Return to site

Aneka Resepi Kek Viral Berwarna-warni, Sedap dan Gebu

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Kek adalah hidangan pencuci mulut yang sering menjadi kegemaran ramai. Dengan pelbagai jenis resepi kek yang wujud pada masa ini, setiap satu mempunyai rasa, tekstur, dan cara penyediaan yang unik dan berbeza-beza. Sama ada kek coklat, kek keju yang lembut, atau kek buah-buahan, pilihan yang tersedia amatlah beraneka. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi pelbagai resepi kek yang menarik, mudah diikuti, dan sesuai untuk pelbagai acara. Tidak kira jika anda seorang yang baru ingin mencuba buat kek atau sudah berpengalaman membuat kek, pasti ada resepi kek yang akan memikat selera anda. Disini kami senaraikan beberapa resepi kek yang melazatkan iaitu antaranya;

  • Resepi Kek Pisang Sedap
  • Resepi Kek Marble Susu
  • Resepi Kek Lapis Red Velvet
  • Resepi Kek Lapis Yogurt
  • Resepi Kek Carrot Susu
  • Resepi Kek Nestum Gebu

Resepi Kek Pisang Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi kek pisang sedap:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda (ayak kesemua bahan ini)

Bahan-bahan untuk gaul atau blend sebati adalah:

  • 3 biji telur gred A (kalo gred B 4 biji)
  • ⅓ cawan gula
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan minyak jagung/masak
  • ½ cawan majerin/butter (dicairkan)
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara membuat kek pisang sedap adalah seperti berikut:

  1. Blend bahan-bahan di atas, apabila sebati masukkan 1 cawan pisang lenyek (pisang yang sudah masak ranum) dan blend sebentar.
  2. Masukkan adunan blend ke dalam tepung sikit demi sikit.
  3. Campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko.
  4. Masuk adunan dalam loyang dan taburkan coklat cip.
  5. Boleh hias dengan hirisan pisang
  6. Gunakan loyang bersaiz 4segi dengan ketinggian 7inci
  7. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170 darjah selsius.

Kredit: Arin Yin

broken image

Resepi Kek Marble Susu

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kek marble susu:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan majerin
  • 1 cawan gula castur/gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Perwarna ikut suka (coklat)

Cara-cara membuat kek marble susu adalah seperti berikut:

  1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
  3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
  5. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder
  6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
  7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
  8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

Kredit: Marsila Mas

 

broken image

Resepi Kek Lapis Red Velvet

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek lapis red velvet adalah seperti berikut:

Bahan-bahan adunan merah:

  • 250 gram mentega (Anchor)
  • 5 biji telur ayam gred A
  • 235 gram tepung gandum yang diayak bersama serbuk koko
  • 2-3 sudu makan serbuk koko
  • 175 gram gula kastor
  • 150 gram susu pekat manis
  • 1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
  • 1 sudu teh ovallette
  • pewarna merah

Bahan-bahan untuk adunan cheese:

  • 500 gram cream cheese
  • 3 biji telur ayam gred A
  • 120 gram gula kastor
  • sedikit esen vanila

Cara-cara untuk membuat kek lapis red velvet adalah seperti berikut:

Untuk penyediaan adunan merah:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
  2. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
  3. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak.
  5. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
  6. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

Untuk penyediaan adunan cheese:

  1. Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanila.
  3. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
  4. Panaskan oven 170-190C. Saiz loyang yang diperlukan adalah 8" x 8".
  5. Griskan loyang dan alas dengan baking paper.
  6. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan (setiap lapisan merah itu tidak perlu bagi perang sangat)
  7. Apabila sudah nampak kering dan masak, boleh letakkan satu lagi lapisan merah, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan. Kemudian, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula.
  8. Lakukan 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya, sehingga sampai habis.

Kredit : Marsila Mas

broken image

Resepi Kek Lapis Yogurt 3 Rasa

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek lapis yogurt tiga rasa:

  • 500 g mentega
  • 140 g gula (1 gelas)
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 sudu makan ovalett
  • 250 gram cream cheese
  • 50 gram serbuk santan
  • 350 gram susu pekat manis
  • 50 gram susu tepung
  • 200 gram horlicks
  • 10 biji telur
  • 165 gram tepung gandum (1 1/2 gelas)
  • 5 sudu makan yogurt perisa blueberry
  • 5 sudu makan yogurt perisa strawberry
  • 5 sudu makan yogurt perisa asli
  • Pewarna merah jambu
  • Pewarna ungu
  • Pewarna putih

Cara-cara kek lapis yogurt 3 rasa adalah seperti berikut:

  1. Putarkan mentega dan gula sampai kembang atau putih.
  2. Masukkan ovalett. Putar lagi sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu. Putar sampai betul-betul sebati.
  4. Masukan cream cheese dan susu pekat, putarkan lagi sampai sebati.
  5. Masukkan pula horlicks, susu tepung dan serbuk santan.
  6. Gaul sebati gunakan senduk sahaja. Akhir sekali masukkan tepung.
  7. Gaul gunakkan senduk sampai sebati.
  8. Bahagikan kepada 3 bahagian
  9. Bahagian 1 warna merah jambu ditambah yogurt perisa strawberry
  10. Bahagian 2 warna putih ditambah yogurt perisa asli
  11. Bahagian 3 warna unggu ditambah yogurt perisa blueberry
  12. Sediakan loyang 9x9'
  13. Kukus berlapis lapis.
  14. Buat lapisan 1 dulu, dan kukus selama 40minit
  15. Diikuti bahagian 2 selama 1jam.
  16. Seterusnya bahagian 3 selama 1 jam 30 minit untuk keseluruhan kek masak

Kredit resepi: Eiyjarnazeanangah

broken image

Resepi Kek Carrot Gebu

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek carrot gebu:

  • 2 batang carrot merah sederhana besar diparut menggunakan pemarut
  • 2 1/2 tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala
  • serbuk kayu manis (pilihan)
  • 1 1/2 cawan minyak masak

Bahan-bahan yang diperlukan untuk mix sehingga kembang gebu:

  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus + 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu besar ovalate
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara untuk penyediaan kek carrot gebu:

  1. Mix bahan-bahan tadi sehinggan kembang gebu
  2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, serbuk buah pala, dan serbuk kayu manis.
  3. Untuk bahan mix yang telah kembang tadi, masukkan minyak masak
  4. Mix 2 minit dan matikan mixer
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai abis
  6. Masukkan walnut yang sudah dibakar awal-awal dan ditumbuk kasar
  7. Akhir sekali masukkan carrot dan kacau rata
  8. Panaskan oven 170C selama 10 minit
  9. Bakar kek pada suhu 180C dalam masa 45 sehingga 50 minit siap
  10. Terbalikkan kek anda.
  11. Boleh hiaskan kek dengan cream cheese frosting atau fresh cream cheese.
  12. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Azlina Ina

broken image

Resepi Kek Nestum Gebu

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek nestum gebu:

  • 200g majerin dalam secawan (anggaran saiz cawan minum kopi)
  • 150 g gula perang dalam 1 cawan lebih sedikit
  • Sedikit esen vanilla
  • 50g nestum original atau 2 paket
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 160 g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
  • Telur 5 biji
  • Kacang pecan atau ikut pilihan untuk letak apa-apa jenis kacang

Cara-cara untuk masak kek nestum gebu:

  1. Mix/gaulkan majerin dan gula perang sampai kembang sebati
  2. Masukkan susu pekat 3 sudu besar dan mix sebati
  3. Masukkan satu-satu telur sehingga total 5 biji
  4. Perlahankan mixer dan masukkan tepung
  5. Masukkan nestum tadi
  6. Lapik loyang menggunakan baking paper
  7. Tuang adunan dan tabur kacang pecan.
  8. Bakar kek pada suhu 170C dalam 45-55 minit dengan api atas bawah.
  9. Keluarkan daripada oven.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Resepi Lieyaa Homemade‎

broken image

Berikut yang dikongsikan adalah resepi kek gebu yang berwarna-warni untuk dijadikan sebagai rujukan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca kasturihijau.com.