Bahulu, sejenis kek tradisional yang sering menjadi kegemaran ramai di Malaysia, tidak pernah kehilangan pesonanya walaupun zaman semakin moden. Kuih ini terkenal dengan teksturnya yang lembut di dalam dan sedikit garing di luar, menjadikannya sajian yang sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa. Sama ada dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya atau sebagai kudapan harian bersama teh atau kopi, bahulu sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa resepi bahulu iaitu bahulu pandan, bahulu coklat chip, bahulu mini red velvet, bahulu kukus dan bahulu Perancis untuk rujukan anda.
Resipi Bahulu Pandan
Bahan-bahan yang diperlukan:
A:
- 6 biji telur gred A
- 200g gula halus
- ½ sudu besar emulco pandan
- 1 sudu kecil ovalette
B:
- 200g tepung gandum (diayak)
Cara Penyediaan:
- Pukul semua bahan A (telur, gula halus, emulco pandan, dan ovalette) menggunakan mixer sehingga adunan menjadi gebu dan ringan.
- Masukkan bahan B, tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Kaup balik dengan perlahan menggunakan spatula atau senduk hingga semua bahan sebati. Elakkan mengacau terlalu kuat untuk memastikan tekstur bahulu kekal lembut.
- Oleskan minyak pada acuan bahulu dan panaskan dalam ketuhar selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum digunakan.
- Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan tadi.
- Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga bahagian atas bahulu keperangan dan garing.
- Setelah masak, keluarkan bahulu dari acuan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
- Tip Tambahan: Untuk bau lebih harum, tambahkan sedikit daun pandan segar yang dikisar dan ditapis bersama emulco pandan. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang sempurna.lamat mencuba! 😊
Kredit: Tuan Resepi
Resepi Bahulu Coklat Chip
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 150g gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 150g tepung gandum (diayak)
- coklat chip
Cara Penyediaan:
- Dalam mangkuk besar, pukul telur, gula, dan esen vanila menggunakan whisk sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus kacau perlahan dengan menggunakan spatula.
- Pastikan tepung tidak berketul. Gaul perlahan sehingga semua bahan sebati. Elakkan mengacau berlebihan untuk memastikan tekstur kek tidak menjadi terlalu padat.
- Masukkan coklat chip dan gaul.
- Jika menggunakan spatula atau senduk, ceduk adunan perlahan-lahan dan teruskan menggaul sehingga semuanya sebati tanpa ketulan.
Nota:
- Anda boleh menggunakan mesin pengadun (mixer) jika membuat dalam kuantiti yang lebih besar. Untuk resipi ini, gandakan sukatan kepada tiga kali untuk menghasilkan adunan yang lebih banyak.
Cara Membakar:
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
- Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega dan ditabur tepung (atau gunakan kertas pembakar).
- Bakar selama 15-20 minit sehingga bahagian atas kek keperangan dan masak sepenuhnya. Untuk memeriksa, cucuk bahagian tengah kek dengan hujung pisau atau lidi. Jika keluar bersih, kek sudah masak.
Tip Penting:
- Ayak tepung sebelum digunakan untuk mengelakkan ketulan dalam adunan.
- Jangan mengacau adunan terlalu kuat selepas mencampurkan tepung untuk mengekalkan udara dalam adunan.
Kredit: Empunya resepin
Resepi Bahulu Mini Red Velve
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 biji telur
- 180 gr gula pasir
- 1 sudu kecil SP/ Pelembut
- 200 gr tepung gandum
- 100 ml santan cair
- 100 ml minyak masak
- 1/2 sudu kecil Pes Coklat
- Red Velvet Paste secukup rasa (boleh laras)
- Krim cambuk (untuk topping)
- Hiasan bunga (untuk topping)
Cara membuat adalah:
- Pukul telur, gula pasir, SP dan vanila hingga kembang dan pekat
- Masukkan tepung, kacau hingga sebati
- Masukkan santan, minyak masak, pes coklat dan pes baldu merah, kacau sehingga semuanya sebati
- Tuang ke dalam acuan mini yang telah disapu minyak
- Kemudian kukus selama 10 minit atau sehingga masak
- Setelah masak, keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk
- Hias dengan whipcream dan hiasan bunga
- Kek mini sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Empunya Resepi
Resepi Bahulu Perancis (Madeleines)
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 biji telur
- 65g gula pasir
- 20g madu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 30ml susu full cream
- 100g tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 100g butter yang cairkan
Cara-cara memasak :
- Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.
- Dalam mangkuk, campurkan telur dan gula, kemudian kacau hingga sebati. Tambahkan madu dan gaul rata.
- Masukkan esen vanila bersama separuh susu full cream, kemudian pukul adunan hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, dan baki susu full cream.
- Gaulkan sehingga semuanya bercampur rata, kemudian masukkan mentega cair.
- Gunakan whisk untuk mengacau adunan hingga licin dan sebati.
- Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Sapukan mentega pada loyang menggunakan berus, kemudian taburkan tepung gandum ke atasnya dan buang lebihan tepung.
- Keluarkan adunan madeleines dari peti sejuk, masukkan ke dalam piping bag, dan tuang adunan ke dalam loyang sehingga hampir penuh.
- Taburkan chocolate chips di atas adunan dan tekan sedikit supaya ia tenggelam ke dalam adunan.
- Letakkan loyang ke dalam ketuhar (oven api atas bawah, no fan) dan segera turunkan suhu kepada 160°C.
- Bakar madeleines selama 10 minit atau sehingga bahagian tepinya kelihatan keperangan.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan periksa dengan mencucuk bahagian tengah menggunakan hujung pisau. Jika pisau keluar dalam keadaan bersih, madeleines sudah masak.
- Keluarkan madeleines dari loyang dan biarkan ia sejuk di atas rak.
Sumber dan Kredit: Limau Manis
Resepi Kuih Bahulu Kukus
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 5 biji telur
- 1 sudu besar ovalet
- 1 Cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan susu segar
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 Cawan minyak
Cara-cara penyediaan adalah seperti berikut:
- Putar bahan 5 biji telur, 1 sudu besar ovalet, 1 cawan gula halus, 1 sudu teh esen vanila sampai kembang gebu dan memutih dalam 5 minit guna mixer
- Lepas bahan tadi menjadi gebu, masukkan tepung berselang seli susu. Mix dalam low speed.
- Akhir sekali, masukkan minyak dan sebatikan.
- Untuk dapatkan warna tembikai, bahagikan 3 bahagian. 1 bahagian merah lebihkan, lagi 2 bahagian sedikit sahaja untuk warna putih (warna asal) dan hijau
- Jika guna acuan kecil, sudukan warna merah dalam acuan 1/2 acuan. Kukus 3-4 minit agak-agak adunan mula mengeras. Perlahan-lahan, sudukan warna putih sedikit sahaja.
- Kukus lagi dalam 3 minit dan kemudian warna hijau juga sedikit. Kukus 10 minit atau sehingga masak
- Kukus selama 15 minit jika guna acuan kecil dan 30-40 minit jika guna loyang
- Jika guna loyang, lapisan pertama dan kedua 10 minit, lapisan akhir 20 minit
Sumber: Page Jom Kongsi Resepi & Dapur De'Nuanza
Kredit: Owner Resepi
Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com sekalian.