Return to site

Viral Resepi Bomboloni Itali Gebu dan Lembut

· MENU VIRAL
resepi bomboloni itali

 

Pernahkah anda cuba donut style Itali yang berbentuk bulat, dengan isi krim yang melimpah dan sedap? Donut ini dikenali sebagai bomboloni yang berasal daripada Itali. Ia sedikit berbeza daripada donut biasa yang mempunyai lubang di tengah-tengah donut. Resepi bomboloni kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang mana rasanya sangat lembut, gebu dan 'filling' yang melimpah membuatkan rasanya sangat enak. Untuk resepi kali ini, kami ingin kongsikan cara sediakan bomboloni di rumah dengan bahan-bahan yang mudah.

Apakah itu Bomboloni?

Bomboloni adalah sejenis donat Itali yang berbentuk bulat, lembut, dan gebu tanpa lubang di tengah. Donut yang mempunyai lubang di tengah-tengah adalah biasanya ciri donut berasal daripada Amerika, manakala donut bomboloni ini berasal daripada Itali. Ciri khas bomboloni adalah ia diisi dengan pelbagai jenis inti yang lazat, seperti krim pastri, jem buah, Nutella, atau kastard. Selepas digoreng hingga keemasan, bomboloni biasanya digulingkan dalam gula kastor atau gula halus dan memberikan lapisan manisan di luar yang enak. Berbeza dengan donut tradisional yang mungkin mempunyai lubang di tengah, bomboloni disuntik dengan inti yang melimpah, menjadikannya lebih kaya dan memuaskan hati apabila dimakan. Bomboloni sering dinikmati sebagai makanan ringan atau pencuci mulut dan terkenal kerana teksturnya yang lembut serta rasanya yang lazat.

 

Keunikan Bomboloni Itali

Keunikan resepi bomboloni terletak pada tekstur lembut dan gebu donut yang dihasilkan, serta intinya yang kaya dan berkrim di dalamnya. Doh bomboloni biasanya diuli sehingga elastik dan lembut untuk menghasilkan donut yang ringan dan gebu. Proses pengembangan doh yang tepat memainkan peranan penting untuk mencapai tekstur ini. Bomboloni sering diisi dengan pelbagai jenis inti lazat seperti krim pastri, Nutella, jem buah, atau kastard dan menjadikannya lebih istimewa berbanding donut biasa. Tidak seperti donut yang mempunyai lubang di tengah, bomboloni tidak berlubang dan disuntik dengan inti yang memenuhi seluruh bahagian dalam donut, memberikan setiap gigitan rasa yang memuaskan hati yang memakannya.

Selepas digoreng, bomboloni digulingkan dalam gula kastor atau gula halus, memberikan lapisan manis di luar yang kontras dengan inti yang kaya di dalamnya. Walaupun asas bomboloni adalah sama, variasi dalam jenis inti, rasa doh seperti penambahan aroma vanila atau lemon, dan cara penyediaan membolehkan penyesuaian mengikut citarasa individu, menjadikan setiap resepi bomboloni adalah unik. Resepi bomboloni yang asli sering kali menggunakan kaedah tradisional dengan bahan-bahan yang segar dan asli, menjadikan hasil akhirnya lebih autentik dan sedap. Gabungan tekstur yang lembut, inti yang kaya, dan lapisan gula yang manis membuatkan bomboloni begitu istimewa dan digemari ramai.

broken image

 

 

 

 

Resepi Bomboloni Itali

Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan resepi bomboloni Itali adalah seperti berikut:

  • Adunan ini siap untuk 23 hingga 25 biji bomboloni, jika anda ingin lebih, boleh gandakan lagi adunan
  • 500 gram tepung gandum yang high protein
  • 11 gram yis mauripan (1 paket)
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji telur gred B
  • 3 tablespoon gula
  • 2 tablespoon susu tepung
  • Sedikit garam
  • 1 cawan fresh milk
  • Setengah cawan air biasa
  • Nutella (anda boleh tukar filling lain, sama ada jem buah, krim, mengikut citarasa anda)
  • Snow sugar

Cara-cara masak bomboloni adalah seperti berikut:

  1. Campurkan semua bahan sekali termasuk yis.
  2. Guna tangan uli sehingga 15-20 minit.
  3. Guna mixer uli 10 minit dan uli sehingga elastik.
  4. Bairkan adunan 30 minit.
  5. Buang angin kemudian bentukkan doh secara rounding
  6. Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda selepas itu boleh gorengkan donut.
  7. Gaulkan donut yang sudah digoreng tadi dengan snow sugar
  8. Kemudian susun macam dalam gambar.
  9. Guntingkan bahagian tengah atas ke dalam untuk masukkan filling, dan tidak perlu gunting sampai termbus.
  10. Akhir sekali, boleh bubuh filling nutella.
  11. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Farah Syazwanie

broken image

Baca Lagi:

Berikut adalah resepi masak bomboloni yang ringkas untuk anda cuba di rumah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe website kami untuk belajar lagi lain-lain resepi yang lazat.