Return to site

Resepi Kebab Daging Roti Pita yang Ringkas dan Melazatkan

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Kebab Daging Roti Pita

Kebab antara makanan yang mudah untuk dimasak dan disediakan. Kebab berasal daripada negara Timur Tengah, bagaimanapun kebab ini telah diterima baik oleh masyarakat Malaysia dan kini menjadi hidangan biasa atau rutin rakyat di negara ini. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara penyediaan resepi kebab daging roti pita yang ringkas dan lazat.

Asal-usul Resepi Kebab Daging Roti Pita

  • Kebab daging menggunakan roti pita memiliki asal usul yang kaya dan bervariasi, berakar dari tradisi kulinari Timur Tengah dan Asia Tengah. Perkataan "kebab" sendiri berasal dari bahasa Arab "kabab," yang bererti "daging yang dipanggang." Kebab telah ada sejak ribuan tahun yang lalu, dan antara makanan yang tertua. Namun, populariti kebab berkembang pesat di daripada kawasan Timur Tengah hingga ke kawasan Asia Tengah yang lain. Kini, kebab menjadi salah satu hidangan utama yang disukai oleh berbagai lapisan masyarakat di serata dunia terutamanya di Malaysia.

Keunikan Kebab Daging Roti Pita

  • Kebab daging dengan roti pita menggabungkan dua elemen utama daging yang digoreng atau dibakar, dan roti pita yang lembut namun kenyal. Daging yang digunakan biasanya adalah daging lembu atau ayam, yang ditumis dengan berbagai rempah seperti kunyit, paprika, dan bawang putih. Bagi daging yang dipanggang di atas api terbuka, teknik ini memberikan rasa yang khas dan aroma yang sangat menyelerakan.
  • Keunikan kebab dengan roti pita terletak pada gabungan tekstur dan rasa. Roti pita, yang merupakan roti khas Timur Tengah, digunakan untuk membungkus atau menyajikan kebab ini. Roti pita ini sering kali diisi dengan daging kebab yang lemak, serta dilengkapi dengan berbagai sayuran segar seperti salad, tomato, dan timun. Sos cili dan mayonis juga ditambah untuk memberikan lapisan rasa yang lebih melazatkan.
  • Kebab daging dengan roti pita juga telah beradaptasi dengan berbagai budaya di seluruh dunia contohnya Turki, Iran, Pakistan, Lubnan, Jerman dan banyak lagi negara-negara di Asia seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.
  • Kebab daging di Malaysia dan Indonesia sering kali disesuaikan dengan cita rasa tempatan, dan kini menjadi sebahagian daripada pilihan makanan ringan atau yang cepat disaji, terutama di kalangan anak muda. Meskipun mungkin bukan hidangan tradisional, kebab telah diterima dengan baik dan terus berkembang dalam variasi dan popular di kedua-dua negara ini.

Resepi Kebab Daging Roti Pita Special

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kebab daging roti pita special adalah seperti berikut:

  • 1 bungkus daging burger Ramly
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sedikit rempah kari daging (pilihan)
  • Carot (potong dadu)
  • Timun (potong dadu)
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Tomato (dihiris atau dipotong)
  • Roti pita
  • Mayonis
  • Kobis atau salad (diracik nipis dan pilihan)

Cara-cara penyediaan roti kebab daging adalah seperti berikut:

  1. Panaskan daging burger Ramli dalam microwave kejap pastu potong dadu .
  2. Panaskan kuali dan letak butter sedikit kerana semasa goreng daging nanti minyak daging akan keluar.
  3. Masukkan bahan yang dipotong dadu tadi.
  4. Setelah layu sikit bahan tumis tadi masukkan daging burger bersama rempah kari (pilihan)
  5. Masukkan ketiga-tiga sos tadi dan gaul rata.
  6. Setelah sebati masukkan sedikit garam.
  7. Sediakan roti pita dan mayonis. Roti pita dipotong dua.
  8. Sapukan roti pita dengan mayonis.
  9. Isikan inti tadi separuh dalam roti pita kemudian sapukan sikit mayonis di atasnya kemudian penuhkan lagi dengan inti.
  10. Sapukan mayonis diatas skali bersama dgn cili sos.

Kredit: Novel Best Novel Syiok

 

broken image
broken image
broken image
broken image

Berikut tadi dikongsikan resepi kebab daging roti pita yang ringkas dan lazat. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda para pembaca kasturihijau.com.