Kek tapak kuda merupakan salah satu kek tradisional yang semakin popular di kalangan pencinta manisan. Asalnya daripada Brunei, kek ini mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai tapak kuda. Dikenali dengan kombinasi tekstur lembut dan filling yang manis, biasanya menggunakan inti coklat, namun variasi moden kini hadir dengan pelbagai pilihan perisa seperti Nutella, keju, dan pandan. Dengan rasa yang memikat dan penyediaan yang mudah, kek ini semakin diminati dan menjadi pilihan ramai untuk dijadikan hidangan penutup atau buah tangan. Dalam artikel ini, kami kongsikan 3 resepi kek tapak kuda yang kini popular iaitu kek tapak kuda original, kek tapak kuda red velvet dan kek tapak kuda matcha crunchy.
Resepi Kek Tapak Kuda Red Velvet
A) Bahan-bahan untuk memasak kek tapak kuda Red Velvet adalah seperti berikut:
- 5 biji telur (gred A)
- 5 biji kuning telur ( gred A)
- 125 gram gula kastor
- 15 gram ovalet
- 75 gram tepung kek superfine (Low protein flour)
- 13 gram serbuk susu
- 1 sudu teh esen vanila
- 15 gram serbuk koko (1)
- 180 gram Butter (dicairkan)
- Pewarna merah secukupnya
- 10 gram Serbuk koko dan 2 sudu besar air panas (campurkan dan digaulkan)
Cara-cara masak kek:
- Campurkan semua bahan kecuali butter cair. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan.
- Apabila sudah gebu dan fluffy masukkan butter cair.
- Gaulkan dan ratakan dalam loyang saiz 30cm x 30cm
- Bakar pada suhu 175°C (antara 25 hingga 30 minit) bergantung oven masing-masing. Api atas dan bawah
B) Bahan-bahan untuk sediakan cream cheese frosting:
- 150 gram cream cheese
- 50 gram gula kastor
- 1 1/2 tea spoon gelatin halal (pilihan), fungsinya supaya frosting lebih stabil dan tahan di suhu bilik.
- 1 cawan dairy whipping cream
- 1/2 tea spoon esen vanila
Cara-cara sediakan cream cheese:
- Mix kesemua bahan di atas sehingga menjadi cream
C) Bahan-bahan untuk sediakan Milk Choc Mirror Glaze (pilihan):
- 1/2 cawan air
- 200 Milk Chocolate Compound (Beryls)
- 200 gram Gula pasir
- 200 gram Glucose syrup/ Corn syrup
- 150 gram Susu Pekat Manis
- 6 teaspoon Gelatin (halal) dan 1/2 cawan air (campurkan)
Cara-cara sediakan Milk Choc Mirror Glaze :
Mix kesemua bahan di atas sehingga menjadi milk chocolate dan letak pada kek.
Kredit: KakSue
Resepi Kek Tapak Kuda Original
Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek tapak kuda versi original adalah seperti berikut:
- 4 biji telur gred A atau 5 biji telur gred B
- 1/2 cawan gula castor
- 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu besar ovellete
- 3 sudu kecil susu tepung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 125 gram marjerin atau butter (dicairkan)
Cara-cara untuk masak kek tapak kuda original adalah seperti berikut:
- Campurkan semua bahan kecuali butter cair. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan.
- Apabila sudah gebu dan fluffy masukkan butter cair.
- Kaup balik sehingga sebati atau mix sekejap.
- Asingkan 100g adunan dan masukkan 1 sudu besar serbuk koko jika hendak buat warna koko pada bahagian dalam
- Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.
- Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150C (darjah celsius) selama 25-30 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Selesai bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula.
- Potong dua bahagian ditengah-tengah. Dapat dua biji kek untuk 1 adunan ini.
- Boleh letak filling kesukaan.
- Boleh guna Nutella atau brand Delfi perisa chocolate hazelnut.
- Wrap dengan menggunakan plastik wrap.
- Boleh letak chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.
Kredit: Tuan Adriana Arissa
Resepi Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy
A) Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek tapak kuda adalah seperti berikut:
- 4 biji telur gred A atau 5 biji telur gred B
- 1/2 cawan gula castor
- 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu besar ovellete
- 3 sudu kecil susu tepung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 125 gram marjerin atau butter (dicairkan)
Cara-cara untuk masak kek tapak kuda original adalah seperti berikut:
- Campurkan semua bahan kecuali butter cair. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan.
- Apabila sudah gebu dan fluffy masukkan butter cair.
- Kaup balik sehingga sebati atau mix sekejap.
- Asingkan 100g adunan dan masukkan 1 sudu besar serbuk koko jika hendak buat warna koko pada bahagian dalam.
- Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.
- Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150C (darjah celsius) selama 25-30 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Selesai bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula.
- Potong dua bahagian ditengah-tengah. Dapat dua biji kek untuk 1 adunan ini.
- Boleh letak filling kesukaan.
- Letakkan filling matcha cruchcy dan nutella di atas kek.
- Wrap dengan menggunakan plastik wrap.
- Boleh letak chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.
B) Bahan-bahan penyediaan matcha crunchy:
- 1 cawan coklat putih
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar serbuk matcha
- 2 cawan nestum
Cara-cara penyediaan matcha crunchy adalah:
- Gaulkan semua bahan
- Masukkan nestum sewaktu coklat sejuk
Kredit: Makekek Cafe
Untuk bagi pemula, anda boleh belajar teknik mudah buat kek tapak kuda daripada video pendek berikut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.