Return to site

Resepi Kek Chocolate Indulgence Terlajak Sedap dan Lembut

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
kek coklat indulgence

Kek chocolate indulgence adalah antara kek yang menjadi kegemaran ramai. Kek ini mempunyai empat lapisan kek span yang diselangi dengan mousse coklat dan putih yang sangat lazat. Jika dibeli di kedai kek, harganya boleh mencecah RM10 untuk sepotong kek. Jika sebiji kek besar dalam 1 kg, harganya adalah lebih mahal. Pastinya tidak cukup dengan portion yang sedikit untuk dikongsi dengan ahli keluarga ramai. Jadinya, cara yang lebih mudah adalah dengan masak sendiri kek chocolate indulgence ini guna kreativiti masing-masing. Untuk itu, dalam artikel kali ini kami sediakan resepi kek chocolate indulgence yang boleh anda gunakan sebagai rujukan semasa anda masak kek nanti.

 

Keunikan Kek Chocolate Indulgence

  • Kek coklat indulgence adalah kek yang popular kerana rasa coklatnya yang kaya, teksturnya yang lembut, dan gabungan perisa yang sangat lazat. Latar belakang kek ini berkait rapat dengan modifikasi pencuci mulut yang mewah dari bidang kulinari, yang menjadikan rekaan resipi kek coklat menjadi semakin kreatif dan eksklusif.
  • Kek ini biasanya diperbuat daripada coklat berkualiti tinggi, seperti coklat gelap atau coklat susu, yang memberikan rasa yang kaya. Kek coklat indulgence sering kali mengandungi lapisan mousse coklat yang lembut, lapisan ganache yang licin, dan kadangkala diiringi dengan pelbagai elemen lain seperti kacang, karamel, atau krim putar yang menambahkan lagi kelazatan dan kompleksiti rasa.
  • Keunikan kek coklat indulgence terletak pada kepuasan rasa yang ditawarkannya. Setiap suapan memberikan pengalaman yang tidak dilupakan, dengan keseimbangan antara manis, pahit, dan tekstur yang berbeza. Ini menjadikan kek ini lebih daripada sekadar pencuci mulut biasa, tetapi sebagai satu bentuk seni dalam penyediaan makanan, di mana setiap elemen disusun dengan teliti untuk mencipta pengalaman rasa yang digilai.Selain itu, kek ini sering dihiasi dengan hiasan mewah seperti serpihan coklat, buah segar, atau taburan serbuk koko, yang menambah tarikan visual. Proses penyediaan yang teliti dan bahan-bahan berkualiti tinggi menjadikan kek coklat indulgence satu pilihan istimewa, baik untuk perayaan ataupun sebagai hadiah yang bermakna. Seterusnya, kami akan kongsikan resepi kek chocolate indulgence yang digilai ramai.

 

 

 

 

Resepi Kek Chocolate Indulgence

A) Bahan-bahan untuk penyediaan resepi kek span coklat adalah seperti berikut:

  • 300g sponge mix coklat
  • 300g telur
  • 60g air
  • Sedikit esen vanila
  • 60g minyak sayuran

Cara-caranya seperti berikut:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar adunan sampai gebu.
  2. Jika sudah gebu baru masukkan minyak.
  3. Kaup gunakan spatula atau senduk.
  4. Sedudah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9".
  5. Bakar suhu 170 darjah selsius selama 40 minit.
  6. Sesudah kek masak, terus keluarkan daripada loyang.

B) Bahan-bahan dan cara-cara untuk penyediaan mousse coklat:

  • 150g dark compound
  • 300g non dairy whipping cream
  • Cairkan coklat guna kaedah double boil dan kemudian ketepikan.
  • Putar whipping cream sehingga gebu.
  • Satukan dua bahan ini dan putarkan.

C) Bahan-bahan dan cara-cara untuk penyediaan mousse putih:

  • 150g white compound
  • 300g non dairy whipping cream
  • Putar whipping cream sehingga gebu.
  • Satukan dua bahan ini dan putarkan.
  • Cuma bila sudah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.

D) Cara penyediaan lapisan-lapisan kek chocolate indulgence:

  1. Sesudah siap semua bahan, boleh belah kek span itu menjadi empat bahagian.
  2. Letakkan kek span berselang dengan lapisan mousse putih atau coklat, lihat pada gambar di bawah. Lapisan pertama letak mousse putih di atas kek span, kemudian, lapisan kedua letakkan mousse coklat di atas kek span dan seterusnya. Lihat gambar kek di bawah. Susun kek sehingga 4 lapisan kek span.

 

 

E) Bahan-bahan untuk krim melepa keseluruhan kek:

  • 300g non dairy whipping cream/fresh cream pukul sehingga kental
  • Tutupkan keseluruhan bahagian kek

F) Bahan-bahan dan cara penyedian ganache coklat:

  • 300g dark compound
  • 150g whipping cream
  • 1 sudu besar marjerin
  • Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil. Sudah cair baru masukkan whipping cream.
  • Gaul sehingga sebati.
  • Sudah siap, tuangkan di atas kek setelah 4 jam.

Kredit resepi: Norlailanazira Mohd Ages

broken image

Secara keseluruhan, kek coklat indulgence adalah lambang kemewahan dan keunikan dalam dunia kek, di mana rasa dan penampilan digabungkan dengan baik untuk mencipta sesuatu yang benar-benar istimewa.

Oleh itu, berikut tadi yang dikongsikan adalah resepi kek chocolate indulgence yang boleh anda rujuk. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Baca Lagi: