Tidak tahu nak masak apa untuk minum petang? Mungkin anda boleh cuba buat keropok lekor homemade ini dengan cara mudah. Keropok lekor ini sangat enak dimakan bersama sos yang tersendiri. Jika anda ke Terengganu untuk beli keropok lekor, pasti anda akan dapat sekali sosnya. Sos itu mempunyai rasa tersendiri yang berlainan daripada sos biasa. Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara memasak keropok lekor homemade dan menyediakan sos keropok lekor asli Terengganu.
Keunikan Keropok Lekor
Keropok lekor adalah sejenis makanan tradisional Melayu yang popular di pantai timur Malaysia, khususnya di Terengganu dan Kelantan. Ia diperbuat daripada campuran ikan (biasanya ikan kembung atau ikan selayang), tepung sagu, dan sedikit garam. Campuran ini diuli sehingga menjadi doh yang lembut, kemudian dibentuk memanjang seperti sosej dan direbus sehingga masak.
Selepas direbus, keropok lekor boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng untuk memberikan rasa yang lebih rangup. Ia biasanya dihidangkan dengan sos cili yang manis dan pedas. Rasanya yang kenyal dan rasa ikan yang kuat menjadikannya snek yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia.
Resepi Keropok Lekor Homemade
Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak keropok lekor homemade adalah seperti berikut:
- Ikan kembung sebanyak 1 kg, ambil isi ikan sahaja, dan tidak perlu direbus*
- Gunakan 2 sudu teh garam, bergantung kepada kemasinan masing-masing*
- Gunakan 2 sudu teh maggi secukup rasa*
- Ambil sedikit lada sulah*
- Gunakan 2 cawan tepung ubi
- Gunakan 1 cawan tepung gandum
- Gunakan sedikit minyak masak
Cara memasak keropok lekor homemade adalah seperti berikut:
- Campurkan dan blendkan semua bahan-bahan yang bertanda*
- Satukan bahan-bahan blend bersama-sama tepung ubi dan tepung gandum.
- Uli sehingga sebati sampai tidak melekat di tangan.
- Sudah sebati boleh bentuk keropok lekor ikut saiz yang disukai.
- Panaskan air dalam periuk dan rebus.
- Pastikan keropok yang direbus telah timbul baru diangkat dan gaulkan dengan minyak masak.
- Sejukkan dan boleh digoreng.
- Seterusnya boleh dihidangkan dengan sos keropok lekor.
Resepi Sos Keropok Lekor Terengganu
Sos keropok lekor berasal daripada Terengganu ini adalah sangat sedap jika dimakan bersama keropok lekor. Bahan-bahan penyediaannnya adalah amat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan sos keropok lekor adalah seperti berikut:
- Sebanyak 10-15 tangkai cili kering
- Gula melaka
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan sos keropok lekor adalah seperti berikut:
- Rebus cili kering sehingga betul-betul masak dan lembut
- Kemudian kisarkan cili kering bersama 2 mangkuk air.
- Tapis cili kering yang dikisar dan masak di dalam periuk.
- Masukkan gula merah dan garam secukupnya.
- Masakkan sehingga sos bertukar warna sedikit gelap dan pekat.
- Resepi ini adalah untuk sos sekali hidangan sahaja.
Kredit: Owner resepi dan Gambar Zaky Mat Ali
Berikut adalah perkongsian resepi daripada kami. Semoga resepi ini bermanfaat untuk anda.