Return to site

Resepi Daging Dendeng Style Orang Perak dan Pulut Kuning

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Daging Dendeng Style Orang Perak dan Pulut Kuning

Pernahkah anda masak daging dendeng di rumah? Jika belum pernah cuba, di sini kami kongsikan cara masak daging dendeng cara atau style orang Perak yang ada sedikit kelainan. Daging dendeng ini sedap dimakan bersama-sama ketupat, nasi putih, nasi impit, lemang ataupun pulut. Resepi daging dendeng ini sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana daging ini rasanya sedap dan tahan lama. Teruskan membaca untuk mendapatkan resepi masak daging dendeng cara orang Perak bersama resepi pulut kuning.

Asal Usul Resepi Daging Dendeng

Dendeng adalah makanan tradisional yang berasal dari Indonesia, khususnya dari Minangkabau di Sumatra Barat. Dendeng terbuat dari daging lembu yang dihiris nipis, kemudian diperap melalui dengan rempah ratus. Keunikan dendeng terletak pada cara masakannya. Daging biasanya diperap dalam campuran rempah ratus seperti bawang putih, ketumbar, cili, serai dan halia, dan dimasak sehingga kering. Ada berbagai jenis dendeng, termasuk dendeng balado yang pedas dengan cili merah dan dendeng yang ditumbuk sehingga empuk sebelum dimasak. Rasanya yang sedap dan pedas menjadikan resepi daging dendeng popular di Malaysia.

 

Asal Usul Pulut Kuning

  • Pulut kuning adalah hidangan tradisional Melayu yang memiliki sejarah tersendiri dan sering kali disajikan dalam upacara adat, perayaan, dan acara-acara istimewa seperti pernikahan, khatam Al-Quran, atau hari kelahiran. Asal usul resepi pulut kuning ini berkaitan erat dengan budaya dan tradisi masyarakat Melayu di Nusantara, termasuk Malaysia, Indonesia, dan Brunei.
  • Pulut kuning dibuat dari beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit, yang memberikan warna kuning cerah pada hidangan ini. Kunyit tidak hanya digunakan untuk memberikan warna, tetapi juga dianggap sebagai simbol keberuntungan dan kemakmuran dalam budaya Melayu.
  • Pulut kuning sering disajikan dengan lauk-pauk tradisional seperti rendang, dendeng atau serunding, dan dihidangkan untuk dinikmati bersama tamu. Hidangan ini melambangkan rasa syukur dan doa untuk kesejahteraan, menjadikannya penting dalam tradisi kulinari orang Melayu.

 

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak daging dendeng style Perak:

  • 1 kg daging

Cara-cara masak daging adalah seperti berikut:

  1. Rebuskan daging sehingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal.
  2. Kemudian renjiskan kicap manis pada daging dan gaul rata.
  3. Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
  4. Kemudian tumbuk daging guna lesung batu (tidak perlu tumbuk sehingga hancur)

Bahan- bahan lain yang diperlukan adalah:

  • 6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang dan kemudian toskan (serai perlu banyak)
  • 10 helai daun limau purut
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
  • Sedikit bahan perasa
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • 1 dan setengah cawan bawang goreng

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 25 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • 5 batang serai dihiris
  • 1 cawan minyak masak

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
  2. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau purut yang dah dicarik-carik dan serai yang sudah digoreng. Masak sehingga naik minyak dan berubah warna.
  3. Masukkan gula, garam, air asam jawa, masak lagi sehingga agak garing. Bila dah agak garing masukkan air rebusan daging.
  4. Renjiskan kicap manis lebih sedikit, kemudian, renjiskan sedikit sahaja kicap masin.
  5. Bila sudah pekat dan hampir kering terus masukkan daging dan baki daun limau purut, dan gaul sebati.
  6. Masukkan pula bawang goreng, gaul sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang. Lebihan minyak boleh dibuang.

Kredit : Pemilik Resepi Perak

broken image

 

Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak pulut kuning adalah:

  • 1 1/2 kg pulut
  • Satu kotak kecil santan
  • 10 helai daun pandan
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara memasak pulut kuning adalah seperti berikut:

  1. Rendam pulut dahulu bersama dengan sedikit serbuk kunyit. Letakkan dua sudu sahaja dan direndam selama 3 sehingga 4 jam.
  2. Panaskan pengukus, dalam masa yang sama susunkan daun pandan di atas pengukus.
  3. Kemudian masukkan pulut ke atas daun pandan.
  4. Kukus pulut sehingga ia menjadi sedikit lembut dalam jangka masa 30-45 minit atau sehingga pulut masak.
  5. Apabila pulut menjadi lembut, sila keluarkan pulut yang siap dikukus itu ke dalam bekas yang lain.
  6. Kemudian gaulkan pulut itu dengan santan dan kukus semula dalam bekas pengukus macam tadi selama 8 hingga 10 minit lagi. Tujuan utama kukus kali kedua ini adalah supaya pulut tahan lama dan tidak cepat basi.
  7. Pulut kuning enak dihidangkan bersama daging dendeng.

Kredit : Pemilik Resepi

broken image

Selamat mencuba resepi-resepi tadi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda para pembaca sekalian.