga sering dihidangkan di majlis-majlis kenduri dan acara-acara khas. Rasanya yang segar dan manis menjadikannya pilihan yang popular di kalangan rakyat Malaysia.
Buah strawberry sememangnya mempunyai banyak khasiat iaitu kaya dengan antioksidan, mencantikkan kulit, meningkatkan kesihatan jantung, dan mengandungi serat yang tinggi untuk pencernaan. Jadi, air cocktail akan menjadi lebih sedap dan berkhasiat jika menambahkan buah strawberry ini.
Resepi Air Cocktail Buah Strawberry
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan air cocktail buah adalah seperti berikut:
- Buah strawberry
- Satu tin susu sejat.
- Setengah tin susu pekat
- Satu tin buah Longan
- Dua Biji Mangga
- Cincau
- Ais
- Air masak
Cara-cara penyediaannya adalah amat mudah sekali iaitu:
- Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.
- Tambah lagi 2 cawan air biasa dan campur susu sejat dan semua buah-buahan dan bahan tadi
- Masukkan ais.
- Gaulkan dan siap.
- Selamat mencuba.
Kredit : Hang dhamin
Selamat mencuba.
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.