Return to site

Viral Beraneka Resepi Aiskrim Malaysia Premium dan Evergreen

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Aiskrim Malaysia Viral

Aiskrim Malaysia adalah makanan kegemaran sepanjang zaman yang membangkitkan nostalgia. Aiskrim ini hadir dengan pelbagai variasi rasa yang pasti memikat selera iaitu daripada rasa klasik seperti sirap bandung dan jagung manis, hinggalah ke kombinasi moden seperti teh hijau dan coklat oreo, coklat magnum dan pelbagai lagi perisa. Setiap resepi aiskrim Malaysia menawarkan kelazatan unik dan sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Dalam blog ini, kami akan berkongsi pelbagai resepi aiskrim Malaysia dengan perisa menarik yang mudah disediakan di rumah dan sedia dikongsikan dengan ahli keluarga, jiran tetangga, ataupun untuk dijual.

Senarai perisa aiskrim Malaysia yang dikongsikan di sini adalah:

  1. Aiskrim magnum coklat
  2. Aiskrim choki choki
  3. Aiskrim rainbow jelly
  4. Aiskrim cumi jelly
  5. Aiskrim strawberi susu
  6. Aiskrim coral blue ocean
  7. Aiskrim mix fruit jelly
  8. Aiskrim jagung
  9. Aiskrim mangga segar
  10. Askrim oreo
  11. Aiskrim cuppocino oreo
  12. Aiskrim mint chocolate rice

 

Resepi Aiskrim Magnum Coklat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi aiskrim magnum coklat:

  • 2 cawan whipping krim (dairy)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil ovellate
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara membuat aiskrim adalah seperti berikut:

  1. Campurkan kesemua bahan mix atau blender sehingga kembang gebu 2 kali ganda
  2. 350 gm coklat masakan atau dark chocolate
  3. Double boilkan sehingga cair, apabila sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan
  4. Agak-agak sukatan dalam plastik aiskrim, tidak terlalu nipis dan tidak tebal sangat
  5. Tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6 jam atau semalaman

Nota:

  • Salutan coklat tidak perlu mengeras, jika sudah mengeras dia tidak bersalut dengan aiskrim
  • Boleh juga dibuat lebih pendek dengan potong sikit plastik aiskrim itu
  • Coklat dan adunan aiskrim tidak akan bercampur. Coklat tadi adalah pekat, apabila diratakan dalam plastik, coklat akan lekat pada keliling plastik, jadinya bahagian tengah akan automatik kosong, jadi adunan aiskrim boleh dituang di bahagian tengah

Kredit : Raja Amanina

broken image

Resepi Aiskrim Choki-choki

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 4 tin air
  • secubit garam
  • 2 sudu setengah tepung jagung
  • Choki-choki

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Kacau semua bahan dengan api perlahan dan tapis.
  2. Tambah tepung jagung untuk lembutkannya
  3. Masukkan sedikit garam.
  4. Setelah itu, potong choki-choki saiz kecil.
  5. Kemudian masukkan choki-choki ke dalam plastik.
  6. Picit-picit masuk dalam plastik.
  7. Selepas itu tuang semua bancuhan tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan siap.
broken image

Resepi Aiskrim Rainbow Jelly

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan susu segar atau susu cair
  • 1 cawan creamer
  • 1 paket Jelly powder
  • 1 1/4 cawan gula
  • 4 L air
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Campurkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis.
  2. Kemudian tuang ke dalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai.
  3. Sejukkan seketika dan masukkan 3 colour dalam plastik aiskrim.
  4. Boleh tambah cumi yang sudah dipotong.
  5. Bekukan dan sedia untuk dimakan.
broken image

Resepi Aiskrim Cumi Jelly

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
  • perisa dan warna yang anda suka
  • 3 packet jelly sumi yang dibelah 4 setiap satu

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair sehingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga nampak pekat sedikit. Tutup api.
  3. Letak perasa dan pewarna, kacau rata.
  4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum diisi kedalam plastik atau bekas aiskrim yang sesuai.
  5. Jangan lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya.
broken image

Aiskrim Strawberi Susu

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 4 tin air
  • Secubit garam
  • Fresh strawberry

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Kacau semua bahan dengan api perlahan. Tapis.
  2. Masukkan sedikit garam.
  3. Setelah susu sejuk letak strawberry yang sudah dipotong. Sejukkan dalam freezer.
broken image

Aiskrim Coral Blue Ocean

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Laici tin (asingkan buah)
  • Pewarna biru 7 ke 8 titik
  • 2 cawan gula atau secukup rasa
  • 4 liter air
  • 1/2 cawan kordial laici
  • 2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air.
  • Buah laici*
  • Biji selasih*
  • Plastik aiskrim secukupnya

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Masak semua bahan di atas. Kecuali bahan tanda*
  2. Tepung jagung masukkan selepas bahan sudah mendidih, kacau dan tutup api.
  3. Buah laici dipoting untuk dapatkan bentuk kecil.
  4. Selasih direndam setengah jam sebelum buat aiskrim.
  5. Apabila air sudah suam boleh buat aiskrim dengan masukan selasih satu sudu dan laici yang dikoyak. Laici juga boleh ganti dengan sumi untuk lebih cantik.

Resepi: Suhaini Harun

broken image

Aiskrim Mix Fruit Jelly

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kotak serbuk jelly yang dimasak ikut arahan dan sukatan air
  • 1 senduk gula jika perlu atau nak lebih manis.
  • Kiwi yang dipotong kecil
  • Strawberi dipotong kecil
  • Tembikai dipotong kecil
  • Mangga dipotong kecil
  • Buah naga dipotong kecil
  • Anggur dipotong kecil

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Masukkan serbuk jelly @ agar-agar ke dalam periuk dan masukkan sukatan air mengikut arahan pada kotak. Kacau sehingga adunan tidak berketul.
  2. Apabila adunan mendidih, rasakan. Jika kurang manis, tambahkan gula ikut citarasa. Masak sehingga larut kemudian sejukkan adunan agar-agar.
  3. Masukkan potongan buah-buahan ke dalam plastik aiskrim dengan secukupnya.
  4. Tuang bancuhan agar-agar tadi dan ikat plastik aiskrim.
  5. Bekukan di dalam peti sejukbeku dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Kredit Resipi & Foto: Haslina Hamid

broken image

Aiskrim Perisa Jagung

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 4 tin air
  • 2 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam
  • 1/2 tin jagung ayam brand
  • 1/3 botol perisa jagung jenama double lion
  • Pewarna kuning secukupnya

Cara-cara buat aiskrim:

  1. Masak sekejap atas dapur bahan-bahan di atas.
  2. Once sudah masak, sejukkan sekejap.
  3. Selepas itu sudah boleh isi dalam plastik aiskrim.
  4. Kalau suka kurang manis, boleh letak 5 tin air. Kalau suka jagung banyak, boleh letak 1 tin jagung.

Resepi Oleh: Noor Mazwin

broken image

Aiskrim Mangga Segar

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Susu pekat 2 tin*
  • Susu cair 2 tin*
  • Air masak 8-9 sukat (sukat guna tin susu)*
  • 1 cawan gula*
  • 1 sudu kecil garam*
  • Kordial mangga
  • Tepung jagung 5 sudu besar campur dengan air sedikit
  • Buah mangga secukupnya

Cara-cara masak aiskrim:

  1. Masak bahan bertanda* sehingga mendidih
  2. Masuk bancuhan tepung jagung kacau rata biar mendidih sekejap tutup api.
  3. Tunggu suam/sejuk baru masukkan kordial mangga dan kacau sebati.
  4. Base susu sudah sejuk baru boleh buat aiskrim.
  5. Masukkan isi mangga dalam plastik, masukkan base mangga dan pintal siap plastik. Bekukan.

Kredit: Nuriza E'za April

broken image

Aiskrim Oreo

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu sejat dan 1 tin susu pekat
  • 5 tin air
  • 1 penutup esen vanila
  • 3 sudu tepung jagung
  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar krimer
  • Biskut oreo secukupnya
  • Plastik aiskrim secukupnya

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Masukkan ke semua bahan- bahan ke dalam periuk kecuali biskut oreo. Hidupkan api dapur. Kacau selalu sehingga mendidih.
  2. Setelah mendidih tutup api. Sediakan jug dan tapis bahan yang dah dimasak tadi. Perlu tapis untuk elak ada ketulan-ketulan yang tidak larut.
  3. Biarkan sejuk sepenuhnya.
  4. Sementara itu, pecahkan biskut oreo. Tidak perlu terlalu hancur sangat.
  5. Masukkan biskut oreo tadi ke dalam plastik aiskrim.
  6. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim yang ada biskut oreo.
  7. Akhir sekali simpul dengan kemas hujungnya.
  8. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

Kredit: CikRam Aiskrim Malaysia

broken image

 

Aiskrim Cuppuccino Oreo

Bahan-bahan adalah seperti berikut:

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara masak aiskrim adalah seperti berikut:

  1. Campurkan semua bahan diatas dan masak macam biasa.
  2. Masukkan oreo crush siap-siap ke dalam plastik aiskrim.
  3. Setelah susu mendidih, masukkan cappuccino emulco.
  4. Kacau sehingga sebati. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik

Resepi: Amira Hanif

broken image

Aiskrim Mint Chocolate Rice

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara membuat aiskrim:

  1. Masukkan chocolate rice ke dalam plastik aiskrim.
  2. Masak bahan-bahan susu sehingga mendidih, masukkan esen peppermint
  3. Selepas itu masukkan perwarna turqoise.
  4. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer

Resepi: Amira Hanif

broken image

Berikut yang dikongsikan tadi adalah beberapa resepi aiskrim Malaysia alaf baru yang telah diubah suai mengikut citarasa peminat aiskrim tempatan. Resepi-resepi ini boleh digunakan untuk masak sendiri atau untuk dibuat perniagaan aiskrim dari rumah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuka anda semua.