Return to site

Resepi Ayam Sambal Bali Sedap dan Mudah Dimasak

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Ayam Sambal Bali Sedap dan Mudah Dimasak

Pernahkah anda mencuba resepi ayam sambal Bali di rumah? Jika belum, disini kami kongsikan cara-cara masak ayam sambal Bali iaitu sejenis lauk tradisional yang sangat sedap untuk dicuba.

 

Apakah itu Ayam Sambal Bali?

Ayam sambal Bali adalah hidangan yang menggabungkan elemen rasa pedas, manis, dan sedikit masam, dihasilkan melalui penggunaan bahan seperti cili, bawang, kicap manis, dan daun kari. Hidangan ini sering dianggap sebagai gabungan rasa antara ayam masak merah dan ayam masak kicap. Ayam biasanya digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sambal khas yang kaya dengan rasa, memastikan setiap bahagian ayam menyerap kuah dengan sempurna. Hidangan ini sangat sesuai dinikmati bersama nasi panas, menjadikannya pilihan yang popular untuk hidangan keluarga atau majlis keramaian.

 

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam sambal Bali adalah:

  • 1 ekor ayam
  • 6 batang serai yang dititik
  • 8 tangkai daun kari yang dilerai
  • Segenggam cili kering (*)
  • 5 biji bawang besar (*)
  • 5 ulas bawang putih (*)
  • Sedikit belacan (*)
  • Kicap masin
  • 1 senduk gula
  • 1 sudu teh garam
  • Bahan-bahan bertanda (*) perlu dikisar halus
broken image

 

 

Cara memasak ayam sambal Bali adalah:

  1. Bersihkan ayam dan potong kecil.
  2. Basuh, toskan ayam, kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya.
  3. Gaul rata dan perap ayam.
  4. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.
  5. Goreng ayam sehingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
  6. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai warna separa coklat.
  7. Masukkan daun kari. Goreng seminit.
  8. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga wangi.
  9. Tambahkan garam satu sudu.
  10. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap)
  11. Apabila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon atau merah gelap macam dalam gambar.
  12. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  13. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.
  14. Ayam Sambal Bali siap untuk dihidang.
  15. Selamat mencuba!

Kredit resipi & Foto: Horany Gaming

Semoga bermanfaat kepada para pembaca sekalian.