Ketika dulu pernahkah anda dengar mengenai minuman viral, iaitu milo ais kepal? Milo ais kepal diperbuat daripada serbuk milo dan coklat yang pekat dan dicampur dengan ais kisar, mcm ais ABC. Ia terkenal seketika dahulu, tetapi kini tidak lagi. Sekarang ini, ada satu jenis minuman yang sedap dan lemak dengan pelbagai perisa menggunakan resepi hampir sama iaitu ais susu kental atau sticky milk.
Disini, kami sediakan resepi ais susu kental untuk anda cuba. Untuk penyediaan resepi ais susu kental atau dikenali juga sebagai sticky milk, kami sediakan 7 contoh resepi yang viral dan trending sekarang. Jika anda pergi ke pasar malam, atau gerai-gerai, anda akan jumpa kedai jual ais susu kental ini dengan pelbagai perisa dengan rasa yang sangat sedap dan manis. Bagi sesiapa nak buat di rumah untuk keluarga dan anak-anak, boleh cuba ikut resepi yang kami sediakan berikut.
Resepi Ais Susu Kental 'Sticky Milk' Viral
Senarai resepi ais susu kental 'sticky milk' yang boleh anda cuba:
1. Ais Susu Kental Teh Matcha
2. Ais Susu Kental Strawberry
3. Ais Susu Kental Blue Coral
4. Ais Susu Kental Coklat
5. Ais Susu Kental Keladi (Yam)
6. Ais Susu Kental Hazelnut Coffee
7. Ais Susu Kental Durian
Cara Penyediaan Ais Susu Kental Pelbagai Perisa
Resepi penyediaan ais susu kental yang kami share adalah untuk ais susu kental teh matcha, ais susu kental strawberry, ais susu kental blue coral, ais susu kental coklat, ais susu kental keladi (Yam), ais susu kental hazelnut coffee, dan ais susu kental durian. Bagaimanapun, ada banyak lagi resepi ais susu kental yang anda boleh cuba. Jika anda pergi ke pembelian di kedai dalam talian , pelbagai lagi perisa yang anda boleh cuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut. Penyediaan ini adalah untuk satu gelas.
Bahan A
- 20g Mix-lah Ice blended & Milkshake Powder (Mix-lah Ice Blended ada pelbagai perisa. Kami ada sediakan link untuk anda beli daripada kedai di bawah)
- 10g Mix-lah whipping cream
- 30ml susu pekat
- 10ml air panas
Bahan B
- 140ml susu full cream
- 200g ais
Cara penyediaan ais susu kental adalah seperti berikut:
- Campur kesemua bahan A dan kacau sehingga pekat.
- Tuangkan sedikit dalam gelas kosong.
- Masukkan ais, dan tuangkan susu full cream
- Masukkan keseluruhan bahan A tadi.
- Kacau-kacau air sehingga larut bersama sticky milk dan boleh terus minum
- Selamat mencuba. Disediakan juga video untuk anda rujuk.
Kredit Gambar: FB Ais kental
Review Minuman Ais Kental Sticky Milk
Minuman ini bermula viral di tiktok. Bagaimanapun, belum banyak lagi tempat yang menjual ais kental ini, tetapi minuman ini senang viral kerana media sosial. Selain di Malaysia, ia juga terkenal di Indonesia. Minuman ini adalah merupakan minuman yang berasa lemak susu dan manis, ditambah dengan kepelbagaian perisa yang dijual di pasaran. Ia disukai oleh golongan muda mudi kerana rasa yang manis dan lazat serta segar kerana menggunakan susu full cream. Susu full cream mempunyai banyak khasiat seperti tinggi kalsium, protein, vitamin A dan vitamin D3. Resepinya sangat mudah, anda boleh membuatnya di rumah sahaja. Diharap pekongsian ini bermanfaat kepada peminat minuman ais susu kental ini.
Tekan link untuk beli Mix-lah Ice blended & Milkshake Powder dengan pelbagai perisa.
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih