Return to site

Resepi Kuih Muih Tradisional Melayu yang Tidak Lapuk Dek Zaman

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
Resepi Kuih Muih Tradisional Melayu yang Tidak Lapuk Dek Zaman

Kuih-muih tradisional Melayu merupakan warisan budaya yang kaya dengan sejarah dan rasa yang unik. Setiap kuih mempunyai sejarah tersendiri sama ada dari penyediaan hingga teknik masakan yang diwarisi turun-temurun. Antara kuih muih tradisional Melayu yang terkenal adalah ialah kuih ketayap, tepung pelita, dangai kukus, kuih onde-onde, kuih bakar pandan dan banyak lagi. Kuih muih ini sering dihidangkan semasa perayaan atau majlis keramaian. Bahan-bahan asas seperti tepung beras, santan, gula melaka, dan daun pandan menjadi tunjang dalam kebanyakan resepi kuih Melayu bagi mencipta keseimbangan rasa lemak manis yang disukai ramai. Dalam blog ini, kami akan berkongsi pelbagai resepi kuih tradisional untuk rujukan anda kelak.

Resepi Kuih Tepung Pelita

Kuih tepung pelita mempunyai dua lapis, atas dan bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bahagian bawah:

  • 1 cawn tepung beras
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan air
  • Pewarna pandan

Caranya adalah:

  1. Masak sampai likat.
  2. Tuang terus kat dalam bekas atau sarung tadi
  3. Sebelum itu, tabur sedikit gula di bawah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bahagian atas kuih tepung pelita:

  • 4 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepug jagung
  • 1 kotak santan (kara) santan
  • 4 cawan air
  • Sedikit garam

Caranya: Masak sampai likat dan tuang atas hijau tadi.

broken image

 

 

 

Resepi Kuih Onde-onde atau Kuih Buah Melaka


Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuih onde-onde adalah:

  • 500 gram tepung pulut
  • Air secukupnya
  • 1 sudu kecil pewarna daun pandan
  • 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
  • Kelapa parut

Cara-cara untuk penyediaan kuih onde-onde adalah seperti berikut:

  1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

Kredit: Empunya resepi

 

broken image

 

Resepi Dangai Kukus 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuih dangai kukus adalah:

  • 3 Cawan Kelapa Parut Putih
  • 1 Cawan Tepung Pulut
  • Sedikit Garam
  • Gula Merah atau Gula Melaka Secukupnya

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Anggaran saiz hidangan adalah 26 biji saiz lompang kecil
  2. Masukkan 3 cawan kelapa parut putih bersama 1 cawan tepung pulut dan sedikit garam.
  3. Gaul semuanya.
  4. Masukkan 1 sudu penuh kelapa parut tadi ke dalam acuan.
  5. Tekan perlahan kelapa tersebut dan buat lubang tengah dan masukkan 1 sudu kecil membukit gula merah atau gula Melaka.
  6. Sediakan air kukusan.
  7. Untuk lebih wangi, masukkan 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan tersebut.
  8. Setelah Itu boleh kukus kuih dangai tersebut sehingga kuih masak

Kredit: Empunya resepi

 

broken image

 

 

Resepi Kuih Angku atau Pulut Merah Cina

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuih pulut merah cina:

  • 1/2 kg tepung beras pulut
  • Dua-tiga titik pewarna merah
  • Secubit garam
  • 15 sudu besar kacang tumbuk dicampur dengan 10 sudu besar gula kasar (kalau mahu lebih manis tambah gula)
  • 1/2 sudu kecil minyak masak
  • Air
  • Daun pisang yang telah dicuci dan direbus,
  • Potong empat segi saiz 7 x 7 cm

 

 

Cara-cara masak kuih pulut merah cina:

  1. Campurkan tepung beras pulut dengan pewarna merah, garam dan minyak masak.
  2. Masukkan air ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut tetapi tidak melekit di tangan.
  3. Bahagikan adunan kepada 15 bahagian dan bulatkan.
  4. Leperkan bulatan adunan dan isi dengan campuran kacang tumbuk dan gula.
  5. Letak atas daun pisang (kalau tidak mahu melekit, sapu adunan dengan sedikit minyak masak sebelum letak di atas daun pisang)
  6. Kukus selama 10-15 minit dan hidang panas-panas.

Kredit: Empunya resepi

 

broken image

 

 

Resepi Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuih bakar pandan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir (resepi asal 1 cawan, gula boleh kurangkan ikut citarasa)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/4 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bijan secukupnya

Cara-cara masak kuih bakar pandan:

  1. Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan, kemudian blender sehingga halus.
  2. Sapu acuan dengan sedikit minyak, panaskan sekejap acuan.
  3. Kemudian tuang adunan dan tabur bijan.
  4. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit, bergantung pada oven masing-masing
  5. Dapat anggaran 40 biji kuih bakar

 

broken image

 

Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuih ketayap:

A) Bahan-bahan penyediaan kulit ketayap:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air daun pandan (blend 6 helai daun pandan dan air)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam halus
  • Pewarna hijau

B) Bahan-bahan penyediaan inti kelapa :

  • 1 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam halus
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Pewarna hijau

Cara-cara masak kuih ketayap:

A) Cara masak inti kelapa pandan:

  1. Di dalam kuali, satukan gula, garam, air, pewarna hijau dan daun pandan
  2. Kacau sehingga gula larut dan mendidih.
  3. Masukkan kelapa, kacau sehingga air agak kering. Inti kelapa lebih sedap jika sedikit lembab. Sejukkan dulu.

B) Cara masak kulit ketayap :

  1. Satukan tepung, garam, telur, minyak, air daun pandan, santan dan pewarna hijau.
  2. Campur sedikit pewarna hijau. Kacau sebati dan tapiskan. Nak blend pun boleh.
  3. Panaskan non stick pan hingga betul-betul panas.
  4. Tuang satu senduk adunan dan lenggang nipis.
  5. Masak di atas api kecil hingga kering di atas permukaannya. Kulit akan jadi berlubang sebab terkena pan yang betul-betul panas.
  6. Angkat dan letak inti.
  7. Gulung kemas. Sedia dihidangkan samada untuk sarapan atau minum petang.
broken image

Kredit: Teha

 

Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan kuih lapis:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 cawan gula putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air
  • Loyang 8x8 (disapu minyak dulu)

 

 

Cara masak kuih lapis:

  1. Satukan semua bahan di atas dan kacau sampai gula larut dan tapis
  2. Bahagikan menjadi 6 cawan (1 lapisan satu cawan)
  3. Ikut warna kesukaan
  4. Panaskan kukusan
  5. Sapu minyak pada loyang
  6. Masak 6 minit setiap lapisan
  7. Akhir sekali masak 10 minit dan buka tudung 5 minit
  8. Tunggu betul-betul sejuk baru boleh potong
  9. Selamat mencuba

Kredit: Empunya resepi

 

broken image

 

Resepi Kuih Seri Muka

Resepi ini menggunakan loyang bersaiz 25 sentimeter . Jika anda menggunakan loyang yang bersaiz lebih kecil , gunakan cawan yang kecil.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuih seri muka adalah:

  • 2 cawan beras pulut
  • 4 1/2 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • garam
  • daun pandan
  • pewarna makanan hijau

Cara-cara untuk penyediaan kuih seri muka adalah:

A) Untuk penyediaan bahagian bawah (pulut):

  1. Rendam beras pulut 3-4 jam dengan air bersih.
  2. Kemudian tapis dan masukan ke dalam loyang.
  3. Sediakan 1 1/2 cawan santan dan masukan 1 sudu kecil garam.
  4. Masukan bancuhan santan dan garam tadi ke dalam loyang yang berisi beras pulut.
  5. Apabila pengukus sudah sedia, kukus loyang yang berisi pulut tadi selama 20-25 minit.
  6. Setelah itu, tekan dan mampatkan bahagian pulut itu.

 

 

B) Untuk masak bahagian atas:

  1. Kisar 3 cawan santan bersama 7-8 helai daun pandan dan tapiskan.
  2. Sediakan pengisar. Masukkan 3 cawan air santan dan pandan tadi.
  3. Masukkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan gula, 1 sudu besar tepung ubi, 1 sudu kecil garam. Kisar semuanya.
  4. Kemudian tuang ke dalam loyang yang berisi pulut yang telah dimampatkan tadi.
  5. Kukus selama 25-30 minit.
  6. Biarkan sejuk seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Owner resepi

broken image

Kredit: Mr Ali

 

Berikut yang dikongsikan tadi adalah resepi beberapa kuih muih tradisional melayu. Anda boleh gunakan untuk rujukan dan kongsikan kepada orang lain. Semoga perkongsian ini bermanfaat.