Ramai antara kita adalah peminat tegar aiskrim. Aiskrim adalah suatu makanan yang sangat disukai segenap lapisan masyarakat. Tidak kira usia, sama ada muda atau tua, pasti akan gemarkan memakan aiskrim. Lebih-lebih lagi ketika musim panas dan tekak terasa kering, pasti kita akan membuka peti ais dan mencari minuman sejuk, aiskrim, atau apa-apa yang boleh melegakan tekak. Di sini, kami ingin kongsikan cara penyediaan aiskrim durian homemade yang sangat mudah dan sedap. Anda boleh menyediakannya di rumah sahaja dengan bahan-bahan yang simple.
Keunikan dan Kelazatan Aiskrim Durian Homemade
Aiskrim durian homemade mempunyai beberapa keunikan istimewa bagi pencinta durian. Kesegaran dan keaslian rasa diperoleh melalui penggunaan durian segar, berbeza dengan aiskrim komersial yang mungkin menggunakan perisa tiruan. Kualiti bahan yang lebih baik dan bebas pengawet menjadikan aiskrim ini lebih sihat. Teksturnya lebih lembut dan berkrim hasil penggunaan bahan semulajadi dan proses pembuatan teliti. Selain itu, kreativiti dalam resepi membolehkan variasi rasa seperti penambahan santan, coklat, atau kacang. Resepi ini sangat sesuai untuk disediakan di rumah untuk seisi keluarga kerana boleh disediakan dengan portion yang banyak, rasa yang sedap, jimat dan boleh dikongsikan dengan jiran-jiran terdekat. Jadi, lebih berbaloi jika anda buat sendiri aiskrim durian homemade di rumah.
Resepi Aiskrim Durian Homemade
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan aiskrim durian homemade adalah seperti berikut:
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat (Anda boleh adjust kemanisan, jika suka kurang suka manis, boleh kurangkan susu pekat).
- 1 sudu makan ovalette
- Durian secukupnya (Anggaran kalau isi durian yang besar, diperlukan antara 6 ulas, jika isi durian kecil, diperlukan dalam 10 ulas).
- Pewarna kuning telur secukupnya (Empunya resepi mengggunakan durian isi kuning seperti durian udang merah jadi, tidak guna pewarna).
Cara-cara Menyediakan Aiskrim Durian Homemade:
- Kisar isi durian, susu cair, susu pekat manis dan ovalette.
- Apabila semua campuran telah menjadi sebati, kemudian, masukkan ke dalam mesin pengadun.
- Pukul adunan aiskrim selama 20-30 minit atau sehingga gebu.
- Tuang adunan ke dalam bekas bersesuaian dan disimpan dalam peti sejuk beku.
- Apabila adunan aiskrim sudah mengeras, bolehlah dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.
- Selamat mencuba.
Kredit resepi dan gambar : Uwan Nolly Epin
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.