Return to site

Viral Resepi Kek Oren Sunquick dan Kek Buah yang Gebu dan Simple

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Kek Oren Sunquick dan Kek Buah yang Gebu dan Simple

Kepada penggemar kek, tahukah anda antara kek yang paling senang untuk dimasak di rumah adalah kek oren sunquick dan kek buah-buahan. Kek oren sunquick dan kek buah ini bukan sahaja simple, tetapi kek ini sedap dan gebu. Cara masak kek ini tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Disini saya kongsikan cara masak resepi dua kek iaitu kek oren sunquick dan kek buah-buahan.

Keunikan Kek Oren Sunquick dan Kek Buah

Kek oren sunquick adalah berlainan kerana penggunaan pati oren Sunquick yang memberikan rasa oren segar dan manis. Teksturnya yang lembut dan moist diperkaya dengan aroma oren yang menyegarkan, menjadikannya pilihan popular bagi penggemar buah sitrus. Kek ini sering dihiasi dengan sirap oren atau lapisan krim untuk menambah kelembapan dan rasa, menjadikannya kek yang ringan dan menyegarkan.

Sebaliknya, kek buah dikenali dengan campuran buah-buahan kering seperti kismis, ceri, dan kurma, menghasilkan kek yang padat dan berasa buah-buahan. Kek ini sering disajikan pada acara istimewa seperti majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan jamuan makan rumah. Kek oren Sunquick menawarkan rasa yang lebih ringan, sementara kek buah memberikan rasa buah yang lebih enak dan tekstur yang lebih sedikit tebal.

Resepi Kek Oren Sunquick

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek oren sunquick:

  • 1 biji oren dikupas dan ambik airnya (gunakan blender)
  • 1 sudu kecil parutan kulit oren
  • 3 sudu pati oren sunquick
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3 biji telur grade A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung naik sendiri diayak

Cara-cara untuk masak kek oren sunquick adalah seperti berikut:

  1. Air oren yang sudah diblender tadi disatukan dengan pati oren sunquick dijadikan 1 cawan.
  2. Blenderkan lagi perahan air oren tadi bersama gula, telur, esen vanila, minyak dan parutan kulit oren sehingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan bancuhan blender tadi ke dalam tepung dan kacau sehingga rata.
  4. Sementara itu, panaskan oven. Loyang disapu dgn marjerin supaya tidak melekat.
  5. Bancuhan tadi boleh diletakkan dalam loyang dan mula bakar.
  6. Kalau ada hirisan oren, boleh letak di atas kek. Potong nipis-nipis dan letak ikut suka.
  7. Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 45 minit, bergantung pada suhu oven masing-masing.

Kredit: Resepi Kak Nor

broken image
broken image

Resepi Kek Buah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek buah:

  • 400 gram mentega atau marjerin
  • 1 setengah cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh ovalette
  • 3 setengah cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan buah campuran (guna buah-buahan kering, ada campuran ceri dengan kismis)
  • 1 sudu esen vanilla
  • 3 sudu makan oren sunquick

Cara-cara memasak kek adalah seperti berikut:

  1. Rendam sekejap buah campuran dengan air suam. Kemudian toskan. Gaul dan salutkan buah campur tadi dengan sedikit tepung.
  2. Satukan mentega, gula dan ovalette. Pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan telur, esen vanilla dan oren sunquick. Adun lagi sehingga sebati.
  4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri. Sebatikan menggunakan sudu sahaja.
  5. Masukkan buah campuran. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di atas permukaan kek nanti.
  6. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9×9 yang telah dialas dengan baking paper.
  7. Tabur lebihan buah di atas permukaan kek.
  8. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah selsius dan bakar kek selama 45-60 minit atau hingga masak.
  9. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.

Kredit : Hadiyana Che Halim

broken image
broken image
broken image
broken image

Berikut dikongsikan tadi adalah resepi kek oren sunquick dan kek buah yang melazatkan untuk sekalian pembaca kasturihijau.com. Anda boleh rujuk resepi dalam artikel ini untuk kegunaan anda dan jangan lupa kongsikan kepada sahabat yang ingin mencuba resepi kek ini.