Return to site

Western Food Viral: Resepi Creamy Tomyam Pasta yang Simple

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi creamy tomyam pasta

Di Malaysia, makanan western atau western food sudahpun menjadi kegemaran rakyat pada masa kini. Pasta antaranya hidangan yang sangat mudah disediakan, ringkas dan juga sedap. Contoh makanan pasta yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia kini adalah spaghetti bolognese, Carbonara, Aglio Olio, lasagna, mac and cheese dan macam-macam lagi. Jadi, dalam artikel ini kami ingin berkongsi satu resepi infusi yang menggabungkan dua resepi popular iaitu spaghetti creamy pasta dan kuah tomyam.

Keunikan Resepi Creamy Tomyam Pasta

Secara jujurnya, resepi creamy tomyam pasta ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Antara keunikan resepi Creamy Tomyam Pasta adalah terletak pada gabungan elemen rasa dari masakan Thailand dan Itali. Rasa dan aroma tomyam yang pedas dan masam dari rempah ratus seperti serai, daun limau purut, lengkuas, cili, dan jus limau memberi kompleksiti pada pasta. Selain itu, penambahan krim atau susu segar memberikan tekstur lembut dan creamy, menambahkan lagi kekayaan hidangan.

Gabungan budaya ini menggabungkan pasta dari Itali dan tomyam dari Thailand, menghasilkan hidangan yang unik dan menarik. Pelbagai bahan seperti ayam, udang, cendawan, sayur-sayuran, dan herba mencipta variasi tekstur dan rasa. Penggunaan bahan-bahan segar seperti daun ketumbar, cili segar, dan jus limau menambah kesegaran kepada hidangan, menjadikannya lebih menyelerakan.

 

 

Resepi Creamy Tomyam Pasta

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi creamy tomyam pasta adalah:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Pasta
  • Udang
  • Fresh milk
  • Cooking cream
  • Paste tomyam
  • Garam
  • Gula
  • Cili
  • Daun limau purut
  • Kiub pati ayam

Berikut adalah cara-cara membuat resepi creamy tomyam pasta:

  1. Mulakan dengan mendidihkan air dan masukkan setengah sudu kecil garam
  2. Kemudia, rebuskan pasta seperti biasa.
  3. Setelah pasta sudah masak angkat dan ketepikan pasta.
  4. Seterusnya, tumiskan sebiji bawang besar dan lima ulas bawang putih yang sudah dicincang halus.
  5. Kemudian, tumiskan sampai naik bau kemudian masukkan udang
  6. Seterusnya, masukkkan satu sudu paste tomyam ke dalam kuali
  7. Masukkan pula setengah cawan fresh milk dengan setengah cooking cream.
  8. Masukkkan lagi 2 helai daun limau purut, dan 2 biji hirisan cili utk rasa pedas dan secubit kiub pati ayam.
  9. Kemudian, masukkan setengah sudu kecil gula untuk balancekan rasa.
  10. Selepas itu, masukkan pasta tadi dan kacau-kacau sehingga sebati dan untuk lagi kick masukkan chili flake.
  11. Pasta sedia untuk dihidangkan.
broken image

 

 

Selamat mencuba dan semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk anda semua.

 

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.