Return to site

Resepi Capati Homemade dan Kuah Kacang Dhal Paling 'Sempoi'

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi capati dan kuah kacang dhal

Pernahkah anda cuba masak roti capati di rumah? Bagi penggemar masakan India, pasti anda suka dengan roti capati. Resepi capati sebenarnya sangat mudah disediakan di rumah. Capati sangat sedap dimakan bersama kuah kacang dhal atau kari. Untuk resepi kali ini, kami ingin kongsikan cara masak roti capati dan kuah kacang dhal yang sempoi sahaja di rumah.

Keunikan Resepi Capati dan Kuah Kacang Dhal

Capati dan kuah kacang dhal adalah kombinasi makanan yang unik dan digemari di banyak negara, terutama di India, Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain negara. Capati, adalah roti leper yang diperbuat daripada tepung gandum, adalah makanan ruji yang sering dimakan bersama pelbagai jenis lauk. Keunikannya terletak pada kesederhanaan dan versatiliti. Proses pembuatan capati melibatkan penggunaan bahan-bahan asas seperti tepung gandum, air, dan sedikit garam, tetapi keunikan rasa terhasil daripada cara ia diuli dan dibakar dengan sempurna di atas kuali leper. Capati yang lembut dan kenyal ini menjadi pelengkap yang ideal untuk pelbagai jenis hidangan.

Kuah kacang dhal pula adalah kari yang dibuat daripada kacang dhal, sejenis kekacang yang kaya dengan protein. Kuah ini mempunyai tekstur yang pekat dan rasa yang kaya, hasil daripada gabungan rempah seperti kunyit, jintan, halia, dan bawang putih. Keunikan kuah kacang dhal terletak pada keseimbangan rasa pedas, masam, dan sedikit manis, yang menjadikannya hidangan yang memuaskan. Apabila dimakan bersama capati, kuah kacang dhal memberikan satu dimensi rasa yang mendalam, mencipta gabungan yang sangat memuaskan dari segi tekstur dan rasa. Kombinasi ini bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memberi tenaga, menjadikannya pilihan popular untuk sarapan atau makan malam.

Resepi Capati Sedap

Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi capati.

  • 1 kg tepung atta (boleh beli yang jenis timbang)
  • 1 liter air
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu makan marjerin

Cara membuat capatu homemade:

  1. Masukkan air, gula dan garam dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga sebati
  2. Masak marjerin sehingga cair dan masukkan ke dalam bekas air tadi.
  3. Uli jangan terlalu lembut dan jangan terlalu keras.
  4. Bila sudah siap, rehatkan selama 30 minit.
  5. Buat bentuk bebola, lebih baik jika doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan. Anggaran sekilo tepung boleh dapat dalam 23 biji doh.
  6. Canaikan dan boleh dibakar atau digoreng tanpa minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah dhal.

Kredit: Sha Yaakub

broken image

 

broken image

 

broken image

 

 

Resepi Kuah Kacang Dhal Homemade

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kuah kacang dhal:

  • 1/2 cawan kacang dhal, pilih kacan yang berwarna kuning kecil lebih cepat empuk. Rebus separuh empuk.
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 cawan pati santan
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 2 biji ubi kentang yang dipotong kiub
  • 1 batang lobak merah yang dipotong kiub
  • 2 biji terung yang dipotong kiub
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit air

Bahan untuk ditumis:

  • 5 biji bawang merah yang dihiris
  • 2 biji bawang putih yang dihiris
  • Beberapa tangkai cili kering dipotong dua
  • 1 sudu biji sawi
  • Minyak masak atau minyak sapi
  • Daun kari

Cara memasak kuah kacang dhal:

  1. Masukkan kacang dal separuh masak, ubi kentang dan lobak merah di dalam periuk.
  2. Tambahkan air dan masak sehingga semua menjadi bahan lembut.
  3. Tambahkan juga sedikit serbuk kunyit untuk cantikkan warna kuah.
  4. Masak sehingga kacang dhal hampir hancur dan kuah sedikit memekat.
  5. Air jangan terlalu banyak nanti kuah akan menjadi cair dan jangan juga terlampau sedikit.
  6. Masukkan terung. Agak-agak terung sudah lembut masukkan pula pati santan, air asam jawa, sedikit garam dan serbuk perasa.
  7. Kemudian tutup api.
  8. Di dalam kuali lain pula, masukkan sedikit minyak masak atau minyak sapi.
  9. Tumis bahan-bahan tumis tadi sehingga agak garing dan naik bau.
  10. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi sekali dengan minyak ke atas kuah dhal yang siap dimasak awal tadi. Kacau sebati.
  11. Siap untuk dihidang.

Kredit : Empunya resepi

broken image

 

broken image

 

Semoga resepi capati dan kuah kacang dhal homemade ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com. Selamat mencuba.

Baca lagi: